Isnin, 15 Januari 2024

PELABUR MULA LARI TAK YAKIN DENGAN KERAJAAN !!!


Pelabur asing jual ekuiti tempatan RM93.1j minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing bertukar menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia dengan melupuskan RM93.1juta ekuiti tempatan, sekali gus menamatkan aliran masuk bersih empat minggu berturut-turut.

Setiap hari dagangan menyaksikan jualan bersih, kecuali hari Isnin apabila pelabur asing membeli RM29.8 juta, dengan aliran masuk dalam saham-saham pilihan seperti Public Bank (RM42.2 juta), Sime Darby (RM29.4 juta) dan YTL Power (RM28.6 juta).

MIDF Research berkata, tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM181.4 juta), pembinaan (RM67.0 juta) dan tenaga (RM51.8 juta).

Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah produk & perkhidmatan pengguna (-RM241.2 juta), pengangkutan & logistik (-RM103.7 juta), dan produk & perkhidmatan perindustrian (-RM99.0 juta).

Manakala pelabur institusi tempatan terus menjadi penjual bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah pelupusan ekuiti sebanyak RM141.6 juta.

Sektor teknologi pula menyaksikan aliran keluar bersih tertinggi daripada kumpulan pelabur ini berjumlah RM122.6 juta.

Dalam pada itu, pelabur runcit tempatan terus menjadi penjual bersih ekuiti domestik berjumlah RM10.0 juta, walaupun pada kadar yang lebih perlahan tempat berbanding minggu sebelumnya RM383.3 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) di kalangan peruncit tempatan (+2.6%), institusi tempatan (+3.4%) dan pelabur asing (+10.6%).

WOIT

APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN

INI TANDA PELABUR

TAK YAKIN DENGAN

EKONOMI NEGARA

AMIN

TAK YAKIN DGN

KERAJAAN

AMIN

POLITIK NEGARA

TAK STABIL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: