Khamis, 9 Mac 2023

TAKTIK ANWAR TEPAT


Muhyiddin nafi ditahan SPRM tetapi dipanggil esok


MUHYIDDIN Yassin menafikan laporan media bahawa beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, tetapi memaklumkan beliau dipanggil ke pejabat agensi antirasuah itu pagi esok.

“Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

“Hari ini saya  hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok (Khamis) saya diminta ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Pegawai bekas perdana menteri sebelum itu juga menafikan laporan media berkenaan yang muncul di tengah spekulasi ada pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) akan dihadapkan ke mahkamah dalam waktu yang terdekat.

Lewat petang tadi, sebuah portal berita melaporkan agensi antirasuah menahan Muhyiddin ketika bermain golf, sementara yang lain membayangkan seorang pemimpin kanan PN akan ditangkap dan didakwa di mahkamah seawal esok.

Dua pemimpin Bersatu sebelum ini dihadapkan ke mahkamah ketika SPRM menyiasat kewangan Bersatu dan membekukan akaun bank parti itu.

Pegawai media kepada Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim menafikan laporan media bahawa SPRM menahan bekas perdana menteri.

“Tidak betul. Beliau tidak ditahan hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

The Malaysian Insight cuba mendapatkan pengesahan daripada SPRM tetapi masih belum mendapat respons setakat berita ini ditulis.

Awal minggu ini terdapat spekulasi SPRM menggeledah sebuah rumah yang dikaitkan dengan Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh. Agensi antirasuah berkenaan bagaimanapun tidak mengesahkan perkara itu.

SPRM sedang menyiasat dakwaan kononnya kontraktor terpilih mendeposit RM300 juta ke dalam akaun Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Dakwaan itu dinafikan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, berkata ia fitnah yang bertujuan untuk memburukkan imej beliau sebagai bekas perdana menteri.

Minggu lepas, bekas ketua penerangan Bersatu yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad didakwa atas tuduhan rasuah.

Mereka didakwa mengumpul dana daripada penganugerahan projek berkait skim Jana Wibawa semasa Muhyiddin memegang jawatan sebagai perdana menteri kelapan.  – 8 Mac 2023

MACAM MACAM

BERITA

KAH KAH KAH

KARUT ADA

BENAR ADA

KAH KAH KAH

YANG SAHIH

ANWAR MULA

MENYERANG

AMIN

INI TAKTIK BETUL

UNTUK SELAMAT

PMX WAJIB

MENYERANG

AMIN

JIKA TIDAK AKAN

JADI XPM

KHALAS

Tiada ulasan: