MACAM KEM SEMENYEH PULAK
DISEKSA MENTAL DAN FIZIKAL - melayau
Dia dibiarkan mendengar jeritan seorang wanita yang disoal siasat di bilik bersebelahan. Tujuannya supaya dia percaya bahawa wanita itu adalah isterinya.
Tertekan akibat mendengar jeritan yang disangka suara isterinya itu, menyebabkan Moazzam Begg tidak dapat menahan perasaannya.
‘‘Saya tidak dapat menggambarkan apa yang saya rasa ketika itu terutama apabila saya memikirkan suara jeritan di bilik sebelah adalah suara isteri saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman semasa menjadi tahan di Kem Guantanamo, Cuba.
Moazzam menyambung pengalaman tragis itu dengan memberitahu, sejak ditahan, dia berulang kali didesak supaya mengaku melakukan kesalahan yang tidak dilakukan.
Katanya, dia juga diingatkan bahawa nasib keluarganya bergantung kepada pengakuan yang dibuatnya.
Penyeksaan mental, menurut Moazzam adalah tambahan kepada penderaan fizikal yang dikenakan ke atasnya. Turut bersamanya dalam tahanan tersebut adalah lapan warga British. Mereka ditahan tanpa sebarang tuduhan rasmi atau perbicaraan.
Moazzam mendakwa telah diculik di London pada Disember 2001 dan dibawa ke wilayah Kandahar, Afghanistan serta disoal siasat di sana sebelum dihantar ke Guantanamo.
Menurut Moazzam, sewaktu ditahan, dia telah diheret di atas lantai dengan kedua-dua belah tangannya dihela ke belakang dan dibawa ke tempat yang tidak diketahuinya oleh beberapa pegawai yang dipercayainya sebagai ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat dengan senjata api diacu ke kepalanya.
Katanya, para penyiasat juga berulang kali menyoalnya dengan soalan-soalan yang tidak difahaminya seperti bilakah kali terakhir beliau berjumpa Osama bin Laden sedangkan beliau memang tidak pernah bertemu pemimpin rangkaian Al-Qaeda itu.
“Rambut dan janggut saya dicukur selain dipukul dan ditendang bertalu-talu oleh para penyiasat dan mereka juga tidak berhenti-henti bertanya mengenai Osama,” katanya sewaktu memberi pengakuan bersumpah di hadapan panel KLWCC.
“Tahanan tidak dibenarkan bergerak, berjalan dan bercakap. Makanan hanya diberi dua kali sehari iaitu roti. Tiada buah-buahan segar mahupun minuman panas diberikan. Begitu juga dengan sayur-sayuran.
“Kami hanya dibenarkan mandi beramai-ramai sekali dalam tempoh dua atau tiga minggu sekali. Kami juga dibogelkan dan diikat,” jelasnya lagi.
Moazzam yang beragama Islam berkata, haknya untuk bersolat dinafikan dan seingatnya, dia tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga tahun pertama di kem berkenaan.
Katanya lagi, dia percaya tentera Amerika juga telah mempengaruhi beberapa tahanan menerusi pakar psikologi tentera untuk membunuh diri kerana cara mereka meragut nyawa sendiri itu hampir sama.
Lelaki tersebut turut merayu suruhanjaya itu untuk membawa kesnya ke tribunal jenayah perang kerana layanan yang diterimanya sepanjang berada dalam tahanan tentera AS adalah di luar batas-batas kemanusiaan.
INI KEM KAMUNTING
KAH KAH KAH…woit…
PENGALAMAN INI MACAM SUDAH SELALU KITA DENGAR...…kah kah kah..
kah kah kah...
AL -MAUNAH...KMM... MUJAHIDEN MALAYSIA... MEMALI... LALANG... REFORMASI..ARKAM..SHIAH... kah kah kah..
kah kah kah…
PELIK..KESAH ORANG ORANG INI … TAK ADA PULAK AKHBAR NAK LAPOR… kah kah kah..
woit…
NATANG BEWOK DI CUBA NAMPAK…. kah kah kah..
kah kah kah…
ANAK BADAK SEBELAH BANTAL… TAK NAMPAK…kah kah kah
nota:sila gantaikan
amerika syarikat - jadi kerajaan malaysia
fbi - jadi special branch
di culik di london - jadi diculik di bangsar utama
dibawa ke wilyaha kandahar - jadi dibawa ke balai polis sentul
lapan warga british - jadi beratus ratus warga malaysia
osama ben ladin - jadi ustaz shaari
kem guantanamo bay cuba - jadi kem kemunting perak
p/s: tak boleh sembayang jumaat di guantanamo
tak boleh juga sembahyang jumaat di kemuntingkah kah kah… …
SEMUA SAMA….kah kah kah…
kah kah kah….
PASAL APA DI GUANTANAMO SALAH?... kah kah kah…
kah kah kah…
KENAPA DI KAMUNTING TAK SALAH?... kah kah kah…
woit…
TANGKAP TANPA BICARA… DIMANA MANA PUN SAMA…kah kah kah..
woit...
JANGAN LAH TIPU MELAYU... JANGAN BODOHKAN MELAYU... kah kah kah