Ahad, 2 Ogos 2020

KEMBANGKAN NASIONALISMA SABAH







INI CONTOH

NASIONALISMA

SABAH

NAIK MELEDAK

AMIN

PILIH MUSA

WAKIL

 PAKISTAN

BANGLA

ATAU 

SHAFIE APDAL

PILIHAN 

ANAK WATAN

Umno mahu tanding sebahagian besar kerusi Sabah, kata Bung

UMNO Sabah mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi pilihan raya negeri berbanding parti pembangkang lain, kata Bung Moktar Radin.

Pengerusi Umno Sabah itu tidak mahu terkait dengan kedudukan Bersatu di negeri ini namun berulang kali menyatakan, oleh kerana telah lama di negeri ini, Umno perlu diberi lebih banyak kerusi untuk bertanding.

Pilihan raya negeri kali ini akan menyaksikan pertambahan 13 kerusi yang akan dipertandingkan buat pertama kalinya.

“Umno ada peluang di Sabah, tetapi begitu juga dengan parti lain, bagaimanapun Umno sudah lama di sini.

“Umno perlu diberikan lebih banyak kerusi dan saya akan sediakan perunding terbaik untuk bincangkan peruntukan kerusi,” kata Bung pada sidang media hari ini.

Pada Khamis, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pemimpin Umno di semenanjung dan negeri itu memberi perhatian kepada kehadiran Bersatu di negeri berkenaan dan kerusi yang patut dipertandingkan sejak pembubaran DUN Sabah Khamis lalu.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin semalam memberitahu Bersatu Sabah agar tidak terburu-buru dalam menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam jumlah besar kerusi dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Khaled membantah kenyataan Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor awal hari ini bahawa ia akan bertanding 45 dari 73 kerusi DUN.

“Dia dengan parti dia, kita dengan parti kita. Wujud Bersatu di Sabah kerana kumpulan pembelot.

“Umno akan terus dapat sokongan akar umbi,” kata khaled di Facebook bersama posting kenyataan Hajiji.

Terdahulu, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan mengkritik Hajiji kerana terburu-buru mengumumkan jumlah kerusi yang mahu dipertandingkan sebelum rundingan dibuat engan Umno Sabah.

Hajiji merupakan antara 11 Adun Umno yang keluar parti selepas piihan raya umum lalu.

Selain Hajiji adalah Masidi Manjun (Karanaan), Rahim Ismail (Pantai Manis), Japlin Akim (Usukan), Mohd Ariffin Mohd Arif (Membakut), Jamli (Tampasuk), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Isnin Aliasnih (Klias), Jusli Ajirul (Gum-Gum), Musbah Jamli (Tampasuk) dan Ghulam Bahadar Khan (Kawang).

Shafie membubarkan DUN beberapa jam selepas bekas ketua menteri Sabah Musa Aman mendakwa pembangkang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Bung Moktar berkata Umno Sabah akan mempunyai senarai lengkap calon dalam tempoh dua minggu.

“Saya akan selesaikannya dalam dua minggu. Nama calon akan diumumkan dalam tempoh dua minggu,” tambahnya.

Beliau juga berkata Umno dan rakannya dalam Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan bertanding pada 73 kerusi negeri.

“90% calon Umno merupakan muka baharu dan bersama rakan kita, kita akan bertanding di 73 kerusi,” tambah Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sejumlah 60 kerusi dipertandingkan di Sabah. Dan pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menambah jumlah kerusi di DUN kepada 73.

Pengarah pilihan raya negeri Sabah Rohiman Rahia ketika dihubungi hari ini mengesakan 73 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri akan datang.

13 kerusi DUN baharu itu adalah N02 Bengkoka, N06 Bandau, N08 Pintasan, N13 Pantai Dalit, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N27 Limbahau, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sg Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusan.

Bung sendiri akan bertanding di Lamag, yang merupakan antara 13 kerusi baharu di Sabah. – 2 Ogos, 2020.


WARGA SABAH

DAH BOSAN

DENGAN

PENDATANG

 HARAM

DARI

PAKISTAN

KHALAS


Tiada ulasan: