Khamis, 20 April 2023

JUAL VISA IKUT ZAHID ?


2 pegawai agensi penguat kuasa Kedutaan Malaysia di Bangladesh ditahan

DUA pegawai agensi penguat kuasa, seorang lelaki dan seorang wanita di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh ditahan reman kerana disyaki menerima rasuah berhubung pengeluaran visa untuk pelancong dan pekerja Bangladesh yang tiba ke Malaysia.

Menurut sumber kedua-duanya diarah pulang ke Malaysia dan direman tiga hari sehingga hari ini.

Tidak diketahui sama ada mereka sudah dibebaskan ataupun tidak.

Menurut sumber itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan urus niaga mencurigakan melibatkan akaun bank milik kedua-dua mereka.

SPRM membekukan lebih 20 akaun bank dan merampas aset yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta dipercayai milik kedua-dua pegawai berkenaan.

Antara aset tersebut ialah lapan bidang tanah. – 20 April, 2023.

WOIT

JUAL VISA NI

NAK UKIT ZAHID

ATAU NAK LAWAN

ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: