Isnin, 15 Januari 2024

TIGA TAWANAN DI GAZA


Hamas siar video papar 3 tebusan Israel

KUMPULAN pejuang Palestin Hamas semalam mendedahkan rakaman video yang menunjukkan tiga tebusan masih hidup dalam tahanannya di Gaza.

Tebusan berkenaan ditahan ketika serangan pada 7 Oktober di wilayah Israel.

Dalam video itu, seorang wanita dan dua lelaki sedang bercakap dalam bahasa Hebrew mendesak pihak berkuasa Israel mengambil tindakan untuk membawa mereka pulang.

Tidak diketahui bila video itu dirakam. – AFP, 15 Januari, 2024.

PERANG SARAF

DARI HAMAS

KHALAS 

Tiada ulasan: