Khamis, 10 September 2026

ANAK MUDA TOLAK MAT BURUT


ANAK MUDA

GEN ZEE MAKIN

MELUAT DENGAN

MAT BURUT

KHALAS

DAP AKAN TINGGALKAN KERAJAAN ?


ESOK NAJIB

DI BEBASKAN?

AMIN

APA LANGAH DAP

TOLAK PH ?

AMIN

PERLU JAWAB !!!


ZIONIS TEMPATAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

 PERLU JAWAB

AMIN

KENAPA JUAL

HARTA NEGARA

PADA SYARIKAT

ZIONIS

KHALAS


Hospital swasta Shah Alam digesa tolak dana syarikat ‘terpalit Israel’ KKR


Sayap tempatan pergerakan global memulau Israel memberi amaran kepada sebuah hospital swasta supaya mengkaji semula keputusan menerima pelaburan daripada pengurus dana AS, Kohlberg Kravis Roberts & Co (KKR), yang baru-baru ini mengambil saham minoriti dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit, sambil mengingatkan bahawa langkah itu "menimbulkan persoalan etika yang serius” di sebalik tindakan Israel memusnahkan prasarana kesihatan penduduk Palestin.

Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia menggesa Avisena Healthcare, yang mengendalikan salah sebuah hospital swasta terbesar di negara ini, menyemak semula keputusannya menerima pelaburan daripada KKR “yang reputasinya telah terjejas oleh hubungannya dengan Israel".

AvisenaHospital_ShahAlam“Amat menyedihkan melihat Avisena, yang dinamakan sempena nama doktor-ahli falsafah Islam yang terkenal pada Zaman Kegemilangan Islam, bekerjasama dengan KKR, sebuah syarikat yang mempunyai hubungan kukuh dengan Israel, iaitu rejim yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Islam dan Kristian di Gaza dan Tebing Barat,” kata BDS Malaysia dalam satu kenyataan yang disokong kira-kira 30 pertubuhan lain.

Pergerakan itu bagaimanapun tidak menganjurkan kempen memboikot hospital tersebut dan mengelak daripada menuduhnya terlibat dalam jenayah Israel.

Namun begitu, ia berkata rakyat Malaysia perlu “memeriksa hati nurani mereka dengan teliti sebelum membuat keputusan sama ada untuk menggunakan kemudahan Avisena”.

"Harus dikatakan bahawa menerima dana daripada entiti seperti KKR menimbulkan persoalan etika yang serius mengenai Avisena sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang komited terhadap prinsip-prinsip rawatan yang berperikemanusiaan dan adil untuk semua.”

Berita mengenai pelaburan KKR dalam Avisena mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai memetik penglibatan KKR dalam ekonomi Israel melalui pelaburan utamanya, termasuk di wilayah yang diceroboh untuk membina penempatan haram Yahudi.

Avisena sebelum ini menjelaskan suntikan modal itu merupakan transaksi komersial oleh sebuah syarikat dengan struktur pemilikan terdiri daripada pelbagai pemegang saham dan bukan terikat secara peribadi kepada hartawan Yahudi yang mengasaskan KKR.

“Ia tidak wajar dikaitkan atau ditafsirkan berdasarkan agama, etnik atau latar belakang peribadi mana-mana individu.

“Ia cuma pelaburan minoriti dan tidak melibatkan pembelian, pengambilalihan atau sebarang perubahan kepada kawalan pegangan saham sedia ada Avisena Healthcare,” kata kumpulan hospital itu seperti dilaporkan Sinar Harian.

Walaupun jumlah dana KKR tidak dinyatakan, laporan Reuters bulan lalu menganggarkan ia melibatkan pegangan 20% hingga 25% dalam Avisena yang boleh mencapai RM300 juta hingga RM400 juta.

KKR dan ekonomi Israel

BDS Malaysia menyenaraikan beberapa pelaburan semasa oleh KKR yang menunjukkan bagaimana dana itu masih terus bertapak di Israel.

Ia termasuk pelaburannya dalam platform hartanah Guesty, firma IT Global Technical Realty (GTR) dan Semperis, serta platform kandungan digital Artlist.

Di samping itu, KKR juga merupakan pemilik majoriti Aviv Group, yang memiliki firma pengiklanan hartanah yang turut menyenaraikan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

“KKR terus mengekalkan pelaburan di Israel meskipun Israel terus melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin,” tambah BDS Malaysia.

Ia seterusnya mengingatkan Avisena mengenai jenayah Israel terhadap penjagaan kesihatan berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan British Medical Journal.

“Israel telah melakukan lebih daripada 1,000 serangan ke atas kemudahan sasaran penjagaan kesihatan di Gaza antara Oktober 2023 dan Jun 2026, termasuk 36 hospital, dan juga telah membunuh lebih 1,700 petugas penjagaan kesihatan di Gaza.

“Oleh itu, kami menyeru Avisena untuk menyemak semula keputusannya untuk menerima modal daripada KKR, yang reputasinya telah terjejas oleh hubungannya dengan Israel.”

MalaysiaNow telah menghubungi Avisena untuk mendapatkan maklum balas. Seorang jurucakap berkata ia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

"Kami kekal dengan semua maklumat seperti diberikan dalam kenyataan awal rasmi kami."

Perkembangan itu adalah kontroversi terbaru melibatkan pelaburan oleh entiti perniagaan yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Palestin di Malaysia, khususnya selepas kempen genosid Israel di Gaza, di mana lebih 100,000 orang awam terbunuh sejak Oktober 2023.

Bantahan serupa meletus pada 2024 apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertegas meneruskan penjualan saham syarikat pengurusan lapangan terbang milik kerajaan, Malaysia Airports, kepada sebuah firma milik BlackRock, pengurus dana AS yang berdepan tuduhan terpalit dengan jenayah perang Israel.

Aktivis sebelum ini turut membantah kehadiran kapal membawa kargo ke Israel di pelabuhan tempatan.

Minggu lalu, BDS Malaysia memberi amaran kepada kerajaan Malaysia mengenai puluhan kontena berisi bekalan ke negara Zionis itu yang sedang menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor, hampir sebulan selepas pihak berkuasa memintas kargo untuk Elbit Systems, pemain utama industri ketenteraan Israel

ANAK MUDA KENA SCAM OLEH ANWAR BIN IBRAHIM


ANAK MUDA 

KENAN SCAM

 ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

ANAK MUDA NAK

TANYA ADAKAH

DAP AKAN

KELUAR KERAJAAN

SEPERTI DIJANJI

KHALAS

'Pindah Najib ke


 banglo akan buat 


anak muda makin 


hilang percaya 


pada politik'



Memindahkan Najib dari penjara ke banglo berisiko memburukkan lagi hakisan kepercayaan politik, kata Muda.

Bagi Naib Presiden Muda, Zarul Afiq, tiada kompromi terhadap hukuman penjara bekas perdana menteri, Najib Razak, kerana keadilan menuntut tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang, tanpa mengira kuasa atau kedudukan.

“Lebih membimbangkan, keadaan seperti ini akan membuatkan anak muda semakin hilang kepercayaan terhadap politik. Mereka akan bertanya: kalau keadilan boleh berbeza mengikut siapa kita, apa gunanya demokrasi?” soalnya.

Zarul mengulas laporan bahawa permohonan baharu Najib untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah bakal dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat ini.

Pemimpin Muda itu berkata, berita berkenaan membelenggu dirinya dengan “rasa marah dan kecewa”.

“Prinsipnya jelas — tiada layanan dua darjat. Undang-undang dan hukuman mesti dilaksanakan secara adil tanpa mengira seseorang itu bekas perdana menteri, ahli politik berpengaruh atau rakyat biasa.

“Sebarang keputusan yang dilihat memberikan keistimewaan kepada individu tertentu berisiko menghakis kepercayaan rakyat terhadap demokrasi, institusi negara dan keluhuran Perlembagaan.

“Keadilan tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang boleh berubah mengikut kedudukan, kuasa atau pengaruh seseorang,” tambahnya.

Zarul berkata budaya politik yang meletakkan golongan berkuasa di atas undang-undang mesti ditolak, sambil menambah bahawa rakyat menyaksikan jurang antara pemegang kuasa dengan rakyat biasa yang berdepan sistem keadilan sepenuhnya sudah terlalu lama berlaku.

“Setiap keputusan wajib dibuat dengan penuh ketelusan, berlandaskan Perlembagaan dan prinsip keadilan — bukan atas dasar siapa yang mempunyai kuasa,” katanya lagi.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan PH seolah-olah membantah perintah tahanan rumah berkenaan dengan menyatakan bahawa individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa, terutamanya dalam kes profil tinggi, perlu menjalani hukuman penuh yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook malam semalam berikutan mesyuarat kepimpinan tertinggi gabungan itu, PH berkata kedaulatan undang-undang juga menuntut prosiding kehakiman yang sedang berjalan dibiarkan selesai secara bebas dan teratur.

Najib masih berdepan pertuduhan rasuah lain di mahkamah berkaitan 1MDB. Dia juga sedang merayu bagi sabitan berasingan pada 2025 atas 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang membawa hukuman penjara 15 tahun.

Sementara itu, sumber yang menghadiri mesyuarat PH memberitahu Straits Times Singapura bahawa Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh dijangka membantah sebarang pengampunan tambahan untuk Najib apabila Lembaga Pengampunan bersidang.

“Bagaimanapun, keputusan akhir terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Anwar akan memohon perkenan untuk menghadap Seri Paduka Baginda sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi membincangkan perkara tersebut,” kata sumber yang dipetik.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 2022 selepas disabitkan kesalahan dalam kes rasuah SRC International. Pada 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjaranya kepada separuh dan mengurangkan denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya kepada RM50 juta.

BERSIH WAJIB SUSUN DEMO SAMBUT NAJIB


BERSIH WAJIB

SUSUN DEMO

SAMBUT NAJIB

KHALAS



Najib perlu jalani hukuman di penjara, bukan diberi pengampunan atau tahanan di rumah - BERSIH
KUALA LUMPUR: Najib Razak perlu menyelesaikan baki hukumannya di penjara dan bukan menjalani tahanan di rumah, kata Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Asraf Sharafi.

Asraf yang mewakili 47 pertubuhan masyarakat sivil dan belia serta badan pelajar berkata, justeru mereka membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha Lembaga Pengampunan untuk memberikan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri itu, dalam mesyuaratnya esok.

"Beliau (Najib) perlu menjalani baki hukumannya di penjara.

"Mengapa kes beliau diberi keutamaan sedangkan ramai banduan biasa masih menunggu peluang untuk memohon pengampunan?

"Najib sudah menerima pengurangan hukuman pada Februari 2024 daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta," katanya kepada pemberita di pejabat BERSIH di Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilapor mengesahkan Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat esok, namun enggan mengulas sama ada permohonan Najib akan dibincangkan.

Hannah dipetik berkata, beliau ialah antara individu dipanggil menghadiri mesyuarat pada jam 8.30 pagi itu, namun enggan mengulas lanjut.

Menegaskan lanjut, Asraf berkata, pemberian tahanan di rumah ataupun pengampunan kepada Najib dilihat tidak praktikal selagi bekas Presiden UMNO itu masih berdepan beberapa kes mahkamah berprofil tinggi lain, termasuk pertuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih berjalan.

Beliau turut menekankan bahawa pemberian layanan istimewa kepada individu berprofil tinggi, akan mewujudkan dua darjat yang berbahaya serta menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

"Negara tidak boleh memberi isyarat bahawa golongan elit politik boleh mengambil jalan pintas untuk mengelak hukuman, sedangkan rakyat biasa berdepan sepenuhnya kekuatan undang-undang.

"Membenarkan tahanan di rumah atau pengampunan kepada Najib, boleh mencabar nilai moral masyarakat, selain memberi mesej bahawa wang serta kuasa menentukan apa yang betul dan apa yang salah," katanya.

Beliau berkata, ratusan ribu rakyat Malaysia yang menuntut pertanggungjawaban berhubung skandal 1MDB, berhak untuk tidak dikhianati.

Ketika ditanya tindakan seterusnya jika Najib mendapat pengampunan, Asraf berkata, pihaknya perlu membincangkan perkara itu terlebih dulu.

"Jika terdapat keputusan berbeza selepas Jumaat ini, sama ada Najib dibebas atau diberikan pengampunan penuh, kami akan membincangkannya dan tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mengambil tindakan.

"Namun, biarlah keputusan itu dibuat terlebih dulu dan hanya selepas itu, kami akan mengumumkan tindakan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, mesej mereka jelas, iaitu Najib perlu kekal menjalani hukuman di penjara.

"Pesanan kami kepada sistem keadilan ialah jika individu paling berkuasa yang mempunyai pengaruh besar, disabitkan kesalahan dan didakwa merompak berbilion ringgit, tiba-tiba diberikan pengampunan, bagi kami itu adalah tidak adil," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya berkemungkinan turun ke jalanan untuk mengadakan demonstrasi pula, Asraf berkata, mereka tidak menolak sebarang kemungkinan.

Sementara itu Presiden Liga Rakyat Demokratik, Hamdin Nordin, berkata kumpulan berkenaan sedang menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal yang didakwa sebagai 'Mafia Korporat'.

"Bagi isu RCI, kami akan meneruskan kempen itu, namun ia akan dilakukan menerusi sidang media berasingan.

"Seperti isu-isu lain, kami akan menghantar jemputan kepada media kemudian untuk mengumumkan sebarang tindakan yang kami akan ambil berhubung perkara itu," katanya.


NEPAL - MASIH RAMAI YANG HILANG


MASIH RAMAI

YANG HILANG

AMIN

APA BERITA

TIM  MALAYSIA?

KHALAS


Angka korban banjir Nepal-China cecah 1,410, lebih 5,650 masih hilang


ISLAMABAD: Angka korban akibat banjir besar di kawasan sempadan Nepal-China meningkat kepada 1,410 orang selepas 10 lagi mayat ditemukan, manakala lebih 5,650 orang masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik statistik rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Data rasmi Nepal dan China menunjukkan 848 daripada mereka yang masih hilang ialah warga asing.

Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal, memaklumkan kira-kira 1,367 mayat sudah ditemukan di daerah yang terjejas banjir di negara itu.

Setakat ini, pasukan penyelamat menyelamatkan lebih 13,600 orang, termasuk operasi terbaru pada hujung minggu lalu

SAPA PAKSA MB TANDA TANGAN


PELIK LAGI HAIRAN

SAPA PAKSA

MB TANDA TANGAN

AMIN

FORUM HARI MALAYSIA

 

JEMPUTAN FORUM 

HARI MALAYSIA

BUDAYA NUSANTARA
SUMBANGAN BUDAYA JAWA

TAMAN TASEK
TITIWANGA
JAM 2.00 PETANG

SEMUA DI JEMPUT
DATANG


DARI BALKONI LE CHATEAU


DARI BALKONI

LE CHATEAU

JAM 2,30  ANGIN SEJUK SAMPAI
GURUH DI DENGAR
LANGIT MULA JADI GELAP
TAK TAK  JADI GELISAH

TAK LAMA KEMUDIAN
HUJAN TURUN
INI HUJAN RAHMAT
DAH LAMA DI TUNGGU
BAWA AIR UNTUK BUMI
BAWA AIR UNTUK POKOK
BAWA AIR UNTUK HAIWAN

BASUH UDARA KOTOR
BENAMKAN JEREBU

TERIMA  KASIH ALAM
BAWA HUJAN RAHMAT
AMIN

HUKUMAN. ANTARA DUA DARJAT



INI CONTOH

HUKUM HAKAM

ANTARA DUA

DERJAT

AMIN


Kah kah kah kenapa pesalah VIP boleh diampunkan? Kenapa tidak semua pesalah dalam penjara? Apa beza orang curi tin milo dengan curi billion? Darjat kedudukan kewangan atau kelas? Masalahnya undang-undang digubal digunakan oleh manusia mengikut keperluan masing-masing, mudah difahami?

Kalau orang lain nak hukuman seberat-beratnya manakala ahli keluarga sanak-saudara pasukan sama nak ringan nak duduk rumah sendiri nak semuanya berjalan lancar kah kah kah kah, adakah semua pesalah dalam penjara pernah diberi peluang dan ruang untuk merayu hukuman lebih ringan? Satu laporan saja suspek dilayan bagi teroris oleh pihak berkuasa, tangkap reman gari tarik dengan rantai besi macam pesalah teruk sekali manakala VIP siap kemas elok dijaga dicium dipimpin walaupun berlakon dengan kerusi roda masuk hospital elak masuk mahkamah, seorang pelakon pula nak pakai baju oren bergari untuk menarik simpati? Adakah semua ini plot bagi menipu rakyat jelata? Sekadar bertanya kah kah kah kah

SYARIKAT ZIONIS BELI HOSPITAL KITA


DULU 

SYARIKAT ZIONIS

 BELI 39 LAPANGAN TERBANG KITA

AMIN

MINGGU LALU

SYYARIKAT ZIONIS

BELI HOSPITAL KITA

KHALAS

NAJIB BEBAS - DAP KELUAR KERAJAAN


PANDANGAN

KADIR JASIN

NAJIB AKAN

DI BEBAS?

AMIN

DAP AKAN 

KELUAR 

KERAJAAN

AMIN

INI JANJI DAP

PADA RAKYAT

KHALAS


 Mampukah rumah


 jadi penjara 


sebenar?


Cerita tahanan atau pemenjaraan di rumah kembali menjadi tajuk berita. Diperkhabarkan yang hal ini akan dibentangkan untuk pertimbangan peringkat tertinggi esok (Jumaat).

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Cuma, timbul persoalan adakah tahanan di rumah semestinya lebih baik daripada tahanan di penjara atau sebaliknya.

Pada peringkat permulaan, mungkin rasa lega dibuai euphoria. Tapi lama-lama boleh bertukar jadi rimas pula.

Di penjara, semua orang boleh cuba mohon jumpa banduan. Banduan pula boleh terima pelawat. Ikut budi bicara pegawai penjara hendak lulus atau tidak.

Kalau ditahan di rumah, adakah kuasa pihak berkuasa penjara masih mutlak? Katanya, masih. Rumah ditukar jadi penjara. Maksudnya, yang berkuasa adalah warden.

Kalau si banduan ada banyak rumah dan isteri lebih daripada seorang, rumah mana hendak diisytiharkan sebagai penjara? Kalau rumah itu atas nama suami-isteri, tentu isteri pun ada hak.

Bila ditahan di rumah, adakah si banduan bebas melakukan apa saja seperti penghuni biasa? Misalnya, guna kolam mandi, sauna, gym dan segala mak nenek yang ada di rumah orang kayangan. Katanya, tidak boleh.

Hukuman atau pelepasan banduan melalui tahanan di rumah tertakluk kepada peruntukan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di bawah Akta Penjara 1995.

Mengikut laporan media massa, syarat dan kelayakan tahanan di rumah ini "dikhususkan" kepada banduan yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun atau ke bawah.

Tahanan rumah tidak bermaksud banduan bebas tinggal bersama keluarga atau menjalani kehidupan harian tanpa kawalan. Rumah tempat seseorang banduan ditahan diisytiharkan sebagai tempat tahanan sah mengikut Akta Penjara 1995.

Banduan lazimnya dipakaikan alat peranti pengesan (gelang elektronik) bagi memantau pergerakannya.

Itu undang-undang kata. Tapi di Malaysia kita ini macam-macam ada. Ada kowtim, tumbuk rusuk, duit kopi dan macam-macam lagi kira bicara.

Kalau tidak percaya, cari dan baca balik cerita banduan istimewa bernama Abdullah Ng (Almarhum) pada penghujung tahun 1980-an. Dia dipenjara tetapi bebas berniaga dan berada di luar penjara.

Kalau seorang banduan kayangan dibenarkan ditahan di rumah, apa halnya dengan banduan-banduan marhain yang jenayah mereka lebih kecil?

Sama-samalah kita fikirkan dan bertindak sedaya upaya kita. Ikut catatan, belum pernah banduan di negara kita yang diberikan tahanan di rumah.



BIAR MATI MADANI - JANGAN MATI ADAT


BIAR MATI MADANI

JANGAN MATI ADAT

AMIN

MASIH RAMAI TERKANDAS !!!

 

MASIH RAMAI

TERKANDAS

TAK DAPAT 

KAPAL TERBANG?

AMIN


    Anak Krakatau kembali meletus

JAKARTA: Gunung Anak Krakatau kembali meletus awal Rabu ketika aktiviti gunung berapi yang terletak di Selat Sunda itu terus berlanjutan susulan beberapa letusan baru-baru ini.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) memaklumkan letusan berlaku pada 12.47 pagi waktu tempatan dan direkodkan selama 28 saat dengan amplitud seismik maksimum 51 milimeter, manakala ketinggian letusan tidak dapat diperhatikan.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata analisis imej satelit Himawari-9 pada 7 pagi Rabu menunjukkan abu gunung berapi Anak Krakatau mencapai ketinggian 7,000 kaki, bergerak ke barat laut, meliputi sebahagian Teluk Lampung.

"Orang ramai, khususnya mereka yang berada di sekitar selatan Lampung dinasihatkan supaya terus berwaspada, tidak panik dan mendapatkan maklumat rasmi daripada BMKG, PVMBG, Badan Geologi serta pihak berkuasa tempatan," menurut catatan terbaharunya di media sosial.

Letusan pada Rabu itu menyusuli tiga letusan yang direkodkan pada Selasa, selepas fasa letusan berterusan selama kira-kira 25 jam bermula 11.07 malam Jumaat reda sejurus selepas tengah malam Ahad.

Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera kekal pada Tahap III, tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia.

Sementara itu, pihak berkuasa memberi amaran bahawa potensi untuk berlaku letusan susulan masih tinggi.

PVMBG menerusi laman sesawangnya melaporkan tiga lagi gunung berapi di Indonesia turut merekodkan letusan pada Rabu.

Gunung Semeru di Jawa Timur meletus pada 12.15 pagi dan sekali lagi pada 5.11 pagi, namun ketinggian letusan tidak dapat diperhatikan.

Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur pula meletus tiga kali pada 5.03 pagi, 5.56 pagi dan 9.51 pagi, menghamburkan abu setinggi antara 400 hingga 600 meter dari puncak yang bergerak ke arah barat laut dan barat.

Sementara itu, Gunung Ibu di Maluku Utara meletus pada 5.27 pagi dan 9.19 pagi, dengan abu masing-masing mencapai 400 meter dan 600 meter dari puncak serta bergerak ke arah timur laut dan timur