Isnin, 15 Januari 2024

HAPUSKAN KERAJAAN KAKI PUTAR

 


Tambang bas sekolah akan naik pada Mac, kata persatuan

IBU bapa perlu mempersiapkan diri dengan kemungkinan kenaikan tambang bas sekolah apabila sekolah mula dibuka semula pada Mac depan, lapor Free Malaysia Today.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat dipetik sebagai berkata kenaikan itu dijangkakan sekitar RM10 dan RM20 sebulan.

Amali berkata pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 pada Julai tahun lepas dan kenaikan harga barang ganti disebabkan kemerosotan Ringgit adalah punca berlakunya kenaikan itu.

“Untuk kenaikan tambang ini, memang ada permintaan daripada pengusaha tetapi pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap penyata untung rugi mereka.

“Ia juga bergantung kepada kata sepakat antara operator bas sekolah bersama ibu bapa,” katanya dipetik FMT.

Kerajaan berhenti menyelia tambang bas sekolah pada 2015, dengan pengendali bas dibenarkan menetapkan tambang perkhidmatan masing-masing.

Bagaimanapun, Putrajaya memberi subsidi diesel kepada bas sekolah berdaftar sejak 2017, dengan harga RM1.88 seliter. Harga runcit diesel semasa adalah RM2.15 seliter.

Amali berkata kenaikan antara RM10 dan RM20 masih boleh dianggap rendah, memandangkan dianggarkan seorang pelajar menaiki bas sekolah sebanyak 44 kali sebulan.

“Ibu bapa jangan lihat kenaikan itu secara rambang, tetapi perlu dihitung berdasarkan harian.

“Contoh jika kenaikan pada kadar maksimum RM20, sehari hanya peningkatan sekitar RM0.90 sen dan jumlah itu masih berpatutan,” katanya.

Tambahnya lagi, ada ibu bapa juga tidak mahu membayar penuh tambang bas sekolah jika bulan itu terdapat cuti sekolah dua minggu.

“Pendapatan kami bukan berdasarkan perjalanan harian atau mingguan, tetapi dibayar mengikut sesi persekolahan,” katanya lagi. – 14 Januari, 2024.

BANYAK LAGI

HARGA AKAN

NAIK

AMIN

INI FENOMENA

EKONOMI DUNIA

KITA TERIKUT SAMA

AMIN

JALAN KELUAR ?

HAPUSKAN 

KERAJAAN 

KAKI PUTAR

AMIN

DIRIKAN KERAJAAN

BUKAN KAKI RASUAH

BAKAL BANDUAN

TAPI KERAJAAN

DI YAKINI

MAJORITI RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan: