APA DIA SOLANA
FOUNDATION ?
AJEN MOSSAD ?
AJEN ZIONIS?
AMIN
SIASAT INDIA
BALAJI INI
DARI MANA?
AMIN
KENAPA NAK
JUMPA ZIONIS
TEMPATAN ?
AMIN
APA HUBUNGAN
DENGAN ZIONIS
BLACKROCK?
KHALAS
‘Beri jaminan atau kami tarik modal’: Pengasas komuniti di Forest City mahu jumpa PM lepas disiasat
Pengasas sebuah komuniti teknologi di Forest City, Johor, Balaji Srinivasan yang baru-baru ini menjadi perhatian pihak berkuasa berkata pertemuan dengan Anwar bin Ibrahim perlu diadakan bagi membincangkan “langkah seterusnya”.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sebelum ini meminta pihak berkuasa menyiasat komuniti kediaman persendirian dan ruang kerja bersama yang dikenali sebagai “Network School” susulan dakwaan warga Israel yang memiliki dua kerakyatan menetap di situ.
Melalui hantaran panjang di X malam tadi, pelabur teknologi Amerika Syarikat itu mempersoalkan sama ada komuniti teknologi global patut terus melabur di Malaysia susulan tindakan pihak berkuasa terhadap komuniti berkenaan.
“Jika Malaysia masih mahukan pelaburan teknologi global berterusan, jika mahu menjadi antara 20 hab teknologi terbaik dan jika mahu kami menghidupkan semula Forest City, maka kami memohon pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri,” kata Balaji.
Menurut Balaji, pertemuan itu boleh membuka ruang perbincangan mengenai syarat memorandum persefahaman antara Network School dan Putrajaya, yang dicadangkannya mungkin “serupa” dengan dokumen ditandatangani antara kerajaan Kazakhstan dan entiti bukan berasaskan keuntungan, Solana Foundation.
“Perinciannya sudah tentu boleh dibincangkan, tetapi kami akan memberikan komitmen secara terbuka untuk mematuhi semua undang-undang Malaysia — seperti yang sudah kami lakukan — dan menghormati kedaulatan Malaysia, yang tidak pernah dipersoalkan.
“Sebagai pilihan lain, jika anda tidak mahukan pelaburan kami atau pelaburan rakan kami dalam dana bernilai berbilion dolar dan syarikat bernilai trilion dolar, kami sudah tentu akan menghormati kehendak anda dan mengalihkan modal kami ke negara lain,” jelas Balaji.
‘Cerita palsu pengacau internet tanpa nama’
Dia turut menjelaskan semua pelaburan lanjut Network School di Malaysia ditangguhkan sementara menunggu “jaminan mencukupi” bahawa isu tertentu tidak akan berulang, sambil mendakwa rancangan pelaburan oleh pelabur lain di Forest City turut dihentikan atas sebab sama.
Menegaskan Forest City menjadi sasaran tidak adil akibat “cerita palsu yang disebarkan akaun tanpa nama”, Balaji berkata “kisah kejayaan bernilai berbilion dolar yang sedang berkembang” dalam komuniti itu sepatutnya diraikan sebagai kejayaan besar dasar pro-teknologi kerajaan.
“Secara terus terang, kami sudah melabur lebih RM100 juta di Malaysia, di samping mewujudkan pekerjaan untuk ramai rakyat Malaysia, dan wajah serta nama kami diketahui umum.
“Eksekutif dan pekerja kami dari Malaysia wajar diberikan kepercayaan berbanding pengacau internet tanpa nama,” tambahnya.
Balaji turut menyebut pengesahan Jabatan Imigresen bahawa kesemua 266 warga asing dari 40 negara yang diperiksa dalam operasi baru-baru ini di Network School memiliki dokumen imigresen sah, sambil berkata komuniti itu memberikan sumbangan besar kepada industri tempatan.
“Kami menyokong syarikat pemula teknologi Malaysia seperti Collektr, menganjurkan acara untuk pasukan tempatan seperti Superteam Malaysia dan menjadi pelanggan utama banyak perniagaan tempatan seperti kedai gunting rambut, dobi dan restoran.
“Kami juga menghidupkan semula projek Forest City bernilai berbilion dolar sehingga menyebabkan nilai hartanah meningkat jutaan ringgit,” tambahnya.
Dakwaan warga Israel di Malaysia
ADS
Isu itu mendapat perhatian umum selepas Onn Hafiz pada 14 Julai mengulas dakwaan di media sosial bahawa warga Israel yang menggunakan pasport kerakyatan kedua merupakan antara individu yang menetap di Network School.
Walaupun Balaji seolah-olah mengaitkan dakwaan itu dengan pilihan raya negeri pada 11 Julai namun pelbagai pihak berhujah bahawa bantahan terhadap komuniti berkenaan boleh dikesan sejak Oktober 2025, apabila pencipta kandungan Israel Nuseir Yassin, yang lebih dikenali sebagai Nas Daily, muncul dalam video promosi Network School.
Video itu sudahpun dipadamkan dari X tetapi ketegangan kembali memuncak pada April lalu selepas Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Timbalannya Wilson Ugak Kumbong mengunjungi Network School ketika masih timbul persepsi bahawa penjelasan mengenai isu berkaitan projek itu tidak mencukupi.
BACA BERKAITAN:
Dakwaan warga Israel di Forest City: Johor desak siasatan menyeluruh
Isu Network School: Usir segera warga Israel jika masuk Malaysia - PM
Dakwaan warga Israel di Forest City: Imigresen siasat ‘Network School
Balaji (gambar bawah) dilapor mengatakan Network School, yang memasarkan dirinya sebagai “Silicon Valley di luar Silicon Valley” dan terletak “berhampiran Singapura” sebagai asas kepada visinya mengenai sebuah “negara rangkaian”.
Istilah itu merujuk kepada gambaran masa depan apabila usahawan teknologi boleh mengumpul dana ramai bagi membentuk sebuah “negara baru” daripada pelbagai komuniti teknologi di seluruh dunia, dengan matlamat akhirnya mendapatkan “pengiktirafan diplomatik daripada negara sedia ada”.
Usir segera warga Israel jika masuk Malaysia - PM
Pemaju Forest City, Country Garden Pacificview Sdn Bhd berkata pihaknya akan “menguatkuasakan sepenuhnya hak undang-undang dan kontraknya” jika siasatan pihak berkuasa menemukan sebarang pelanggaran membabitkan operasi Network School.
Anwar pada 15 Julai menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki negara ini kerana Malaysia mempunyai pendirian jelas untuk tidak mengiktiraf Israel.
Perdana menteri berkata semua agensi keselamatan berkaitan kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan rakyat Israel dikesan memasuki Malaysia.
"Kita siasat … kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil. Kalau ada rakyat Israel kerana kita tidak iktiraf, mereka akan diusir segera," katanya mengulas laporan media mengenai dakwaan terdapat rakyat Israel yang menggunakan dua dokumen kewarganegaraan dikesan berada di Johor.
Kata Anwar lagi, pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu dan dia percaya kementerian berkenaan akan membentangkan perinciannya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban (gambar atas) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat komuniti teknologi “Network School” yang beroperasi di Forest City dan melibatkan 266 warga asing dari 40 negara.
Katanya operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta polis.
Dia berkata semakan awal mendapati kesemua 266 individu terbabit memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.
“Semakan dan siasatan lanjut bagaimanapun sedang diteruskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan,” katanya pada 15 Julai lalu.
[Baca berita asal]
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan