Khamis, 12 Mac 2026

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH 


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR,  Marina Yusoff meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.

Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon Ida Nerina meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 5.16 petang semalam akibat sakit tua, lapor BERNAMA.

Ketika dihubungi BERNAMA, Ida Nerina memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

Ketika hayatnya, Marina yang juga bekas peguam turut dikenali sebagai usahawan dan pernah aktif dalam UMNO sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan EXCO Wanita sebelum menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dan menjadi pengasas bersama Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas berlaku krisis dalaman UMNO pada 1987.

Apabila Semangat 46 dibubarkan, Marina kembali kepada UMNO, tetapi kemudian menyertai PKR pada awal penubuhan parti berkenaan dan menjadi naib presiden. Allahyarham kemudian meletak jawatan daripada PKR dengan alasan kesihatan dan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Jenazah dijadual disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara

Tiada ulasan: