Isnin, 15 Januari 2024

ZIONIS ISRAEL GAGAL !!!


Israel gagal di Gaza, kata Hezbollah

GERAKAN Hezbollah di Lubnan berkata Israel gagal mencapai objektifnya di Gaza dan ini akan memaksa tentera zionis itu untuk melakukan rundingan.

“Apa kejayaan musuh capai sepanjang tempoh 100 hari ini, selain daripada membunuh?,” kata ketua Hezbollah Hassan Nasrallah dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen.

“Ia tidak mencapai sebarang kejayaan atau sesuatu yang mirip dengan kejayaan. Ia gagal mencapai apa yang ia mulakan, dan segala objektifnya yang tersirat,” katanya semalam, pada hari ke-100 perang Israel-Hamas bermula.

Ucapan Nasrallah itu adalah sebagai memperingati kematian komander kanan Hezbollah, Wissam Tawil yang terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan pada 8 Januari.

Perang Israel-Hamas di semenanjung Gaza tercetus susulan serangan balas pejuang Palestin pada 7 OKtober di Gaza, yang menyebabkan kematian 1,140 di wilayah Israel.

Israel kemudian berikrar menghancurkan Hamas dan bertubi-tubi melancarkan bom serta serangan darat di Gaza yang menyebabkan sekurang-kurangnya 23,968 rakyat Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Sejak perang bermula, serangan saling berbalas di sempadan Israel-Lubnan antara Hezbollah yang juga sekutu Hamas dengan tentera zionis.

Pada masa sama, pejuang Huthi di Yaman yang turut mendapat sokongan Iran, menyerang kapal yang ada kaitan dengan Israel, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.

Pemimpin Hezbollah turut mengutuk serangan udara dilancarkan AS dan Britain, yang menyasarkan gerakan itu di Yaman sebagai serangan balas kepada tindakan Huthi menyerang kapal mereka. – AFP, 15 Januari, 2024.



DALAM PERANG

GERILA JIKA

GERILA SELAMAT

MAKNANYA

GERILA MENANG

AMIN

JIKA ASKAR

GAGAL HAPUS

GERILA ERTINYA

ASKAR KALAH

AMIN

INI HUKUM

PERANG GERILA

KHALAS

Tiada ulasan: