BERITA BAIK
UNTUK RAKYAT
AMIN
UMNO & DAP
MULA GADUH
KAH KAH KAH
MAKA UMDAP
HANCUR KE?
KAH KAH KAH
KHALAS
DAPSY tidak perlu gelabah, sembang soal “kacang lupakan kulit”
SEPANG — Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak wajar menuduh UMNO melupakan jasa Pakatan Harapan (PH), sedangkan pembentukan kerajaan hari ini turut bergantung sokongan Barisan Nasional (BN) selepas PRU15.
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh menegaskan tanpa sokongan BN, belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.
“Jadi jangan sembang soal “kacang lupakan kulit”, kerana hakikatnya semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.
Akmal mengulas kenyataan DAPSY yang mengingatkan UMNO supaya tidak melupakan jasa PH, susulan pendirian UMNO Johor untuk bergerak solo dalam pilihan raya akan datang.
Menurut sayap DAP itu, kerjasama antara PH dengan BN khususnya prinsip mengelakkan pertembungan sesama sendiri telah memberikan nyawa kepada UMNO untuk kekal relevan dalam medan politik.
Isnin lalu, Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mengekalkan pendirian untuk parti itu bertanding solo pada PRN Johor di sebalik kritikan PH, rakan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.
Akmal dalam pada itu mencabar DAP menarik sokongan daripada kerajaan jika benar mahu menguji kekuatan masing-masing melalui pembubaran Parlimen serta DUN.
“DAPSY jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor DAPSY supaya Parlimen dibubarkan segera disambut oleh pemimpin kalian. Bukan setakat bubar Parlimen, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN.
Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang.Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat.
Tak perlulan meroyan bila UMNO Johor bercakap soal bergerak solo. Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH,” katanya.
Akmal berkata, Pemuda DAP juga tidak perlu “menggelabah” dengan cadangan UMNO Johor bergerak solo kerana tiada sebarang perjanjian menetapkan BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH.
Tambahnya, cadangan supaya UMNO bergerak solo bukan perkara baharu kerana Pemuda UMNO sudah menyuarakan perkara itu kepada kepemimpinan parti sejak tahun lalu dan , cadangan itu kini akan dimulakan di Johor.
“Pemimpin kami mendengar suara kami dan kita akan mulakan di Johor,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu turut mencabar pemimpin DAP keluar daripada kerajaan Melaka, sambil berkata beliau sendiri pernah menghantar surat peletakan jawatan.
“Sekurangnya saya berani hantar surat peletakan jawatan, bukan satu tapi dua surat telah dihantar. Kalau benar mahu menguji kekuatan, kita buka gelanggang. Bring it on,” katanya.

1 ulasan:
Kah kah kah DAP tahu tidak dapat perintah pun, tak cukup kerusi, jadi berkawan dengan parti pengkhianat, akhirnya tumbang apabila nak habis perjalanan, mula perangai lama, untuk mencari populariti yang tercalar terpaksa menghina DAP, terpaksa hina babi, terpaksa hina komunisme sosialisme kerana itu saja modal yang ada, salah DAP salah Yahudi salah Zion salah semua kecuali UMNO yang memerintah berpuluh tahun amin, yang cerdik akan faham yang menikam bangsa menikam agama menikam negara bangsa agama sendiri kah kah kah kah seperti Arab Saudi bagi tempat untuk kafir buat pengkalan tentera amin kah kah kah kah
Catat Ulasan