Jumaat, 28 November 2014

TAYANGAN FILEM PETANG ESOK





PETANG ESOK



FilmGig:

Kemiskinan Kota
Tayangan & Diskusi

29 November 2014* 5 petang hingga 10 malam *
Di Kelab Bangsar Utama, 52-C, Jalan Kemuja, Off Jalan bangsar (di Belakang LRT Bangsar, 5 minit berjalan kaki)



Kolobrasi dengan Dapur Jalanan Kuala Lumpur


“….Kuala Lumpur kota seribu impian, warganya berkeliaran mencari sesuap rezki. Ada diantaranya hingga berteduh beratap langit, berehat berlantai simen demi membina sebuah kehidupan”

Tema yang dipilih untuk bulan ini adalah Kemiskinan Kota (urban poor / homelessness).

Isu ini menjadi topik perbualan hangat beberapa bulan lepas selepas kenyataan kerajaan untuk menghalang aktiviti perkongsian / pemberian makanan percuma oleh NGO / individu kepada warga miskin kota di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Hasil daripada kenyataan itu, beberapa usaha dan langkah telah diambil oleh NGO / indiividu untuk mengetengahkan, memperjelaskan dan membantu kepada penyelesaian isu ini. Banyak masalah telah dikenalpasti seperti masalah kekurangan / hilang dokumen peribadi, masalah operasi 
pembersihan, karenah birokrasi dan bermacam-macam lagi sehingga seolah-olah membentuk satu kitaran ganas dikalangan komuniti miskin kota yang menyukarkan mereka untuk keluar dari kitaran ganas ini.

Isu miskin kota bukan hanya mengenai mereka yang tak berumah, tetapi merentas juga ke isu taraf & kos hidup, peneroka bandar & macam-macam lagi isu yang terpalit dengan kesan urbanisasi & kemajuan fizikal bandar yang tak seimbang hingga melahirkan perbezaan taraf hidup yang ketara di kotaraya.


Sessi tayangan

1 Session
(5pm – 6pm)
1. Marginal
2. Wayang Kadbod Berembang
3. Irretriveble
2nd Session (6pm – 7pm)
4. Tent City
7pm – 7.30pm
----REST----
3rd Session
(7.30pm – 10pm)
5. Rentak_kini
6. Kami_1982

Menonton & diskusi isu! 
jemput datang buat ramai!

KELAB FILEM BANGSAR

28 November 2014

----------------

Tiada ulasan: