Khamis, 23 Jun 2011

MULA KAN SABTU INI - PAKAI BAJU KUNING




MENGINGATI SEJARAH PERJUANGAN BERSIH






UNTUK MINAH DAN AWANG BERSIH





















PAKAI BAJU KUNING SETIAP HARI SABTU – MULA SABTU INI

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

CARA GEROMBOLAN REMBAT TANAH KG BARU



TANAH YANG JADI IDAMAN CUKONG



nota:
inilah dia tanah yang jadi idaman cukong
cukong akan menggunakan segala cara
rasuah, tipu, parlimen, undang undang
asalkan dapat tanah ini

tanah tudm telah dibungkus oleh cukong

melayu tak sedar lagi?
asik sibuk dengan ketuanan melayu
kah kah kah



AKTA KG BARU: TANGGUH BACAAN KALI KEDUA HINGGA REFERENDUM SELESAI - minsider

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menuntut Putrajaya menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010, yang dijadualkan minggu depan, sehingga keputusan referendum melibatkan pemilik tanah kawasan eksklusif orang Melayu itu diketahui.

Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, keputusan referendum akan menunjukkan sokongan pemilik dan pewaris tanah terhadap rang undang-undang itu.
“Malah saya juga difahamkan hasil referendum juga masih belum diterima sedangkan rang undang-undang ini akan dibentangkan pada minggu depan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
referendum ini cakap porang puteh
cakap melayunya ialah pungutan suara
pungutan suara ini untuk tahu pandangan orang ramai tentang satu satu pekara

pungutan suara ini paling adil
pungutan suara ini paling telus

apa yang gerombolan lakukan
pungutan suara ini dijadikan helah
untuk menipu orang kg baru

apa yang gerombolan lakukan
pungutan suara ini dijadikan sandiwara
untuk menipu orang kg baru

tak caya?


baca ini:

KENYATAAN PEMILIK & PEWARIS TANAH KG. BHARU MENOLAK PERBADANAN PEMBANGUNAN KG. BHARU

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) di Dewan Rakyatpada 17 Disember 2010. Pada mulanya telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen pada bulan Mac 2011. Walau bagaimana pun setelah mendapat tentangan dan bantahan para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu cadangan bacaan kali kedua telah ditangguhkan ke sesi Parlimen pada Jun 2011 kali ini.

Bantahan dan tentangan para pemilik dan pewaris tanah ini kerana mereka telah didedahkan dengan beberapa peruntukkan di dalam RUU PPKB 2010 tersebut yang jelas akan menganaktirikan, memanipulasi, menindas dan akhirnya akan merampas tanah milik mereka. Kementerian dalam beberapa sesi penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah memberi jaminan bahawa kepentingan pemilik tanah tetap terjamin tetapi jaminan tersebut tidak boleh diterima begitu sahaja. Kenapa? Kerana sebelum-sebelum ini para pemilik dan pewaris tanah sudah diperdaya, dimanipulasi dan ditipu oleh pihak Kementerian.

Cadangan untuk menggubal suatu Akta bagi membangunkan Kg. Bharu bukan sesuatu yang baru. Ia telah bermula sejak tahun 2007 apabila suatu draf rang undang-undang mengenainya telah digubal. Bermula daripada deraf tersebut, beberapa siri perbincangan di antara kerajaan melalui KWPKB telah dilakukan antaranya melalui suatu makmal yang dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka.

Keputusan di dalam makmal tersebut antaranya mahukan KWPKB meminda beberapa perkara yang difikirkan tidak wajar dan hendaklah membentangkan naskah akhir rang undang-undang tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen. Malangnya Kementerian bertindak sebaliknya iaitu tidak menghiraukan segala cadangan yang diputuskan di dalam makmal tersebut dan tidak juga membentangkan terlebih dahulu kepada para pemilik tanah.

Kerajaan terus dengan bangganya membentangkan RUU PPKB 2010 di Dewan Rakyat. Apa maksud tindakan ini? Maksudnya para pemilik dan pewaris tanah telah diperdaya dan dimanipulasi. Memang benar Kerajaan meminta pandangan mereka tetapi pandangan mereka tak pernah diambil perhatian. Sekarang sekali lagi Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar hendak meneruskan bacaan kedua di Dewan ini untuk meminta semua ahli Parlimen bersetuju dengannya.

Hari ini, bersama saya adalah wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu ingin menegaskan di sini dan untuk kesekian kalinya bahawa para pemilik dan pewaris tanah menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu sekaligus menolak RUU PPKB 2010 ini.

Kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada para pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kg. Bharu hendaklah mengambilkira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah dan bukannya wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Kg. Bharu yang wujud sejak 110 tahun lalu ditadbir secara sah oleh Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Aggricultural Settlement). Lembaga MAS ini merupakan pentadbir yang sah melalui Malay Agricultural Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan Selangor G.N. 480/54 yang sehingga kini masih berkuatkuasa. Enakmen dan Lembaga MAS juga akan dihapuskan melalui RUU PPKB 2010 ini.

Persoalannya, jika Kg. Bharu sudah mempunyai suatu institusi pentadbiran yang sah, kenapa perlu suatu Perbadanan baru diwujudkan melalui RUU PPKB 2010 ini? Kenapa tidak dibangunkan Kg. Bharu melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah. Kenapa tidak Kerajaan memperkukuhkan institusi ini dan memberikan segala bantuan dan sokongan kepada institusi ini yang telah lama mentadbir Kg. Bharu?

Kami juga maklum bahawa Klausa untuk membubarkan Enakmen dan Lembaga MAS di dalam RUU PPKB 2010 ini telah dicadangkan untuk ditarik balik, tetapi jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlunya Perbadanan? Kenapa perlu ada dua institusi untuk mentadbir Kg. Bharu? Apa status Lembaga Pentadbir MAS jika Perbadanan ini diwujudkan? Adakah hanya sekadar pemerhati sahaja sedangkan mereka adalah pentadbir yang sah.

Terdapat banyak lagi isu dan persoalan berkaitan niat RUU PPKB 2010 ini yang perlu dibahaskan. RUU PPKB 2010 yang dibacakan kali pertama yang mendapat tentangan para pemilik dan pewaris tanah masih ada di hadapan kami.

Kemudian kami dimaklumkan oleh para [pemilik dan pewaris tanah ini bahawa mereka telah dibentangkan beberapa pindaan kononnya penambahbaikan kepada RUU PPKB 2010. Tetapi cadangan pindaan tersebut juga sebenarnya terlalu kabur dan mempunyai muslihat-muslihat tertentu. Antara pindaan yang dicadangkan seperti berikut :-

a) Keanggotaan Perbadanan
a. Telah ditambah keanggotaan bagi jawatan Timbalan Pengerusi yang mana tiada dalam RUU asal;
b. Dua (2) wakil tuan tanah Kg. Bharu telah digantikan dengan lima (5) wakil NGO;
b) Majlis Penasihat
a. Nasihat Majlis Penasihat hanya akan dikaji, diteliti dan diambilkira jika sesuai;
c) Akta Pengambilan Tanah 1960
a. Peruntukkan berkaitan penggunaan Akta ini ditarikbalik tetapi tidak bermakna Akta ini tidak boleh digunapakai dalam proses pembangunan Kg. Bharu.
d) Pemansuhan dan Pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS
a. Peruntukkan ini telah ditarikbalik tetapi lebih banyak menimbulkan persoalan seperti yang disebutkan sebelum ini.

Justeru hari ini, saya bersama wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu menyeru dan mendesak KWPKB supaya menarikbalik RUU PPKB 2010 dan dengarlah hasrat dan suara pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana ini adalah tanah dan hak mereka.

Dikeluarkan oleh:
Zulhazmi Penasihat Undang-Undang
Sekretariat Perbadanan Kg Baru


TURUN DAN SAMA RAYAKAN

ANAK MUDA JANGAN LEPAS KAN PELUANG INI - SEMUA PEGUAM CUN!



BERSIH 2.0 LAWYERS FOR LIBERTY ANJUR BENGKEL
– harakah daily

Lawyers for Liberty (LFL) akan menganjurkan satu bengkel terbuka berhubung hak anda berhadapan polis sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini.
Menurut Penasihat LFL, Latheefa Koya, bengkel itu diadakan bagi memberi pendedahan berhubung apa yang hendak mereka lakukan sekiranya ditangkap dan dipukul oleh pihak polis.

"Justeru itu, kita mahu mereka semua bersedia dalam menyertai perhimpunan ini agar mereka tidak takut mahupun gentar apabila terdapat sebarang tindakan yang dilakukan oleh polis semasa dalam perhimpunan itu nanti.

"Oleh itu saya menasihatkan pada orang ramai supaya tidak panik dan gusar untuk berhimpum dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini kerana dengan pendedahan yang kita akan berikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang yang sewajarnya," ketika dihubungi Harakahdaily.

Bengkel yang bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh peguam hak asasi N Surendran dan bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun 2011 pada hari Khamis bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.

Ia akan bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh mendaftar dengan cara menghantar email kepada: fadiahnadwa9@yahoo.com atau menghantar pesanan ringkas (SMS) ke nombor berikut 012-4651671 berserta dengan butiran pribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat email.

INI DIA CARA TANAH TUDM DI REMBAT




TUDM SUNGAI BESI KENA REMBAT





SIAPA REMBAT TANAH TUDM SUNGAI BESI

22hb Jun 2011

Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited


Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut yang mencurigakan.

Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta.

Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010.

Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010.

Nota khas ini berbunyi seperti berikut:-

“The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement”.

Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan.

Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) :

1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya.

2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan?

3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini.

4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah.

5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi?

6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB?

Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta.

1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%).

Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


Rabu, 22 Jun 2011

SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI




SIAPA JANTAN INI?



nota:
siapa jantan ini?
apa hubungan dengan teoh
kah kah kah


RCI TEOH : TEERPULANG KEPADA AGONG UNTUK UMUM - mkini

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Sesalinan laporan oleh lima anggota panel itu juga akan diserahkan kepada Najib Razak petang ini, kata pengerusinya, James Foong.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..PELIK NEGARA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… MENGHAIRANKAN NEGARA INI…. kah kah kah..

kah kah kah…AmAT UNIK NEGARA INI…. kah kah kah…

nota:
your honour
i’ve nothing to say nor to add
I rest my case
opps … I rest my pencil case to you
kah kah kah

nota:
apa sudah jadi dengan
rakyat didahulukan kah kah kah

KULIAH FIKRAH KRITIKAL



GAMBAR LADANG SAWIT



nota:
gambar ladang sawit ini
hanya untuk hiasan saja
tidak sangkut dengan
yang sedang hidup atau yang sedang mati!




POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH
– berita hairan

REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang.

Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya.

“Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu.

“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak.

Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa.


FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA



PENGENALAN
berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan.

kuliah ini mengambil contoh berita diatas:

polis menembak mati 3 penjenayah asing –

kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING?

apakh asing ini warga sweden?
apakah asing ini warga denmark?
apakah asing ini warga norway?

mustahil!

asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah.

juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh.

jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini

perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini.

malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING

berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING!

( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita)

penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal?

soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa?

ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal.

soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal.

BERITA BAIK
rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik!

baca lagi:

polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!!

ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa?

justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal.

dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata : BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang.

dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN.

apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal?

seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan.

FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan.

FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan.

apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal :

…. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah…

peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka.

TERUS BACA:
“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini.

syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo...

rupa-rupanya ada 7 kes lain.

awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah!

lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ?

menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia!

KEMUDIAN:
kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh.

apa bahaya?
bahaya macam mana?
apa yang menimbulkan bahaya?

kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul.

OPPS…

….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh….

KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh.

nota:
diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman

EPILOK:
takada pula dilaporkan rumah apa?
rumah siapa yang gagal dipecahkan?
rumah orang kaya mana?
apakah cucu lim goh tong
telah membuat rumah dalam ladang sawit ini?
kah kah kah