Selasa, 15 September 2026
MUHYIDIN AKAN BANTU MAT BURUT TERUS JADI PM
ZAHID DAPAT
DNAA UNTUK
ANWAR BIN
IBRAHIM JADI PM
KAH KAH KAH
MUHYIDIN DAPAT
DNA UNTUK
ANWAR BIN
IBRAHIM
TERUS JADI PM
KHALAS
Muhyiddin bebas empat tuduhan berkaitan Jana Wibawa
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada satu tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram .
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin melepas dan membebaskan Pesiden BERSATU itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan supaya empat daripada tujuh kes terhadap Muhyiddin diberi perintah DNA.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan mahkamah, pendakwaan tidak meneruskan empat tuduhan itu dengan menggunapakai peruntukkan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
"Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh untuk empat pertuduhan itu," kata Ruwena.
Sebaik hakim mengumumkan perkara itu, Muhyiddin yang duduk di kandang tertuduh, kelihatan lega, disambut dengan sorakan daripada penyokongnya yang berada galeri awam
Muhyiddin, 79, dklepas dan dibebaskan daripada dakwaan sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM200 juta bagi BERSATU, daripada Bukhary Equity Sdn Bhd berkaitan Projek Jana Wibawa.
Tiga pertuduhan lagi ialah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun AmBank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Dengan keputusan itu, Muhyiddin kini hanya berdepan tiga tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta bagi parti itu daripada tiga syarikat, iaitu Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Azman, berkaitan Projek Jana Wibawa.
LANGKAH TURKI MENIPU UNTUK MENANG
AMAT JELAS
LANGKAH TURKI
KAH KAH KAH
PROJEK TIPU
BANTU
MAT BURUT
UNTUK MENANG
PRU 16
KHALAS
Sebuah syarikat teknologi di Istanbul menafikan terlibat dalam usaha terancang menyalahgunakan model utama kecerdasan buatan (AI) Claude milik firma Anthropic bagi memanipulasi pilihan raya di Malaysia.
Dalam kenyataan dalam bahasa Turki yang dimuat naik di laman LinkedIn pada 11 Sept lalu, BBS Bilisim Teknolojileri menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai “penglibatan, pengetahuan atau kelulusan” berhubung aktiviti yang disebut dalam Laporan Risikan Ancaman Anthropic bagi September 2026.
Syarikat itu berkata semakan dalaman masih dijalankan untuk mengetahui sama ada nama atau aset digitalnya digunakan tanpa pengetahuan syarikat, termasuk kemungkinan oleh bekas individu yang pernah dikaitkan dengannya.
“Selepas mendapat bukti awal, laporan akan dibuat kepada pejabat ketua pendakwa raya terhadap pihak yang bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.
Menurut Warta Pendaftaran Perdagangan Turki, BBS Bilisim Teknolojileri dimiliki oleh dua warga Turki, Türker Batuhan Sarı dan Bedri Sarı, yang masing-masing memiliki 50 peratus saham dalam syarikat itu.
Penafian itu dibuat selepas Anthropic mendakwa syarikat berkenaan menjual akses kepada platform yang menawarkan perkhidmatan untuk mempengaruhi maklumat di Malaysia.
Antara lain, laporan yang diterbitkan pada 10 Sept itu menyatakan pelaku berkenaan menggunakan Claude untuk mengendalikan lebih 1,000 akaun di X dan mencipta sokongan palsu terhadap tokoh kerajaan, termasuk perdana menteri Malaysia.
Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan operasi berkenaan mendapat pengaruh yang besar atau mengubah keputusan pilihan raya.
Laporan itu turut menyatakan pelaku berkenaan menyediakan maklumat untuk menyebarkan dakwaan palsu terhadap seorang ahli politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil. Mereka juga mengendalikan laman berita palsu bernama Malaysia Pulse, yang mempunyai saluran YouTube dengan hanya satu video.
Semakan Malaysiakini mendapati laman web Malaysia Pulse serta akaun yang dikaitkan dengan operasi berkenaan kini tidak lagi boleh diakses.
Laporan itu turut menyatakan bahawa pelaku berusaha mendapatkan kontrak dengan “pengawal selia komunikasi Malaysia”, namun tiada bukti menunjukkan usaha itu berjaya.
Dalam kenyataan pada 11 Sept, MCMC berkata pihaknya tidak terlibat dalam aktiviti atau urusan seperti yang diterangkan dalam laporan Anthropic itu. Suruhanjaya itu sebaliknya mengatakan mengambil serius laporan berkenaan dan sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi menentukan tindakan seterusnya.
Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said, kemudian menggesa supaya siasatan yang adil dibuat tanpa mengira parti politik atau pihak yang terlibat .
Azalina, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata persoalan penting yang perlu dijawab ialah siapa yang mengendalikan operasi ini, siapa yang membiayainya dan untuk kepentingan siapa ia dilakukan.
HIMPUNAN SEJUAT UMMAH
MATLAMAT
UTAMA TERKINI
HANYA SATU
AMIN
SELAMATKAN
MALAYSIA
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
HIMPUNAN SEJUTA
UMMAH PROJEK
PERTAMA
KHALAS
Penyatuan ummah perlu diperluas, bukan sekadar Pas dan UMNO - Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Gagasan penyatuan ummah perlu diperluaskan kepada pihak lain dan tidak seharusnya dilihat hanya dalam kerangka kerjasama antara Pas serta UMNO semata- mata.
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak dinafikan bahawa Pas dan UMNO merupakan dua kekuatan utama dalam politik Melayu-Islam.
Menurutnya, kedua-dua parti itu mempunyai kedudukan dan pengaruh yang penting untuk menjadi paksi kepada agenda penyatuan ummah.
"Namun, jika gagasan ini hanya dihadkan kepada kerjasama dua parti tersebut, kita mungkin tanpa disedari meminggirkan kelompok lain yang turut mempunyai peranan dan pengaruh dalam masyarakat.
"Sebab itu, muafakat perlu diperluas. Penyatuan ummah mesti mampu merangkul pihak lain yang bersedia menerima asas dan matlamat perjuangan yang dipersetujui bersama.
"Kepentingan Melayu-Islam, kestabilan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat hendaklah menjadi matlamat yang menyatukan semua kekuatan ini," katanya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.
PETANG INI - HUJAN BUATAN
PETANG INI
JEREBU AMAT TEBAL
PETANG INI
ENTAH BERAPA RATUS
ANGKA BACAAN IPU
DALAM PUKUL 5.30 PETANG
HUJAN BUATAN TURUN
TANPA GURUH
TANPA KILAT
SEKEJAP SAJA TAK SAMPAI 10 MINIT
GAGAL
KL & KL SENTRAL
DIBUNGKUS JEREBU
MATA HARI MERAH
JADI BOLA API KERANA JEREBU
BERAPA LAMA LAGI
KITA AKAN DIKURUNG JEREBU ?
AMIN
AL- FATIHAH
AL- FATIHAH
SEMOGA ADA
YANG DAPAT
DI SELAMATKAN
AMIN
Insiden Virgo Transport 8: Cuaca buruk, laut bergelora jejas hari ketiga operasi SAR 129 mangsa hilang
JAKARTA: Cabaran keadaan laut bergelora, hari ini, terus menjejaskan usaha pasukan penyelamat Indonesia dalam operasi mencari 129 orang dilaporkan masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik dan karam di Laut Jawa, tiga hari lalu.
Pegawai memaklumkan sekiranya keadaan cuaca bertambah baik nanti, pasukan penyelamat - yang ketika ini hanya terbatas kepada pencarian dari udara dan permukaan laut - akan turut melancarkan operasi bawah air untuk mencari mangsa yang mungkin masih hidup di dalam kapal itu.
Feri Virgo Transport 8 membawa seramai 243 orang dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan ketika insiden berlaku akibat cuaca buruk pada Ahad lalu.
Sekurang-kurang enam mangsa maut, manakala seramai 108 lagi berjaya diselamatkan dari kapal itu oleh pihak berkuasa, setakat ini.
Insiden Virgo Transport 8: Indonesia attur gerak KRI Canopus, dron bawah air kesan mangsa
JAKARTA: Indonesia akan mengatur gerak KRI Canopus, sebuah kapal penyelidikan hidro-oseanografi yang dilengkapi dron bawah air, bagi menyokong operasi pencarian 129 mangsa yang masih hilang dalam kejadian feri penumpang Virgo Transport 8 terbalik.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Mohammad Syafii berkata KRI Canopus dijangka tiba di lokasi kejadian pada Selasa pagi, selepas cuaca buruk menghalang pasukan penyelam khas daripada menjalankan operasi pencarian di dalam air pada Isnin.
"Kami akan menjalankan pencarian di dasar laut menggunakan teknologi yang ada pada KRI Canopus, termasuk dron bawah air, 'multibeam echo sounder', dan kenderaan kendalian jauh (ROV)," katanya pada sidang media di Banjarmasin yang disiarkan secara langsung pada Isnin malam.
Virgo Transport 8, yang membawa 213 penumpang dan 30 anak kapal, terputus hubungan pada kira-kira 2 pagi Ahad semasa dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan sebelum ditemukan terbalik.
ESOK HARI MALAYSIA - JEMPUTAN FORUM
ESOK
RABU 16/9/2026
HARI MALSYSIA
AMIN
JEMPUT BERSAMA
KE FORUM BUDAYA
PENTAS
TAMAN TASIK
TITIWANGA
BUDAYA NUSANTARA
SUMBANGAN BUDAYA JAWA
TAMAN TASEK
TITIWANGA
JAM 2.00 PETANG
SEMUA DI JEMPUT
DATANG
SAMAN KELOMPOK
SAPA TAHU
SYARIKAT SAWIT
YANG DI BAKAR
AMIN
PARU ROSAK
BERNAFAS SUSAH
AMIN
HUBUNG PEGUAM
BUAT SAMAN
KELOMPOK ATAU
CLASS ACTION
KHALAS
Jumlah titik panas di Kalimantan melonjak, tingkat potensi jerebu rentas sempadan
KUALA LUMPUR: Jumlah titik panas dikesan di Kalimantan melonjak kepada 808 semalam, sekali gus meningkatkan potensi berlakunya jerebu rentas sempadan sekiranya kebakaran terbuka di Indonesia berterusan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan jerebu bergantung kepada situasi kebakaran terbuka yang berlaku di Indonesia, selain keadaan angin yang boleh membawa asap ke negara berhampiran.
"Selagi kebakaran tidak dipadamkan, selagi itu ia akan memberi kesan kepada negara berdekatan. Kita masih berada di musim Monsun Barat Daya, di mana angin bergerak dari Indonesia ke arah negara kita yang dijangka berakhir pada Oktober ini," katanya kepada BH.
Berdasarkan data ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), jumlah titik panas di Kalimantan meningkat daripada 301 pada 12 September kepada 461 pada 13 September, sebelum melonjak kepada 808 semalam.
Dalam tempoh sama, ASMC turut merekodkan 87 titik panas di Sumatera, 15 di Sabah dan Sarawak serta satu di Semenanjung.
Data itu menunjukkan peningkatan ketara titik panas di Kalimantan dalam tempoh dua hari berkenaan, selepas jumlahnya berada pada paras lebih rendah pada awal tempoh pemantauan.
Bagaimanapun, keadaan cuaca di bahagian barat Sarawak dijangka lembap sepanjang minggu ini, yang boleh mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan berikutan keadaan atmosfera yang lebih sesuai untuk membantu membersihkan udara.
Mengulas keadaan cuaca selepas berakhirnya Monsun Barat Daya, Mohd Hisham berkata, kualiti udara dijangka kembali pulih berikutan perubahan arah tiupan angin apabila Monsun Timur Laut bermula.
"Cuaca kering dan panas dijangka lebih ekstrem tahun depan di hujung musim Monsun Timur Laut, bermula Januari hingga Mei," katanya.
ASMC dalam maklumat titik panasnya menjelaskan, titik panas diperoleh melalui pengesanan satelit NOAA dan mewakili lokasi yang berkemungkinan berlaku kebakaran.
Bagaimanapun, titik panas mungkin tidak dikesan sekiranya keadaan berawan atau berlaku liputan satelit yang tidak lengkap.
9/11 PROJEK ZIONIS ISRAEL
SATU DUNIA
KENA SCAM
AMIN
9/11 IALAH
PROJEK
ZIONIS ISRAEL
UNTUK
RUNTUHKAN IRAQ
AMIN
SAMBUNG DENGAN
IRAN HARI INI
KHALAS
TELAH
MAT TERAM BUAT LAWAK
MAT TERAM
BUAT LAWAK
AMIN
AMERIKA
DAH KALAH
AMIN
PERANG HANYA
AKAN BERHETI
BILA IRAN NAK
KHALAS
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mendakwa Tehran 'mahu mencapai perjanjian' bagi menamatkan perang dan menjangkakan kos bahan api domestik akan turun dengan ketara sebaik sahaja konflik berakhir, lapor Anadolu Ajansi.
"Perang itu mungkin berakhir sebelum pilihan raya separuh penggal, tetapi ia akan berakhir selepas pilihan raya separuh penggal," kata Trump kepada pemberita di Ireland.
Beliau berkata harga petrol akan 'menjunam' selepas konflik itu berakhir.
Menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA), harga purata petrol di AS pada Ahad ialah AS$4.31 (RM17.53) segelen, meningkat daripada AS$4.07 (RM16.55) sebulan lalu dan AS$3.19 (RM12.97) setahun lalu.
Iran terima imej satelit China sebelum serangan maut ke atas tentera AS
Trump berkata pegawai Iran 'sentiasa menghubungi' bagi mendapatkan satu perjanjian, namun menegaskan pentadbirannya hanya akan menerima persetujuan yang memihak kepada AS.
"Saya tidak akan membuat perjanjian yang tidak baik," katanya.
Agensi Berita Mehr Iran menolak dakwaan Trump sebagai 'tidak masuk akal' dan mendakwa pemimpin AS itu cuba mewajarkan masalah ekonomi domestik yang semakin meningkat akibat konflik berkenaan.
Mengulangi matlamat utama kempen ketenteraan itu, Trump menegaskan Iran tidak boleh dibenarkan memiliki keupayaan nuklear.
"Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear dan mereka tidak akan memiliki senjata nuklear," kata beliau.
Kemudian, ketika meninggalkan Ireland, Trump enggan mengesahkan sama ada Washington bertanggungjawab terhadap serangan maut ke atas sebuah kapal komersial Iran di Teluk apabila ditanya secara langsung mengenainya.
"Saya tidak mahu mengulas mengenainya," kata Trump kepada pemberita.
Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam serangan terhadap sebuah kapal komersial Iran di Teluk berhampiran Pulau Qeshm di selatan Iran awal Ahad, menurut seorang pegawai tempatan.
Mengulas mengenai hubungan diplomatik terkini antara negara-negara Teluk dengan Tehran, Trump berkata perkara itu tidak membimbangkannya.
"Saya tidak peduli. Itu terpulang kepada mereka," kata beliau sebelum membangkitkan kemungkinan AS mengekalkan kehadiran di rantau itu bagi mengawal sumber tenaga.
"Kami akhirnya akan berundur kecuali kami memutuskan untuk kekal dan menguasai minyak, seperti Venezuela," kata Trump.
Perang Iran yang kini memasuki bulan ketujuh telah meragut nyawa 18 anggota tentera AS dan mencetuskan ketidaktentuan berterusan di laluan tenaga global.
SISTEM JADIKAN. KITA BEBAL
SISTEM POLITIK
SISTEM EKONOMI
YANG KITA PAKAI
JADIKAN KITA
BEBAL
AMIN
Unknown commented on
"PROJEK GAGAL"
China Merah sudah ada humanoid robot, sebiji macam manusia, terpaling kemas cantik Amoi, kah kah kah kita masih tidak maju bercakap cerita lama sejarah tamadun keagungan dahulu purba, manakala orang lain sudah maju ke depan?
Terpaling hebat apabila yang tidak layak masih berusaha untuk kekal abadi kekuasaan walaupun penjenayah, ramai penjenayah bertaraf Datuk Tan Sri tetapi mendapat perlindungan kuasa kah kah kah inilah Malaysia Boleh Land.
Apapun selamat maju jaya membawa skrip lampau ketinggalan zaman dan terus duduk bawah sabut kelapa sawit. Amin
ADA KUASA DAPAT DUIT DAPAT BURIT
DAPAT KUASA
DAPAT DUIT
DAPAT BURIT
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK GAGAL"
Kalau orang politik ini ada sedikit perasaan malu, ada maruah, ada integriti sedikit saja, mungkin dunia menjadi lebih baik, perosak kemanusiaan untuk kesenangan kesejahteraan diri mereka, rakus kuasa, ego bodoh yang terpaling hebat berlaku dalam arena politik negara, penjenayah bersengkokol dilepaskan,
penjenayah musuh ditangkap didakwa dihina dalam media, penyokong tegar diberi projek komisen macam-macam kemudahan percuma daripada hasil cukai duit rakyat, tiada amanah dilantik sebagai KPN, DIG, pengarah, ketua polis semuanya geng sendiri, orang jujur diketepikan dipencen terus kah kah kah kah dunia semakin kiamat dengan perangai orang politik kita sekarang amin
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SELASA SEPTEMBER 2026
HARGA MINYAK NAIK
KINI 108 $$$ DOLAR SATU TONG
SAUDI ARABIA
Negara barua Amerika ini sedang di serang dari dua penjuru. Dari Selatan Houthi MENYERANG. Dari Timur Gerila Perlawanan Iraq MENYERANG.
MBS minta bantun dari Teram – tapi Mat Teram tak mahu tolong - kah kah kah.
YAMAN
Perang berterusan – bila soldadu Geng Saudi kalah dan cabut lari bertan-tan senjata tinggal – Ini sama seperti apa yang berlaku di Afghanistan bila Amerika cabut lari.
AMERIKA UMUM SENJATA DI UDARA
Pertama kali Amerika akui ada letak SENJATA di RUANG UDARA – senjata jenis apa? Tak di diumum. Senjata ini mungkin untuk tembak satelit.
CHINA & AMERIKA
Minggu depan SI JIN PING – KAN datang jumpa Mat Teram. Apa nak di bincang ? Masih belum di ketahui. Amin
HOKKIEN
Pagi ini kering. Jerebu masih memenjara Kuala Lumpur – Matahari dah muncul – kelihatan seperti bola api MERAH di atas langit. KL & KL Sentral berjerebu. KL & KL SENTRAL HODOH.
KEMARIN UDARA DI KL bacaan IPU – 190 – ini tahap bahaya – Kita wajib saman!!!
Wow – Siti Solo muncul – dekat pintu masuk – sedikit tempang – mungkin bergaduh – gua beri friskies, hati ayam dan keropok.
Di Jalan Besar Tim Mak Tetek Lanjut dah sedia menunggu – gua beri nasi dan juga gua tabur friskies – ha ha – kali ini Tiong Laki Bini datang makan sama.
Berjalan ke Wakaf Tiga Jantan Putih Baik ikut gua - ada yang lain mengekor – gua beri friskies – kini jadi kawan dengan Tak Tak.
Di Wakaf Satu hanya saekor Tiong menunggu di atas atap – gua tabur friskies – tapi enggan turun.
Hari ini akan panas. Wahai hujan di mana kamu ? Kami dah lama menunggu. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA
Api terang banyak kelekatu
Masuk ke kamar bersama kucing
Pasti geli rasa hati lu
Melihat Mat Burut kena kencing
Ambil sepinggan limau purut
Anak kucing milik Mat Indon
Nandek enggan jumpa Mat Burut
Lepas kencing terbang ke London
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)
















