Khamis, 9 Mac 2023

RAJA SIAM RAJA ZALIM



Lelaki Thailand dipenjara jual kalendar satira

MAHKAMAH di Thailand menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang lelaki selama dua tahun kerana menjual kalendar satira yang memaparkan itik getah kuning yang menurut pendakwa sebagai memfitnah keluarga diraja.

Kalendar 2021 memaparkan beberapa siri itik getah dalam aksi yang menyerupai raja Thailand.

Narathorn Chotmankongsin, 26, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun semalam kerana menjual kalendar itu di laman Facebook popular prodemokrasi Ratsadon, menurut Thai Lawyers for Human Rights (TLHR).

“Tetapi hukuman itu diringankan kepada dua tahun tanpa parol selepas defendan memberikan keterangan yang berguna semasa pertimbangan hukuman tersebut” kata TLHR, kumpulan undang-undang yang bertindak dalam banyak kes lese majeste dalam satu kenyataan.

Patung itik kuning menjadi simbol tidak sengaja gerakan protes pro-demokrasi 2020 selepas penunjuk perasaan menggunakan mainan itu untuk melindungi diri mereka daripada gas pemedih mata dan meriam air yang ditembak polis.

Penggunaan undang-undang lese majeste di Thailand meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih 200 orang didakwa sejak 2020, menurut TLHR.

Human Rights Watch berkata keputusan mahkamah menunjukkan pihak berkuasa Thai kini cuba menghukum sebarang aktiviti yang dianggap menghina monarki. – AFP, 8 Mac, 2023.

RAJA ADIL

RAJA DI HORMAT

RAJA ZALIM

RAJA DICHEMAT

KHALAS

Tiada ulasan: