Jumaat, 7 Ogos 2026

TANGKAP MAIL TAKUTKAN ZAHID


TANGKAPAN

INI TAKTIK

ANWAR NI

IBRAHIM

NAK TAKUTKAN

ZAHID HAMIDI

KAH KAH KAH

BUKAN RASUAH

HANYA TAK UMUM

HARTA & DUIT

KAH KAH KAH

KHALAS



Dakwaan berhubung perisytiharan harta, Ismail Sabri akan didakwa di IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang akan diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Ragunath Kesavan ketika dihubungi media sebentar tadi.

"Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana," katanya.

Pihak-pihak bagaimanapun akan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi mendapatkan permohonan bagi pendakwaan di IJN.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung perisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.




Tiada ulasan: