Khamis, 12 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI 






PAGI INI

KHAMIS 12  MAC 2026

PUASA HARI KE 22

PERANG HARI KE 13


SELAT  HORMUZ – SELAT MELAKA
Jelas terbukti bahawa Iran telah berjaya menggunakan alam sebagai senjata. Selat Hormuz kini senjata Iran yang paling ampuh MEMBERI TEKANAN  pada musuh Iran.

KITA DI MALAYSIA WAJIB BELAJAR DARI IRAN – KITA JUGA BOLEH GUNAKAN SELAT MELAKA SEBAGAI SENJATA – Luas yang paling luas Selat Hormuz ialah 33 kilometer.

SELAT MELAKA – 21 BATU – ini senjata alam yang wajib kita gunakan jika TANAH MELAYU di ancam musuh. Amin.

PBB – negara Arab buat resolusi KUTUK IRAN kerana negara Arab Telok kena serang. China dan Rusia menolak resolusi ini. 
PBB GAGAL untuk menamakan punca perang : ISREAL dan AMERIKA.

Justeru kerana dunia jadi BEBAL tidak melihat punca perang MAKA HARGA MINYAK  AKAN TERUS NAIK.

MALAYSIA KITA
DIESEL NAIK 80 SEN – RON95 KEKAL – ini perkembangan terkini hasil Perang. 

Bila  Minyak Diesel naik ini akan membawa kenaikan harga bahan makanan yang lain. Minyak diesel di guna untuk lori , bas dan  van – semua kereta  yang mengangkit barangan gua diesel.

Maka bila naik harga minyak pengangkat makan dengan sendiri naik harga barang yang di bawa – INI HUKUM EKONOMI.

LAGI LAMA PERANG LAGI TINGGI HARGA MINYAK AKAN NAIK.

APAKAH PERANG AKAN BERHENTI !
Jawabnya TIDAK.

Adalah bodoh untuk Iran berhenti  perang -  TANPA KEPUTUSAN YANG  MUKTAMAD – kerana jika Zionis Israel dan Amerika tidak di tundukkan  - dalam masa setahun dua mereka akan menyerang lagi SEKALI.

TERUSKAN PERANG HINGGA TERCAPAI SATU PERJANJIAN DAMAI YANG MEYAKINKAN. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini gua jalan dalam kawasan Le Chateau penuh dengan daun gugur. Kakak Indon sedang menyapu. 

Di Pintu Masuk gua disambut oleh kicauan murai – indah menawan suara murai pagi ini. Bumi kering cerah segar. Dua hari tak hujan Cengkerik  jadi senyap. Tapi Tekukur terus berlagu.

Langit kelam – awan tebal mata hari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di jalan besar gua nampak Emak dan geng datang berlari. Pagi ini ramai yang datang. Sekejap saja nasi habis. Tak sempat gua nak ambil gambar. 

Lepas makan semua ikut gua berjalan. Setengah jalan semua hilang. Hanya Siti ikut gua ke Wakaf 3. 

Pulang ke Wakaf 1 hanya Jantan Baik muncul. Yang lain entah ke mana. Ha ha – Pagi ini  hanya saekor Tiong datang – entah Bini entah Laki.

Gua beri Siti hati ayam dan juga pil antibiotik. Luka Siti dah kering. Gembira ialah melihat Siti kembali sehat.

Hari ini akan panas – gua harap bukan panas terik. Tadi gua nampak ada awan hitam – mungkin bawa hujan petang. Kalau redup  - alam bantu kita berpuasa. Alam bantu Bazar Ramadan. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT 
KHAMIS YANG DAMAI

BRO
Dalam semak   terlihat landak
Telaga sarang  si rama sama
Harga minyak naik mendadak
Harga barang ikut sama

Batu Pahat hujan gerimis
Rumah kecil bertangga batu
Perang jahat kaum Zionis
Musnahkan Israel  kita bersatu

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan: