Jumaat, 13 Julai 2012

SEKARANG BARU SEDAR BAHAWA POLITIK JALAN RAYA LEBIH MUJARAB



NOTA:

badan ini : save malaysia stop lynas
dahulunya tidak mahu
berdemo kerana dipengaruh oleh
parti cukong mca

kumpulan ini hantar memo
kumpulan ini berunding
kumpulan ini pergi mahkamah
kumpulan ini setuju
bincang dg jawatankuasa parlimen

sekarang baru sedar
semua ada tipu helah
sekarang telah sedar
bahawa hanya jalan raya
yang boleh menyelesaikan
satau radio aktif

selamat datang ke jalan raya
selamat bersama berdemo


JALAN RAYA TERBUKTI BETUL



LAWAN SEKARANG BUKAN BERBINCANG ATAU KE MAHKAMAH

Panggilan Kepada Semua Rakyat Malaysia Untuk Menegakkan Hak Anda Untuk Masa Depan yang Bersih dan 714 Ialah Hari Bertindak Kebangsaan Untuk Menghentikan Lynas

Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
ingin menyeru kepada semua rakyat yang prihatin, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk berganding bahu menyertai dan menyokong kami untuk menunjukkan kepada Kerajaan bahawa rakyat Malaysia mahukan masa depan yang bersih dan selamat.

Bersama-sama dengan kami lah untuk membuktikan kepada Kerajaan bahawa anda akan berdiri dengan teguh untuk mempertahankan hak-hak anda, untuk melindungi pelaburan anda dan keluarga anda untuk membina negara yang kuat, sihat dan bersih untuk seluruh rakyat Malaysia.

Setiap daripada kita telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk membina kehidupan kita; untuk mengadakan peruntukan bagi keluarga kita. Setiap hari, berjuta-juta penduduk biasa, rakyat Malaysia-muda dan tua dan wanita, kanak-kanak dan dewasa, lelaki dan perempuan berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita melalui kerjaya kita, perniagaan kita, kajian kita, keluarga kita dan rakan-rakankita.

Kita telah banyak melaburkan masakita, tenaga kita dan wang ringgit untuk membina kehidupan kita, keluarga kita, pekerjaan kita, perniagaan kita dan menaruh harapan agar negara kita menjadi lebih baik dan selamat. Kami mahu menjadi bangga sebagai rakyat Malaysia!

Namun kini , sebuah syarikat perlombongan asing dari Australia, iaitu LynasCorporation mengancam dan menjadi satu halangan kepada harapan-harapan murni kita, dan bakal merosakkan masa hadapan kita dengan membina loji pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia di pesisir pantai kami - secara asasnya atas dasar bebas cukai!

Kami warga kerja Malaysia, yang juga merupakan pembayar cukai terbesar negara, sekarang kita diminta oleh Kerajaan untuk hidup dengan loji nadir bumi gergasi di persekitaran kediaman kita. Kita perlu untuk melakukan SEGALANYA sehingga kita menghentikannya!!

Jika projek Lynas ini tidak dihentikan, Malaysia akan bakal tercemar dengan imej yang buruk sebagai tapak perlupusan terbesar di dunia bagi sisa nadir bumi untuk sebuah syarikat Australia yang banyak memperolehi perlindungan dan imuniti dari Kerajaan berbanding dengan kita rakyat jelata. Kita tidak lagi akan pasti jika makanan laut segar kita masih selamat dari pencemaran sisa nadir bumi kelak, kita akan was-was jika air yang kita minum masih bersih dan bebas daripada pencemaran dan jika udara yang kita sedut adalah bebas daripada zarah radioaktif atau mana-mana bahan cemar lain.

Apakah ertinya titik peluh dan kerja keras kita jika kita akhirnya hidup dalam keadaan ketakutan oleh pencemaran? Kita adalah warganegara, anak bumi ini, pembayar cukai di negara ini dan keluarga kita akan meneruskan hidup dengan pengakhiran hidup yang penuh dengan risiko dan bahaya dari bahan buangan radioaktif Lynas 'selama-lamanya. Malaysia akan menjadi bahan ketawa dunia manakala Lynas dan pemilik-pemilik saham kapitalisnya akan ketawa ke bank sambil mengambil kesempatan meraih keuntungan besar bagi diri mereka pada kebodohan dan kemurahan hati kita!

Bukit Merah dan tragedi yang dialami oleh penduduk –penduduk tempatan dan pekerja-pekerja kilang Asean Rare Earth adalah dari bentuk kematian awal; kanser yang terminal, kecacatan kelahiran, keguguran dan pelbagai lagi kes berkaitan kesihatan sehingga ke hari ini - tidak pernah diuruskan oleh Kerajaan. Malah sentiasa dinafikan dan disorokkan fakta-faktanya!

RareEarth Asia Mitsubishi (ARE) kilang ditutup lebih daripada dua puluh tahun yang lalu, namun AELB,selaku yang pihak berkuasa dan bertanggungjawab bagi kerja-walaupun itu pembersihan yang telah gagal untuk menghapuskan semua sisa toksik yang dibuang oleh loji nadir bumi walaupun AS $ 100 juta kos pembersihan yang telah dibayar oleh Mitsubishi . Hari ini, di persekitaran Bukit Merah dan berhampiran bandaraya Ipoh, timbunan sisa toksik masih tertinggal di mana mereka mencampakkannya, ianya kekal, terus mencemarkan tanah dan air, menimbulkan risiko kesihatan dan bahaya kepada penduduk tempatan yang suatu masa dahulu, hidup tanpa curiga.

Setelah berdepan dengan fakta kegagalan ARE dan pencemaran yang ditinggalkannya, AELB sekali lagi gagal melakukan tindakan yang betul untuk melindungi rakyat yang merupakan pembayar cukai di negara ini, malah AELB telah bertindak untuk mengeluarkan satu lesen operasi kepada Lynas Corporation.Tindakan ini amat mendukacitakan kita rakyat Malaysia yang berharap kepada perlindungan dan penguatkuasaan dari pihak AELB.

Kilang Lynas adalah hakikatnya sepuluh kali lebih besar dari kilang ARE dan beratus-ratus kali lebih sisa nadir bumi akan dihasilkan dan ditinggalkan di kawasan padat dari segi alam sekitar dan penduduk sosial Malaysia.

Melalui beberapa siri tindakan yang berbentuk protes oleh SMSL di Pahang dan di Kuala Lumpur, kami telah berjaya mewujudkan beberapa tekanan ke atas kerajaan – iaitu untuk mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas Lynas sebelum lesen operasi dapat dikeluarkan. Kelewatan itu telah menyebabkan kerugian yang serius untuk Lynas - sebulan $ 10 juta menurut Lynas. Ini merupakan suatu pencapaian bagi kita, tetapi ia tidak cukup baik sehingga loji nadir bumi ini DIHENTIKAN terus!

Jangan sekali-sekali berfikir bahawa masalah loji nadir bumi Lynas adalah isu Kuantan sahaja. Ia BUKAN. Ia adalah masalah negara dan setiap rakyat yang mempunyai akal harus bertindak, dan menghentikannya sebelum ianya terlambat

Kempen Stop Lynas adalah kempen terbesar dan terkuat pernah disaksikan di Malaysia. Jika kita gagal hari ini untuk menghentikan Lynas, ia akan memberi Kerajaan kuasa untuk melakukan apa yang mereka suka tanpa merujuk kepada kita! Tidak mustahil sekiranya nanti kita akan mempunyai loji janakuasa nuklear, kita akan mempunyai estet petro kimia di Pengerang , dan kita akan menerima lagi banyak industri yang lebih toksik dan berbahaya berlabuh di pantai-pantai kita! Jika kita tidak berdiri bersama-sama berganding bahu untuk melawan pertempuran besar terhadap Lynas ini sekarang, kita tidak akan mempunyai peluang untuk memenangi mana-mana pertempuran yang lain.

Negara-negara maju tyang lain telah makin mengetatkan undang-undang alam sekitar mereka untuk mengekan pencemaran alam sekitar dan juga untuk menenggani kerana ancaman perubahan iklim. Mereka iini akan menyebabkan banyak syarikat –syarikat besar yang mencemar memburu untuk mencari negara-negara yang mereka anggap “syurga longgar undang-undang” untuk meletak pelaburan kotor mereka untuk melarikan diri dari undang-undang yang ketat dan cukai berat di negara mereka sendiri
Kita mahukan Malaysia menjadi kebanggaan ASEAN, bukan tempat lambakan bagi bahan pencemaran jangka panjang. Langkah pertama untuk kita memulihkan kebanggaan kita dan maruah kita adalah untuk berdiri bersama-sama untuk melawan Lynas.

Marilah kita membuat supaya suara kita didengari dan dan dipatuhi. Marilah kita menunjukkan kepada kerajaan kita bahawa kita adalah manusia yang layak menerima sebagaimana orang-orang yang hidup di negara-negara maju. Kita mahu masa depan kita boleh berbangga, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang tinggal di negara-negara maju!

Datang dan bersamalah menyertai kami sebagai SMSL.






Tiada ulasan: