Khamis, 12 April 2012

SPR IALAH SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT




TURUN JANGAN TAK TURUN




KENYATANN MEDIA BERSIH 2.0
12 April 2012

Pesuruhjaya Pilihan Raya Mesti Letak Jawatan


BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya ( SPR) meletak jawatan dengan serta merta. Ini kerana kerana mereka telah melemahkan integriti daftar pemilih. Mereka telah membiarkan penipuan dalam pilihan raya yang bakal dijalankan tidak lama lagi berterusan.

Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang wujud pada hari ini tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai dan rakyat Malaysia.

BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari 400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut adalah contoh:

1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71, code ini untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?

Hasil penyelidikan MERAP telah mengenal pasti 10 masalah pokok. Pekara ini berkaitan khususnya dengan daftar pemilih. Terdapat nama pengundi pasangan tentera/polis yang jentinanya – dari lelaki jadi perempaun kemudian jadi lelaki dan kemudian jadi perempuan kembali. Terdapat juga pengundi pos - anggota polis dan tentera - yang terlalu tua dan pasti telah bersara. Jantina pengundi yang berubah-ubah ini amat-amat disyaki.

Hasil penyelidikan ini juga memperkukuh lagi keperluan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum dijalankan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil. SPR bukannya menjamin ‘satu orang satu undi’, sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan yang diterangkan di atas.

Membiarkan ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya sekarang terus bertugas hanya akan menjadikan pilihan raya umum yang akan datang ini terkotor, tidak adil dan tidak demokratik.

Lebih memeranjatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gigih menyekat penambahbaikan pilihan raya dengan tidak menghiraukan sepenuhnya tujuh (7) lagi tuntutan BERSIH 2.0. Misalannya, SPR enggan mengiktiraf pengudi di seberang laut sebagai pengundi yang sah, dan enggan menerangkan secara jelas dan telus proses dan kriteria untuk pengundi pos dan pengundi awal. Jelas SPR tidak jujur untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya.

Oleh itu, BERSIH 2.0 menggesa ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya agar meletak jawatan serta merta. Mereka wajib digantikan dengan ahli lembaga yang baru yang sanggup bertindak untuk memastikan pilihanraya akan dijalankan secara bersih dan adil.

Dengan bangganya BERSIH 3.0 mengumumkan kempen DUDUK BANTAH nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh. Bandar raya dan bandar di seluruh dunia yang akan mengadakan DUDUK BANTAH adalah seperti dalam Lampiran 1.

BERSIH 2.0 menyeru seluruh rakyat agar bangkit dan menyertai DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka - ditempat lain dalam negara dan di kota-kota dunia pada 28 April 2012. Masa depan negara adalah tanggungjawab kita semua.

Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!





NOTA:
cukup jelas bahawa spr
adalah lembaga jahat
yang menipu dan merancang
untuk memastikan gerombolan
akan terus berkuasa

jawapan:

wajib 500 ribu turun
ke dataran merdeka
kita hajar spr
bagaiman untuk
buat baik dan adil!



RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN




RADIO BANGSAR UTAMA - RABU - AKAN MUNCUL




RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN








PENGUMUMAN:

saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0

kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!

buka disini:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



BAKAL: PM MALAYSIA SOKONG DEMO DATARAN MERDEKA




KOMENTAR TUKAR TIUB


ku li ini memiliki
potensi untuk menjadi pm
dia pernah kena tipu oleh mahathir

tetapi ku li ini
agak slooo sikit
baru sekarang nak bersuara

dalam politik lambat
membuat keputusan
akan kena cicir

walau apa pun
tukar tiub mengalu-alukan
kenyataan ku li
yang menyokong bersih

apa yang perlu dinyatakan
sejelas mungkin oleh ku li
ialah menggalak kan orang ramai
untuk turun ke dataran merdeka



500 RIBU DATARAN MERDEKA






KU LI NYATAK SOKONGAN PERHIMPUAN BERSIH 3.0
- minsider

KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.

Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.

“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.







KU LI SOKONG PERHIMPUAN BERSIH 3.0
- harakah daily

KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.





KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL 2012



DATARAN MERDEKA 500 RIBU






KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 11 April 2012

Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 perhimpun pada 28 April 2012. Perlu ditegaskan disini bahawa Bersih tidak akan beralih dari Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpuan.

BERSIH 2.0 memilih Dataran Merdeka sebagai tempat BERSIH 3.0 berhimpun kerana disini adalah tempat sejarah perjuangan rakyat menuntut Kemerdekaan dan wilayah pejuangan rakyat menuntut demokrasi.

BERSIH 2.0 menekan sekali lagi bahawa AKTA PERHIMPUAN AMAN (APA) tidak boleh dipakai dan masih belum digazet. Walau apa pun BERSIH 2.0 berpegang teguh kepada prinsip bahawa Akta Perhimpunan Aman ini bercanggah dan melanggar Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warga negara untuk berhimpun.

Kami pecaya bahawa tidak ada sebab kenapa Dataran Merdeka tidak sesuai kerana banyak perhimpunan telah dijalankan di Dataran ini termasuk Sambutan 205 Tahun Polis Diraja Malaysia.

BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kami akan menulis surat kepada PDRM tentang perancangan kami. Kami berharap PDRM akan membantu perjalan lalu lintas pada 28hb April 2012 ini seperti mana yang telah dilakukan kepada beberapa perhimpuan orang ramai yang terdahulu.

Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!


RABU - RADIO BANGSAR UTAMA



PENGUMUMAN:

saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0

kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!

buka disini:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

Rabu, 11 April 2012

BERAPA HARGA NASI CAMPUR?











HARGA BURGER YANG BODOH

Big Mac index adalah indeks untuk membandingkan kuasa pembelian ( purchasing power parity). Di tokyo kerja 10 minit dapat satu bigmac. Di Malaysia kerja satu jam pula belum cukup walaupun bigmac di Malaysia ketiga paling murah di dunia Figures Five most expensive (12 January 2012) (not considering the fact that the buyer's equivalent purchasing power is different)[15][16] 1. Switzerland - $6.81 (6.50 CHF) 2. Norway - $6.79 (41 kr.) 3. Sweden - $5.91 (41 Kr.) 4. Brazil - $5.68 (10.25 R$) 5. Denmark - $5.37 (31.5 Kr.)



Five most affordable (12 January 2012) (not considering the fact that the buyer's equivalent purchasing power is different and not including the Indian Big Mac which contains chicken instead of beef)[15][16] 1. Ukraine - $2.11 (17 UAH) 2. Hong Kong - $2.13 (16.5 HKD) 3. Malaysia - $2.34 (7.35 MYR) 4. China - $2.44 (15.4 CNY) 5. South Africa - $2.45 (19.95 ZAR)

Ten fastest earned (July 2009) (to purchase a big mac) 1. Tokyo - 10 minutes 2. Los Angeles - 11 minutes 3. Chicago - 12 minutes 4. Miami - 12 minutes 5. New York City - 13 minutes 6. Auckland - 14 minutes 7. Sydney - 14 minutes 8. Toronto - 14 minutes 9. Zürich - 15 minutes 10. Dublin - 15 minutes Big mac di malaysia adalah diantara yang paling murah tetapi rakyat berpendapan rendah. pekerja biasa kerja satu jam pun tak cukup untuk makan sebiji bigmac.
By Anonymous on BERAPA HARGA NASI CAMPUR? on 4/10/12


MAKAN TANGGUNG SENDIRI
Betul bro Isham. Saya sudah 5 tahun bekerja di sebuah kilang di Singapura. Pendapatan saya sebulan termasuk overtime mencecah S$2,000 sebulan = RM4,871. Setiap hari saya makan nasi campur macam didalam gambar yang dipaparkan oleh TT. Harganya hanya S$2 = RM4.90. Ketika saya bekerja di Kuala Lumpur (Mid Valley), gaji saya kurang daripada RM1,000.

Kalau makan kat food court tingkat teratas di Mid Valley, saya terpaksa berbelanja RM7 untuk makan nasi goreng. Kalau beli air, RM10 habis. Jadi mana cukup untuk hidup? Sebab itu saya terpaksa berhijrah ke negara jiran untuk menanggung keluarga yang ramai. Saya masih ada 4 orang adik yang masih lagi bersekolah. Jadi untuk menyimpan duit untuk kirim kepada adik-adik, saya terpaksa makan masakan MAKAN SENDIRI TANGGUNG ala Tukar Tiub, kerana masakan Melayu di Singapura pun mahal juga tetapi jika dibandingkan dengan Malaysia, Malaysia lagi mahal.


Untuk jimatkan wang, saya terpaksa makan masakan vegetarian Cina kerana harganya S$2 sahaja. Pada mulanya rasa tak sedap kerana takut ada babi & masih rasa was was walaupun ianya vegetarian. Sekarang sudah biasa dengan masakan makan sendiri tanggung. Saya pasti pengalaman Makan sendiri tanggung bro Isham di Eropah lebih hebat sebab orang Melayu di Eropah tak seramai orang Melayu di Singapura.
By Makan Sendiri Tanggung Berak Cangkung on BERAPA HARGA NASI CAMPUR? on 4/10/12


500 RIBU KE DATARAN MERDEKA



PROGRAM MENGHASUT UNTUK BANGUN MELAWAN DI SDANA SINI



SILA BUAT PERSEDIAAN










SATU LAGI TULISAN TUKAR TIUB DISINI:

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/bersih-dan-pilihan-raya-050531517.html







---------------------------------------------------------


PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI:



10hb April - JOHOR
Lokasi: Pekan Parit Betak,Benut,Pontian
Penceramah: Che'GuBard, Syazni Munir, Sheikh Omar
Pertanyaan: Anwar 0176849693



11hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: PASTI Al-Falah, No 18, Jln 8, Tmn Desa Rhu, Sikamat (Depan Padang Desa Rhu)
Penceramah: Hj Md Sabu, Che'GuBard, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Malek 0132181279

12hb April - KEDAH & PERLIS
Lokasi: Tempat Padang Awam Guar Chempedak, Gurun
Penceramah: Yb Dr Mujahid, YB Dr Ismail, YB Firdaus Jaafar, YB Ahmad Kasim, YB Saiful Izham, Che'GuBard
Pertanyaan: Zaki 0194488003

13hb April - P.PINANG
Lokasi: Padang Awam Sg Tiram, Bayan Lepas (belakang The Star)
Penceramah: Dato Mansor, YB abd malik, YB Sim, Che'GuBard
Pertanyaan: Rizal 0195414818



15hb April - K.LUMPUR & SELANGOR
Lokasi: Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak.
Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli
Pertanyaan: Ezmir 0122231239



16hb April - MELAKA
Lokasi: Km 12, Kg Tersusun Bukit Larang Indah, Telok Mas Melaka.
Penceramah: Che'guBard, Khalid Ismath (Mahasiswa), YB Tey (Ketua DAPSY Melaka), Hj Yuhaizad (Ketua DPP Melaka), Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka)
Pertanyaan: Zuraidi 0122478016

17hb April - COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3
Lokasi: Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
Penceramah: Md Sabu, Che'GuBard, Tian Chua, Nurul Izzah, Anthony Loke, Maria Chin, Pak Samad Said, Adam Adli, Aziz Bari, Teresa Kok, Black, TS Kadir Sheikh Fadzir, Hisham Rais
Pertanyaan: Edyes 0102675872

19hb April - PERAK
Lokasi: Markas Keadilan Batu 14, Jalan Pantai, Kuala Kurau
Penceramah: YB Yunus, Che'GuBard
Pertanyaan: Arof 0124702074

21hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: Markas PAS Felda Bukit Jalur, Gemencheh, Tampin
Penceramah: Che'GuBard, Hishamudin Rais, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Sani 0129781707

26hb April - PAHANG & TERENGGANU
Lokasi: KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Penceramah: Dato Fauzi, Tuan Ibrahim Tuan Man, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Siti Aishah Srikandi
Pertanyaan: Hatta 0179573855







NOTA:

500 ribu akan mengubah sejarah
500 ribu akan membawa perubahan
bersama kita membantah