Ahad, 13 September 2026

JANGAN HANYA BACA AYAT KERUSI

 

HANYA 

SATU INGATAN

UNTUK

UMNO & PAS

AMIN

JANGAN

 HANYA BACA 

AYAT KERUSI

BACA 

JUGA AYAT LAIN

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR BIN IBRAHIM AKAN DI GULING ?



ADA SATU  CARA

LAGI CUN

KAH KAH KAH

HARI UNDI BAJET

SEMUA YANG

NAK TERAJANG

ANWAR BIN

IBRAHIM 

JANGAN

DATANG  MENGUNDI

AMIN

PASTI MAT BURUT

TERBARAI RUYUP

KHALAS




Tak perlu tunggu PM singkir UMNO, 

Hassan Karim senarai 3 pilihan untuk Zahid


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai sekurang-kurangnya tiga pilihan sekiranya mahu mencabar Kerajaan Perpaduan tanpa perlu menunggu Perdana Menteri mengambil tindakan menyingkirkan UMNO daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata tiga pilihan itu ialah menarik balik sokongan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan, menteri UMNO meletakkan jawatan daripada Kabinet atau mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri apabila persidangan Parlimen bermula 5 Oktober ini.

Katanya, semua pilihan itu mempunyai saluran di Parlimen dan tidak memerlukan Ahmad Zahid menunggu keputusan Anwar untuk memecat menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu daripada kerajaan sekarang.

"Kerajaan Perpaduan ini bukanlah satu gabungan rasmi sebaliknya ia longgar dan bila-bila masa boleh tarik diri.

"Dalam masa sama, Anwar ialah orang yang mengenang budi UMNO dan tidak sampai hati untuk memecat menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu.

"Tidak cantik ugut mengugut, cabar mencabar di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 kerana rakyat melihat... jadi seeloknya ambil contoh seperti Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli yang meletakkan jawatannya sendiri.

"Betullah Ahmad Zahid akan berkokok di hadapan tiga juta anggota UMNO, tapi jangan lupa negara ada 33 juta rakyat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam media melaporkan UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada meraih semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi.

Ahmad Zahid berkata gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata sekiranya hubungan itu berakhir dan majoriti tidak dapat dipertahankan, pembubaran Parlimen boleh menjadi pilihan untuk mandat baharu.

"Bagaimanapun, sokongan kerajaan masih dianggarkan sekitar 120 jika BN menarik balik sokongan. Angka itu masih melepasi 112 kerusi yang diperlukan untuk majoriti mudah, namun margin hanya sekitar lapan kerusi dan tidak boleh dianggap selesa.

"Dari sudut angka semata-mata, Anwar masih boleh bertahan tanpa BN, dengan syarat PH (Pakatan Harapan), GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan penyokong kerajaan lain kekal memberikan sokongan.

"Persoalannya bukan sekadar sama ada BN keluar, tetapi sama ada Anwar mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 112 sokongan secara konsisten sehingga PRU16, khususnya ketika meluluskan belanjawan dan urusan penting kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata peranan GPS dan GRS akan menjadi jauh lebih penting kerana kedua-duanya mempunyai sekitar 30 kerusi, jumlah sama besar dengan BN berdasarkan komposisi semasa.

"Tetapi jika GPS dan GRS juga menarik sokongan, kerajaan akan kehilangan 30 lagi kerusi dan angkanya boleh turun kepada sekitar 90 kerusi.

"Pada tahap itu, kerajaan tidak lagi mempunyai majoriti mudah. Maka GPS dan GRS bukan lagi sekadar rakan gabungan, tetapi menjadi antara 'kingmakers' utama dalam menentukan kelangsungan kerajaan.

"Keputusan kedua-dua parti politik ini tidak semestinya ditentukan oleh ideologi nasional UMNO, PAS atau PH semata-mata, sebaliknya faktor utama ialah pelaksanaan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), kuasa dan autonomi negeri, peruntukan pembangunan, projek infrastruktur, hasil negeri, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam kerajaan Persekutuan serta kestabilan hubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri.

"Sabah dan Sarawak bukan lagi sekadar pelengkap kepada kerajaan Persekutuan, tetapi mempunyai kuasa tawar-menawar yang semakin besar apabila Semenanjung berdepan persaingan politik yang sengit," katanya.

PENDATANG - ADA KERJA BERI MEREAK PERMIT KERJA

 

APAKAH BAIK

JIKA MEREKA

DI BERI PERMIT

KERJA

AMIN

MALAYSIA PERLU

TENAGA PENDATANG

AMIN

BANGLA MAYMAR 

BUKAN DATANG

UNTUK BUAT SCAM

AMIN


472 warga asing ditahan dalam serbuan

 imigresen di Lebuh Pudu


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 472 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Mega di Lebuh Pudu di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamzah Injau, berkata dalam operasi bermula kira-kira 11 pagi itu, pemeriksaan dijalankan terhadap kira-kira 2,500 warga asing, dengan mereka yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Myanmar, Filipina, Nepal, Indonesia, Pakistan, India, China, Zimbabwe dan Arab Saudi.

"Semua warga asing ditahan berusia antara 18 hingga 62 tahun, membabitkan 439 lelaki dan 33 wanita, dan mereka akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

Kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa, menggunakan dokumen yang tidak diiktiraf serta pelbagai kesalahan lain mengikut Akta Imigresen," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Hamzah berkata serbuan di kawasan Lebuh Pudu dibuat susulan aduan orang awam mengenai kehadiran ramai warga asing dan premis yang dipercayai menjalankan perniagaan secara haram, selain terdapat juga premis yang disyaki dikendalikan atau menggaji warga asing.

Beliau berkata, premis perniagaan yang disyaki beroperasi secara haram akan disiasat dan diambil tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut bidang kuasa agensi berkenaan.

Katanya, jumlah warga asing yang ramai diperiksa pada hari ini kerana Kuala Lumpur merupakan kawasan tumpuan termasuk kalangan mereka yang datang dari negeri lain pada hujung minggu bagi tujuan membeli-belah dan bekerja di sini.

Hamzah berkata, operasi itu disertai 337 pegawai adalah 218 pegawai JIM dan 119 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk DBKL, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Suruhanjaya Syarikat Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Jabatan Pendaftaran Negara serta Kementerian Kesihatan.

"Imigresen Kuala Lumpur ingin menegaskan sekali lagi tindakan penguatkuasaan akan dibuat secara berterusan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen ini termasuklah majikan atau pemilik premis dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin," katanya.

Beliau berkata, Imigresen kini melaksanakan Program Repatriasi Migran bagi memberi peluang kepada warga asing yang tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk pulang ke negara asal secara sukarela dengan hanya dikenakan kompaun. - BERNAMA







APAKAH ZAHID AKAN MASUK JALAM SPRM?



 HANYA 

SATU SOALAN

AMIN

APAKAH ZAHID AKAN

MASUK JALA SPRM?

AMIN

AMERIKAN DAN BARAU AMERIKA DI SERANG

 

AMERIKA DAN

BARUA AMERIKA

DI SERANG

AMIN

HARI HARI AKHIR

SAEKOR ZIONIS

BERNAMA AMERIKA

KHALAS




Pejuang Houthi dakwa serang pangkalan tentera Arab Saudi


SANAA: Pejuang Houthi di Yaman mendakwa mereka melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke sebuah pangkalan tentera di selatan Arab Saudi, semalam.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, memaklumkan serangan terhadap pangkalan Sharurah itu menyasarkan depot senjata serta pusat arahan dan kawalan yang menguruskan pencerobohan terhadap negara dan rakyat mereka.

Yahya melalui hantarannya di X bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh operasi berkenaan, ketika pertempuran antara Houthi yang bersekutu dengan Iran dan pasukan kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Riyadh semakin meningkat minggu ini.

Pada Sabtu, pasukan kerajaan mendakwa melancarkan serangan terhadap pejuang Houthi di bandar Mocha di pesisir Laut Merah, sebelum menyerang beberapa lagi kedudukan Houthi di bahagian barat daya negara itu.

Iran terima imej satelit China sebelum serangan maut ke atas tentera AS


WASHINGTON: Entiti China membekalkan Iran imej satelit sebuah pangkalan tentera di Jordan sebelum dan selepas serangan yang mengorbankan tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS).

Laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ) itu dikhuatiri boleh meningkatkan lagi ketegangan antara Washington dan Beijing.

Pada 17 Julai, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke Pangkalan Udara Muwaffaq Salti di Jordan yang menempatkan anggota tentera AS, mengakibatkan tiga anggota Tentera Darat AS terbunuh.

Pegawai AS yang tidak dinamakan dan dipetik The Wall Street Journal tidak mendedahkan entiti China yang terbabit serta tidak menyatakan bahawa Beijing bertanggungjawab secara langsung.

BILA MAT BURUT NAK DAKWA GURU SAHAM ?

 

KENAPA MAT BURUT

TAK DAKWA

GURU SAHAM ?

AMIN

RABU INI HARI MALAYSIA

  

JEMPUTAN FORUM 

HARI MALAYSIA

BUDAYA NUSANTARA
SUMBANGAN BUDAYA JAWA

TAMAN TASEK
TITIWANGA
JAM 2.00 PETANG

SEMUA DI JEMPUT
DATANG


MAK CIK & PAK FELDA TAK SEDAR

 

APA YANG DITULIS

WAJIB JADIKAN

PERBUALAN

 NASIONAL

AGAR MAK CIK 

PAK CIK FELDA

 SEDAR

KHALAS


Unknown commented on
 "UMNO RUNDING DENGAN PAS"

Nak berniaga kena runding dahulu, kena bincang, bincang elok-elok, seorang dapat berapa peratus, company dapat berapa peratus, berapa banyak pembahagian projek, GLC, jawatan menteri, berapa dari sana, berapa dari sini, semuanya kena runding terlebih dahulu, kemudian paling penting mulut tutup semua sekali, buat perjanjian buat MOU, buat persetujuan baru gabung peluk cium, 

rakyat sebagai biasa akan keluar undi 5 tahun sekali, tetapi kerja orang politik sepanjang tahun 24 jam sehari, kah kah kah, isu apa nak bawa untuk pecah undi Melayu Cina India lain-lain semuanya atur rancang laksana, untuk tarik undi Melayu kena Isle haram halal judi kaum lain ancam, 

Rohingya Bangla Indonesia ancam ekonomi, sedikit cadangan, laga lagakan bangkit provokasi-provokasi kaum agama diteruskan, kuota haji teruskan, duit tabung haji ada duit khazanah ada duit EPF ada, sumber petroleum ada masuk, kah kah kah kah cari penghasut berkaliber untuk terus agenda hasut main isu berulang kali setiap hari agenda kaum agama bangsa kah kah kah kah

MUKA TEBAL KULIT BIAWAK


MUKA TEBAL

KULIT BIAWAK

TAK TAHU

TELAH DIMALUKAN

KAH KAH KAH

AMIN

HIMPUNAN SEJUTA UMMAH


TURUN 

JALAN RAYA

BARU MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS

Umno, PAS mahu himpun 


sejuta umat sebagai


 kemuncak kerjasama



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia akan mendapatkan persetujuan perwakilan Umno terhadap cadangan penganjuran himpunan membabitkan sejuta umat Islam, sebagai kemuncak usaha memperkukuh kerjasama dengan PAS.

Ini selepas cadangan itu dibangkitkan oleh wakil PAS yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026.

“Insya-Allah kita akan mengadakan tafahum (saling mengerti) dengan PAS.

"Pertama, saya ingin meminta para perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya atas saranan wakil-wakil mereka yang datang semalam dan mereka telah memberitahu saya untuk kedua-dua parti bekerjasama bagi mengadakan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2026 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid memberi mandat kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh untuk menggerakkan usaha berkenaan dengan kerjasama PAS.

Katanya, gerakan itu perlu dimulakan di peringkat negeri sebelum kemuncaknya diadakan di peringkat pusat.

“Akmal, abang (Zahid) berikan mandat dan kerjasama elok-elok dengan mereka dan kemuncaknya gerakkan untuk jelajah dari negeri ke negeri sebelum kemuncak himpunan besar-besaran di peringkat pusat.

“Kerjasamalah elok-elok dengan mereka,” katanya.

Semalam, Akmal berkata Pemuda Umno bersedia menyambut seruan Pemuda PAS untuk mengadakan Himpunan Mega Penyatuan Ummah.

Bagaimanapun, dia berkata himpunan itu perlu disertai diskusi dan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

Akmal berkata perhimpunan itu tidak seharusnya sekadar menjadi acara menghimpunkan penyokong kedua-dua parti, sebaliknya perlu dijadikan platform membincangkan isu orang muda dan masalah negara.

Dalam pada itu, Zahid meminta seluruh jentera Pemuda Umno di peringkat negeri dan bahagian, dengan sokongan Wanita dan Puteri, memberikan kerjasama bagi menjayakan gerakan tersebut.

Menurutnya, cadangan mengadakan himpunan berkenaan bukan semata-mata berdasarkan pertimbangan politik, sebaliknya bertujuan memperkukuh perpaduan umat Islam.

Katanya, kehadiran wakil PAS ke PAU semalam menunjukkan ruang untuk kedua-dua parti mencari titik persefahaman semakin terbuka.

“Kerjasama ini mesti berasaskan sikap saling menghormati, kejujuran dan kepentingan rakyat, bukannya pengkhianatan antara satu sama lain,” katanya.

TERAM KENCING MUHAMAD BIN SALMAN

 

TERAM 

KENCING

MUHAMAD

 BIN SALMAN

KHALAS

MAT BURUT NAK SINGKIR UMNO ?


BERANIKAH

MAT BURUT

SINGKIR UMNO

AMIN

MAT BURUT SAH

TAKADA  

SOKONGAN

BANI MELAYU

KAH KAH KAH

MELAYU BERSATU

TERAJANAG

MAT BURUT

KHALAS



'Ada berani ke? Kalau berani, buatlah cepat..' - Presiden UMNO


KUALA LUMPUR: UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada meraih semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi, berkata gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mengeluarkan parti itu daripada Kerajaan Perpaduan perlu dibuat melalui undi tidak percaya yang perlu dibentang di Dewan Rakyat.

"Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat. Asas pembentukan (Kerajaan Perpaduan) ialah 82 (ahli Dewan Rakyat) Pakatan Harapan (PH) dan kita ada 30 (Ahli Parlimen). Asasnya 112 (wakil rakyat).

"Namun, daripada 112 (wakil rakyat) ini, tiga (Ahli Parlimen) daripada PKR sudah keluar masing-masing  Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.

"Ingatlah kerjasama kita bentuk (Kerajaan Perpaduan) atas amanah kenegaraan dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini, hari ini.

TERAM BARUA ZIONIS YAHUDI


TERAM & AMERIKA

JADI ALAT BARUA

ZIONIS YAHUDI

KHALAS

Unknown commented on 
"BARUA AMERIKA DI SERANG LAGI"

Zaman kehancuran Amerika Yahudi sudah tiba, zaman bangga teknologi zaman jadi polis moral zaman jadi penakluk terhebat akan terhina terus, sebenarnya Trump ini musuh utama Amerika Yahudi, dia seorang menyebabkan seluruh dunia meludah Amerika kah kah kah kah 

padan muka atas segala kejahatan segala ketidakadilan segala malapetaka dibawah naungan payung Amerika Syarikat kah kah kah kah, bagaimana pula Malaysia? 

Bila zaman kehancuran akan bermula apabila wang ringgit menjadi kiblat atau rasuah menjadi budaya darah daging orang-orang kita? tunggu tak lama juga kah kah kah

YANG JAHAT KITA LAWAN

 

JANGAN LUPA

TUN RAZAK PUN

GUA LAWAN

AMIN

HUSIN ONN

GUA LAWAN

DI KARACHI

DI LONDON

SLOGAN DI DINDING

PEJABAT DUTA

KHALAS




politikgilababi commented on 
"PROJEK TERAJANG 
WAJIB DISEGERAKAN"

Woitt TT..hang ni semua PM hang nak terajang. Dari Madey lps tu Pak Lah kendian Najib, Mat Sembab pun hang tak lepaih. Skrng Guru pulak. Yg selamat cuma Pak Long Maei sbb Guru penerajang dia awai. Kahkahkah kahkahkah kahkahkah

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

AHAD 13  SEPTEMBER 2026

HARGA MINYAK NAIK

 GERILA IRAQ  BOM PAIP MINYAK SAUDI


BERIITA BAIK
Gerila Perlawanan Iraq bom paip minyak  yang melintang di Saudi. Ini  laluan minyak nak lari dari Selat Hormuz. Kah kah kah. Hancus !

HARGA MINYAK DAH NAIK 107 dolar satu tong – Ham dua lil. 

Ekonomi dunia jadi parah – kita di Malaysia  senang menghasut.

HOUTI kini kawal semua pesisiran Laut Merah di Yaman – jeng jeng jeng.   BAB AL MANDAP KINI DALAM TANGAN HOUTHI.

HOUTHI UMUM : 
SEMUA TANGKI MINYAK BOLEH LINTAS BAB AL  MANDAP kecuali Kapal Tangki Minyak Saudi – Kah kah kah.

MBS talipon Mat Teram minta tolong bom Houthi – Mat Teram TAK AMBIL POT – kah kah kah – SAUDI NEGARA BARUA AMERIKA TAPI AMERIKA TAK MAHU TOLONG  kah kah kah

MAT BURUT KENA KENCING
KONON NAK JUMPA KETUA MENTERI TAMIL NADU -  ini projek nak naikkan sokong  para NANDEK di Malaysia – gagal  MELESET kah ka kah.

ZAHID TERUS MENYERANG:
INI KERANA – SOKONGAN DALAM PARTI MAKIN KUKUH DAN FORMULA PERPADUAN UMAH – RUMAH ANGSA – BERJALAN  LANCAR. Amin.

AWAS!!! 
ZAHID DALAM BAHAYA
 Kalau PRU16 tak berjalan awal – maka  Mat Burut akan gunakan SPRM untuk  JALA  Zahid.

PRN  MELAKA – LEPAS PRN MELAKA WAJIB  TEKAN MAT BURUT UNTUK ADAKAN PRU16. Khalas.

HOKKIEN
Pagi ini kering  – matahari dah keluar – tidak lagi berwarna merah – Tapi KL & KL Sentral masih berjerebu – jerebu ada kurang sikit – langit nampak cerah – petang kemarin angin kuat.

Wow ! Dalam hutan belukar Cengkerik – bersimponi KUAT – pasti gumbira –  MINTA  terus panggil hujan.

Tim Mak Tetek Lanjut tak kelihatan – ini kerana ada Abang Potong Rumput betul-betul di hadapan tempat gua beri nasi.

Berjalan ke Wakaf Tiga  Putih Baik muncul bergurau dengan Tak Tak – yang lain muncul sama – ada yang bersuara LALU gua tabur nasi untuk mereka – ha ha – semua senyap makan. Saekor Gagak  dan Tiong Laki Bini  datang rapat bila melihat  Geng Putih makanan.

Di Wakaf Pertama  yang menunggu  hanya Tiong Laki Bini – lalu gua beri friskies – Tak Tak hanya memerhati.

Hari ini akan panas – datanglah hujan – kiat semua menunggu. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD 

BRO
Air melurut  bawa irama
Kembang berseri bunga senduduk
Elok bersatu kita bersama
Terajang Mat Burut sampai terduduk 

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Tak perlu banyak  dipikir
Mat Burut wajib di palu

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI