Ahad, 20 September 2026

RUSIA DI SERANG DRON


RUSIA DISERANG

DUNIA TUNGGU

APA JAWAPAN

AMIN

EROPAH BERSEDIA

UNTUK 

PERANG BESAR

AMIN


Moscow diserang ratusan dron, 2 maut

MOSCOW: Sekurang-kurang dua maut, manakala sebuah loji penapisan minyak utama mengalami kerosakan akibat serangan ratusan dron yang menyasarkan Moscow dan wilayah sekitarnya pada hari terakhir Pilihan Raya Parlimen Russia, hari ini.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata lebih 1,600 dron berjaya dipintas dan ditembak jatuh yang mana 450 daripadanya menyasarkan Moscow.

Beliau turut menuduh Ukraine cuba mengganggu pilihan raya itu yang berlangsung selama tiga hari bawah kawalan ketat dan dijangka terus mengukuhkan penguasaan Presiden Russia, Vladimir Putin.

"Serangan yang tidak pernah berlaku seumpamanya itu jelas dirancang dengan tujuan untuk mengganggu pilihan raya berkenaan. Musuh tidak berjaya," katanya melalui Telegram.

Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov, dalam kenyataan melalui platform media sosial pula memaklumkan bahawa sekurang-kurang dua terbunuh membabitkan masing-masing seorang wanita berusia 44 tahun dan lelaki warga emas di dua lokasi berasingan.

Vorobyov berkata, kebakaran berlaku apabila sebuah dron terhempas ke sebuah bangunan 21 tingkat menyebabkan 400 orang terpaksa dipindahkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asal dron berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika Kyiv meningkatkan kempen serangan dron jarak jauh terhadap Russia sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama ke atas infrastruktur tenaga bertujuan menjejaskan sumber pendapatan penting Kremlin untuk membiayai usaha perang yang sudah memasuki tahun kelima.

"Sebuah kemudahan di kawasan Moscow Oil Refinery mengalami kerosakan," kata Sobyanin sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini, dan pasukan perkhidmatan kecemasan telah berada di lokasi.

Loji penapisan utama itu telah menjadi sasaran serangan Ukraine sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Serangan terbaru itu menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin minggu lalu berkata Ukraine dan Russia telah bersetuju untuk tidak saling menyasarkan fasiliti tenaga.

Ia juga berlaku selepas proses pengundian oleh rakyat Russia bermula Jumaat lalu dalam Pilihan Raya Parlimen yang pertama sejak Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022.

Hanya parti yang menyokong Putin dan kempen ketenteraan Kremlin telah didaftarkan untuk bertanding.

Moscow turut mengadakan pengundian di wilayah Ukraine yang diduduki Russia.



Tiada ulasan: