Sabtu, 26 September 2026

DAP BUAT TEATER KOMIDI


DAP BUAT

TEATER KOMIDI

AMIN

Lui commented on 
"TEATER HASUT PENONTON BENCI KERAJAAN"

Kami DAP buat theater genre komedi juga kah kah kah jangan ingat kau sorang boleh buat kah kah

PAGI INI

 


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 26  SEPTEMBER 2026

PBB MASIH BERSIDANG


DUNIA HEBOH TENTANG BAHAYA AI
JENG JENG JENG
Tapi Mat Teram tak peduli.

AUSTRALIA di beri tahu 4 bulan dulu AI  dari syarikat  OPEN AI telah menceroboh masuk ke DATA KERAJAAN AUSTRALIA TANPA ARAHAN – jeng  jeng jeng.

TERAM DAN SI JIN PING
Mereka bertemu tapi tak tahu apa yang di bincang YANG JELAS Amerika dan China tak ada persetujuan tentang AI.

PROJEK JALA
Rais Yatim telah di jala KAH KAH KAH – kesalahan BERDOA untuk  YAM TUAN BESAR NEGERI SEMBILAN – kah kah kah

RAKYAT MALAYSIA BERJAGA -JAGA !!!
Berdoa boleh di dakwa di bawah AKTA HASUTAN – kah kah kah.

SARAVANAN
Awal lagi gua dah cakap MAMAT ini akan di JALA – kah kah kah – Kesalahan JENAYAH kerana nak bawa MIC masuk PERIKATAN NASIONAL.

PROJEK JALA
Dilihat makin ganas lawan RASUAH – tapi BILA NAK DAKWA AZAM BIN BAKI – kes KOPORAT MAFIA – jeng jeng jeng.

BILA NAK DAKWA KES  Farhash bin Salvador – Mangkuk ni nak REMBAT TANAH DI SABAH – mengikut maklumat dari Albert Tei.

PRN MELAKA – saspens – semua menanti nak tahu SAPA JADI PASANAGN UMNO ? Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan lebat – langit cerah tidak biru – matahari dah keluar – cahaya belum bersinar. 

Mak Tetek  Lanjut tunggu gua – pagi ini tak ramai muncul – Tiong Laki Bini  datang  makan. Siti Solo muncul.

Berjalan ke Wakaf Tiga Geng Putih datang –  Gua beri nasi - Tak Tak datang jadi saksi. 

HA HA paling menarik pagi ini satu kumpulan Gagak datang turun makan di tempat gua   letak nasi.  Geng gagak ini ramai – mereka berani tak takut dengan WARGA HOKKIEN.

Berjalan pulang gua dengar suara  Murai – indah siulnya. Di  udara bunyi pesawat. Siti Solo ikut sampai ke Pintu  Masuk – dapat layanan spesial.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – gua nak beli beras hancur – ini untuk  Tiong dan Gagak – di Chow Kit   beras hancur di panggil Beras Burung – entah berapa sekilo ?

Wahai HUJAN  sila datang lagi –  cerahkan pada langit. Basahi bumi. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
SAMBUT PAGI SABTU

 Sore-sore bermain  kereta
Sambil main di tepi jambatan 
Apa rupa DAP berteater
Loke  tawar letak jawatan

Ke pasar membeli gunting
Jangan lupa membeli pita
Betulkah  Mak Janda dah bunting
Dengar khabar dah cerai pula

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMT BERCUTI