Khamis, 12 Mac 2026

BUAT KERJA BERFAEDAH UNTUK ORANG RAMAI


BUAT KERJA

YANG BERFAEDAH

UNTUK

 ORANG RAMAI

AMIN

BUKAN JAGA

BURIT & KOTE

RAKYAT

KHALAS



JAINJ cekup janda bersekedudukan lebih setahun

JOHOR BAHRU – Satu pasangan yang tinggal seperti suami isteri selama setahun di sebuah kampung di sini tanpa nikah terbongkar apabila diserbu pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam.

JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan cegah maksiat dilakukan penguat kuasa pada pukul 3 pagi selepas mendapat aduan orang awam.

“Apabila sampai penguat kuasa ketuk pintu sambil memanggil penghuni rumah dan memberi salam tetapi tidak dibuka serta-merta.

“Pintu kemudian dibuka tujuh minit kemudian oleh seorang lelaki yang mengenakan tuala mandi paras lutut sebelum pihak penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.

“Rumah itu mempunyai dua bilik. Bilik pertama kosong dan pemeriksaan di bilik kedua mendapatinya gelap,” menurut JAINJ dalam kenyataan tersebut.

JAINJ memaklumkan, penguat kuasa masuk bilik kedua dan menemui seorang wanita sedang baring di atas tilam dengan berpakaian baju tidur paras peha.

Pemeriksaan mendapati tilam dan selimut berada dalam keadaan tidak teratur sementara dalam almari baju terdapat baju lelaki dan wanita.

Pasangan berkenaan kelihatan pucat apabila ditanya hubungan mereka berdua sebelum mengakui tiada hubungan mahram dan bukan suami isteri.

Lelaki tersebut berusia 30-an, berstatus bujang dan wanita pula berusia 20-an, berstatus janda  dengan kedua-duanya bekerja di daerah ini.

“Berpandukan alamat dalam kad pengenalan, mereka berasal dari sebuah negeri dan daerah yang sama. Pasangan ini menyewa rumah ini secara bersama-sama kepada tuan rumah yang duduk tidak jauh dari situ.

“Pasangan ini mengaku mereka sudah setahun tinggal berdua di rumah ini tanpa nikah. Malah, jiran yang diperdaya percaya mereka adalah pasangan suami isteri.”

Apabila ditanya penguat kuasa sama ada berhasrat bernikah, mereka akui merancang untuk berkahwin tetapi belum bersedia kerana pendapatan belum kukuh.

Pasangan itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.- MalaysiaGazette

 

Tiada ulasan: