SEPANYOL
NEGARA
SOSIALIS
AMIN
IDEALOGI SOSIALS
MENENTANG
PENINDASAN
AMIN
HANYA NEGARA
BERFAHAMAN
SOSIALIS
YANG JELAS
LAWAN ZIONIS
KHALAS
Ketegangan diplomatik memuncak, Sepanyol tamatkan khidmat dutanya ke Israel
GENEVA: Sepanyol secara rasmi menamatkan perkhidmatan Duta Besarnya ke Israel, Ana Salomon, beberapa bulan selepas beliau dipanggil pulang ke Madrid berikutan pertikaian diplomatik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Keputusan itu disiarkan, semalam, dalam warta rasmi Kerajaan Sepanyol yang mengesahkan penamatan perkhidmatan Salomon diluluskan oleh Majlis Menteri, kelmarin, atas cadangan Menteri Luar, Jose Manuel Albares.
Salomon berkhidmat sebagai Duta Besar Sepanyol ke Israel sejak Julai 2021, namun dipanggil pulang untuk rundingan pada September lalu.
Ia selepas ketegangan diplomatik memuncak antara kedua-dua kerajaan itu susulan kenyataan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, yang mengumumkan langkah menghentikan genosid di Gaza.
Berikutan pengumuman itu, Kerajaan Israel telah mengambil tindakan yang disifatkan Madrid sebagai 'tuduhan fitnah' serta 'tindakan tidak boleh diterima' terhadap Menteri Buruh Sepanyol, Yolanda Diaz, dan Menteri Belia Sira Rego.
Dengan penamatan khidmat duta itu, Kedutaan Sepanyol di Israel kini akan diketuai oleh seorang kuasa usaha sehingga Madrid memutuskan untuk melantik duta baharu.
Hubungan antara kedua-dua negara kekal tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Israel kini juga tiada duta di Madrid, dengan kedutaannya diketuai oleh seorang kuasa usaha selepas utusan terdahulu meninggalkan jawatan itu pada 2024, susulan pengiktirafan Madrid terhadap negara Palestin.
Mana-mana bakal duta Sepanyol kelak memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Israel sebelum memegang jawatan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan