Sabtu, 12 September 2026
UMNO RUNDING DENGAN PAS
INI BETUL
SECARA DIPLOMASI
CUKUP TEPAT
AMIN
UMNO RUNDING
DENGAN PAS
AMIN
BN RUNDING
DENGAN PN
KHALAS
Umno lebih cenderung runding
dengan PAS berbanding PN -
Asyraf
Umno kini dilihat lebih cenderung memfokuskan rundingan dengan PAS berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu dapat dilihat menerusi perbahasan dan pandangan yang disuarakan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2026.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu belum menjadi keputusan rasmi parti kerana rundingan pilihan raya masih belum bermula.
“Kalau kita lihat daripada perbahasan-perbahasan dan daripada perwakilan-perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita memfokuskan kepada perundingan dengan kepimpinan PAS berbanding dengan melihat dalam konteks Perikatan Nasional itu sendiri.
GURU KAKI KENCING
GURU KAKI
KENCING
KAH KAH KAH
HARI INI MENANG
SAYA ULANG
ESOK MINYAK
TURUN
KAH KAH KAH
KHALAS
Sebaris ungkapan lebih menikam
berbanding 40 minit berpidato
KUALA LUMPUR: 'Guru, cukup-cukuplah guru'. Empat patah perkataan ringkas tetapi dalam politik, jumlah perkataan dilepaskan itu kadang-kadang lebih tepat mengena sasaran berbanding 40 minit berpidato.
Ungkapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 semalam menarik perhatian kerana ia boleh dilihat bukan sekadar gurauan atau selingan dalam ucapan.
Kalau 'guru' itu difahami sebagai kiasan kepada pemimpin atau kuasa kedudukannya lebih tinggi, lebih berpengaruh dan lebih dominan, maka ungkapan 'cukup-cukuplah' kedengaran seperti satu mesej agak jelas iaitu sudah 'sampai masa UMNO berhenti menjadi murid'.
Ini bukan tidak boleh belajar. Bukan tidak boleh menerima nasihat tetapi jangan terlalu lama menekan belajar sampai lupa sebuah parti politik akhirnya perlu tahu membuat keputusan sendiri. Mungkin di situlah masalah UMNO hari ini
PROJEK TERAJANG WAJIB DISEGERAKAN
PROJEK TERAJANG
GURU WAJIB
DISEGARAKAN
KAH KAH KAH
RAMAI ANAK MURID
DAH KENA KENCING
KHALAS
Bukan tak setuju PRU awal, tapi lebih afdal tunggu mandat
Setiausaha Agung Pakatan Harapan Saifuddin Nasution Ismail berpandangan adalah lebih afdal menunggu mandat Kerajaan Perpaduan tamat sehingga Februari 2028 sebelum parlimen dibubarkan.
Katanya, gesaan supaya pilihan raya umum (PRU) disegerakan perlu dilihat sebagai pandangan dan hak masing-masing.
"Saya tak sebut tak setuju, saya sebut lebih afdal. Sebab tempoh berbaki lama lagi.
"Kita ada (mandat) sampai Februari 2028, tempoh ini dikira dari tarikh ahli parlimen angkat sumpah, bukan tarikh PRU pada Nov 2022.
FORMULA MELAYU BERSATU CAPAI MENANG
FORMULA
PENYATUAN
UMNO & PAS
BAWA MENANG
PADA UMMAH
KHALAS
Umno palu gendang perang
ketika tanda-tanda kerjasama
dengan PAS kian jelas
Kehadiran PAS di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 semalam sememangnya antara perkara yang dinanti-nantikan oleh para pemerhati politik tanah air.
Penantian tertinggi orang ramai tentulah kemunculan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk sekali lagi menerima penghormatan berada bersama pemimpin kanan Umno di pentas utama dewan yang menjadi tempat persidangan berlangsung.
Sebelum ini Abdul Hadi sudah mencatat sejarah sempena kelahiran Muafakat Nasional. Tarikhnya hampir tepat dengan semalam. Yang berbeza cuma tahunya – 2019.
Bagaimanapun harapan untuk melihat kehadiran Abdul Hadi tidak kesampaian apabila PAS hanya membalas dengan wakil yang setara ke PAU. Pun begitu sosok yang tiba membawa nama PAS juga bukan sembarangan.
Sebagaimana Umno sebelum ini menghantar setiausaha agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa pemimpin kanan ke Muktamar PAS, semalam PAS menghantar Naib Presiden Idris Ahmad; Takiyuddin Hassan (setiausaha agung), Ahmad Fadhli Shaari (ketua penerangan) Ahmad dan Syahir Sulaiman (Setiausaha Politik Abdul Hadi).
Bagaimanapun tiada kelibat pemimpin parti komponen PN lain termasuk Wawasan di sebalik terbukanya lembaran baru di Negeri Sembilan.
Kehadiran pemimpin PAS dan ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, turut memberi isyarat positif mengenai kerjasama antara dua parti gabungan berkenaan.
Bahkan Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi "signal" jelas bahawa kerjasama yang diharapkan bakal menjadi kenyataan.
Pun begitu, ia tidaklah boleh berlaku begitu saja. Justeru Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menggariskan beberapa prasyarat tanpa kompromo bagi menjayakan agenda berkenaan.
"Jangan khianat-mengkhianati. Jangan bina persefahaman pada waktu siang tetapi merancang menjatuhkan rakan di malam hari.
“Jangan perjanjian ditandatangani, dalam masa yang sama ia dimungkiri," tegas Ahmad Zahid dalam ucapan dasaranya.
Jika kerbau diikat pada tali, manusia pula diikat dengan janji. Selaras dengan sikap itu Ahmad Zahid memperkenalkan "kolaborasi agung" melalui persefahaman yang perlu mengambil ibrah daripada Perjanjian Hudaibiyah untuk memastikan "tiada lagi dusta".
Mengambil ibrah ataupun pengajaran pembukaan Kota Mekah, dia mahu kerjasama yang bentuk dapat membentuk keyakinan serta menjamin kedudukan Melayu, bumiputera dan Islam serta memastikan kaum lain tidak terpinggir.
Sudah tentu Umno – khususnya Ahmad Zahid – berhak berkata demikian. Dan dia menyatakan perkara tersebut tanpa berselindung. Dia mengucapkan kata-kata tersebut di depan perwakilan PAS.
Meskipun sudah kurang disebut malah seperti mahu dilupakan, sejarah tetap mengingati bahawa kerjasama di antara PAS dan Umno pernah terjalin. Malah ia dibuat secara rasmi, siap dengan acara yang meriah.
Namun hayat Muafakat Nasional yang dimeterai sayangnya tidak panjang. PAS kemudian ‘mendakap’ Bersatu lalu membina ‘rumah’ baru yang kini dikenali sebagai PN. Malah PAS dan Bersatu adalah tulang punggung kepada PN – dulu.
Sementara itu Umno juga membuktikan mereka tidak pernah melupakan Najib Razak. Seperti biasa setiap tahun, PAU akan diawali dengan sesuatu yang mengingatkan parti itu kepada Najib.
Apa pun yang lebih mencuri perhatian hari ini ialah ucapan dasar Ahmad Zahid yang sudah terang lagi bersuluh, serta tanpa berbasa basi mengisytiharkan "perang " terhadap PH.
Mentafsir kata-kata itu, Ahmad Fadhli – yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas – menganggap ia adalah sindiran tajam buat PH, khususnya ungkapan “kita bukan kerajaan yang berjanji, hari ini menang, esok semua masalah selesai."
Begitu juga Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, turut menyifatkan Ahmad Zahid mengisytiharkan perang dengan melepaskan apa yang terbuku sejak empat tahun lalu.
Lebih mengejutkan lagi, timbalan perdana menteri itu mempersenda pemimpin kerajaan dengan mengambil hasut maya popular media sosial yang kemudian diubahnya sedikit.
“Guru, cukuplah guru!” kata Ahmad Zahid
Dia juga sekali lagi mengulangi pendirian Umno yang mahukan PRU ke-16 diadakan lebih awal.
Zahid menegaskan sudah tiba masanya untuk Umno dan BN kembali mendapatkan mandat rakyat bagi memimpin negara bersama rakan gabungannya yang baru.
KEJAYAAN HOUTHI
HOUTHI BERJAYA
BELASAH SAUDI
BARUA AMERIKA
AMIN
SEMUA KAPAL
TNGKI MINYAK
DI BENAR LALU
DI BAB AL-MANDAP
KECUALI KAPAL
MILIK SAUDI
KHALAS
Houthi tawan pulau strategik, eksport
minyak negara Teluk terancam
ADEN: Kumpulan Houthi di Yaman yang disokong Iran dilaporkan berjaya menawan pulau strategik Perim di Selat Bab el-Mandeb semalam, menurut empat sumber kerajaan Yaman kepada agensi berita Reuters.
Langkah agresif itu sekali gus menyaksikan kumpulan berkenaan memperketat kawalan ke atas laluan perkapalan global yang penting di tengah-tengah konflik di Asia Barat yang kian meruncing.
Sementara itu, menurut pihak berkuasa Arab Saudi, saluran paip minyak utama Timur-Barat di Arab Saudi yang membantu mengurangkan kesesakan di Selat Hormuz ditutup sementara berikutan serangan dron dari Iraq.
Insiden itu memberi tekanan tambahan terhadap aliran minyak di negara Teluk ketika usaha diplomatik untuk meredakan peperangan menemui jalan buntu.
Sekiranya kumpulan Houthi berjaya menguasai Selat Bab el-Mandeb yang terletak di sebelah bertentangan Semenanjung Tanah Arab dengan Selat Hormuz, sekutu mereka, Iran bakal meraih kelebihan strategik kritikal dalam pertembungan dengan Amerika Syarikat (AS).
Perkembangan itu dijangka melumpuhkan rantaian bekalan melalui satu lagi koridor maritim utama dunia, sekali gus mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak global.
Serangan berterusan oleh kumpulan Houthi turut dikhuatiri mencetuskan ketegangan ke tahap yang lebih memudaratkan.
Menurut sumber, Arab Saudi dilaporkan memohon bantuan ketenteraan daripada Washington.
Ia berlaku ketika harga bahan api melonjak dan konflik berkenaan turut menjejaskan kedudukan politik Presiden AS, Donald Trump serta parti Republikan menjelang pilihan raya Kongres pada November depan.
Dalam pada itu, dua sumber daripada kerajaan Yaman yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan disokong Arab Saudi memaklumkan, tentera mereka sudah berundur dari Pulau Perim.
Kumpulan Houthi turut dilaporkan berjaya menawan bandar pesisir pantai Laut Merah, Dhubab, yang terletak berdepan dengan pulau terbabit.
Kapasiti saluran paip sedia ada terpaksa ditutup sementara berikutan beberapa siri serangan terhadap saluran paip Timur-Barat di wilayah Riyadh dan Medina, Arab Saudi, lapor media rasmi yang memetik sumber Kementerian Tenaga Saudi.
Setakat ini, pihak yang melancarkan serangan masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, Arab Saudi memaklumkan, dron terbabit dikesan datang dari arah Iraq, iaitu negara yang menempatkan pelbagai militia ditaja Iran.
Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Saree, menegaskan laluan navigasi maritim kekal selamat untuk semua kapal, kecuali kapal milik Arab Saudi yang tertakluk kepada sekatan yang diumumkan sebelum ini.
Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dilaporkan menghubungi Trump sekurang-kurangnya dua kali pada Khamis bagi memohon bantuan ketenteraan untuk memerangi kumpulan Houthi.
Perkara itu disahkan dua sumber kepada agensi berita Reuters pada Jumaat, sekali gus mengesahkan laporan awal disiarkan portal Axios.
Bagaimanapun, menurut sumber berkenaan, Washington memaklumkan kepada Riyadh, pihaknya belum bersedia mengambil tindakan ketenteraan secara langsung buat masa ini, namun sedia membantu daripada aspek perkongsian risikan dan sasaran strategik.- REUTERS
TERUSKAN MENGHASUT
HASUT JELAS
BERJAYA
TERUSKAN
MENGHASUT
KHALAS
Unknown commented on
"TIK TOK BERTINDAK -
TUTUP ISHAM RAIS"
deletekan dia sekali! membazir simpan sampah ni! kah kah kah!
Unknown commented on
"BERCUKUR DAN BERINAI
UNTUK SAMBUT NAJIB"
isham boleh tolong masukkan! isham dah lama mengidam! kah kah kah!
Unknown commented on
"BAKAR MAYAT ?"
bila 9sham dah mampus, kita kencing serta berak atas kubur dia. kah kah kah!
SPRM AKAN JALA ZAHID
ZAHID AKAN
DI JALA SPRM
KENA DC
KHALAS
Unknown commented on
"ZAHID DALAM BAHAYA
LEPAS UCAPAN INI"
>KENAKAN DC
Damn. I haven't heard this phrase in a long time.
- budak ex-VI
Unknown commented on
"SEMUA SETUJU HUMBAN MAT BURUT SACEPAT MUNGKIN"
Kah kah kah cakap tak serupa bikin? Cakap berapi-api? Kemudian duduk semeja duduk peluk betulkah dia ini? Kes 47 sudah dilepaskan terus atau masih ada peluang kembali?
Semua perkiraan dibuat menjaga kepentingan sendiri dahulu kah kah kah kah walau apa sekalipun diri diutamakan lain-lain boleh dikudakan dahulu demi agenda agama bangsa negara masih kekal kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SABTU 12 SEPTEMBER 2026
HARGA MINYAK NAIK
PAIP MINYAK SAUDI DI BOM
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Minyak mentah naik harga 107 dolar satu tong – Ini berita baik untuk menghasut.
PAIP MINYAK SAUDI KE LAUT MERAH KENA BOM
Laporan terbaru – ini kerja Gerila dari Iraq. Amin
LAUT MERAH – semua pesisir Laut Merah kini di bawah kawalan Houthi. Askar Yaman yang di sokong oleh Saudi CABUT LARI – bertan peluru, berpuluh kereta kebal, senjata dan lori tinggal – Semua kini milik Houthi. Amin
KETUA BESAR ASKAR AMERIKA terbang tergesa-gesa ke Saudi.
MAT TERAM tolak permintaan MBS untuk bom Houthi – kah kah kah – itu pasal hantar kepala askar ke Riyadh.
PAU UMNO
Zahid Hamidi menganjing Mat Burut – Dulu di anggap Cik GU - kini Zahid anggap Anwar bin Ibrahim sebagai kain buruk kah kah kah – KAIN BURUK atau SELUAR DALAM BURUK kah kah kah.
ZAHID dalam bahaya - Mat Burut sudah naik angin dia akan gunakan SPRM untuk JALA ZAHID.
Justeru Zahid wajib bergerak pantas guling Mat Burut – sebelum Mat Burut jala Zahid.
NAJIB TAK BEBAS
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
ANGONG KATA LAIN KALI LAAAA. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini kering dan KL & KL Sentral sedikit cerah tapi masih berjerebu. Matahari dah keluar – Tak merah lagi - Kemarin hujan kejap – malam rintik- rintik – langit arah Shah Alam ada awan kelihatan berwarna sedikit biru.
Siti Solo muncul dekat Pintu Masuk – bergurau dengan Tak Tak. Gua beri friskies – dia maka solo.
Di Jalan Besar Mak Tetek Lanjut dan kumpulan dah menunggu – Gua beri nasi – ramai makan pagi ini – gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Tiga Putih Baik muncul – tapi Geng Putih marah bila kami melintas – gua cuba RASUAH dengan menabur friskies – tapi gagal – yang makan senyap yang marah terus menyalak.
Berjalan pulang gua nampak saekor Gagak atas Pokok Cempaka – jarang Gagak berseorangan – bila gua hampiri dia terbang.
Siti Solo muncul kembali dekat Pintu Masuk – dapat hati dan keropok – ha ha Jantan Baik dan kawan muncul – dapat hati dan keropok.
Jap lagi nak ke Chow Kit – nak tengok harga telor – di NSK dah naik dari 13.50 dah jadi 17.50 untuk satu papan 30 butir – gua tak beli di NSK – nak beli di Chua Kit. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN
BRO
Bila hujan turun lu akan rasa tenag, rasa rindu dan nostalgia.
BRO
Beri perhatian pada titik-titik hujan – lu kan berterima kasih pada alam.
BRO
Lu jaga-jaga – hujan juga boleh bawa banjir - menduga lu sebagai manusia. Amin
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)



