Khamis, 3 Februari 2022

APA MAKNA BERITA INI ?

 



Hakim jatuhkan 

hukuman Najib 

dinaikkan pangkat

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada hakim yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib Razak berhubung kes melibatkan dana SRC International, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Selain itu, Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan kepada Mohamad Zabidin Mohd Diah, pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Nazlan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman bermula 10 April 2015 sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017.

Beliau mempengerusikan panel hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Najib membabitkan kes SRC International.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International pada 28 Julai 2020.

Sementara itu, Zabidin pula sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.

GUA TAK MAU

KOMEN APA APA

KAH KAH KAH

NAK KOMEN APA

INI TITAH PERINTAH

RAJA KITA

AMIN

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAULAT TUANKU. MENJUNJUNG KASIH TUANKU. hAKIM mOHD nAZLAN MEMANG LAYAK DINAIKKAN PANGKAT DIATAS INTEGRITI, KEBERANIAN DAN TANGGUNGJAWAB SERTA AMANAH DALAM MENEGAKKAN KEADILAN. DAULAT TUANKU