Isnin, 12 Januari 2015

KEPUTUSAN BICARA MEJER ZAIDI










Untuk makluman semua, keputusan kes Mejar Zaidi Ahmad akan diberi pada:

Tarikh : 12 Januari 2015 (Isnin).
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Mahkamah TUDM KL, Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Mahkamah Tentera dijangka akan memberi keputusan kes Mejar Zaidi 

Sebelum ini pada 19 Disember 2014 peguambela Mejar Zaidi berkata mereka tidak akan mengemukakan hujahan penggulungan selain permohonan untuk mahkamah dibubarkan berikutan timbulnya kemungkinan kewujudan prejudis dalam panel penghakiman. Namun Mahkamah Tentera berkata mereka tiada hak membubarkan mahkamah dan juga tidak berhajat untuk menangguh perbicaraan sehingga keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Lihat Military court says no power to declare mistrial in airman’s ‘indelible ink’ case dan Halt Court Martial of Major Zaidi Ahmad Pending Judicial Review by High Court). 

Demi keadilan bagi Mejar Zaidi, BERSIH 2.0 telah membuat laporan polis menggesa siasatan dibuat terhadap komen Facebook yang menimbulkan kecurigaan terhadap integriti dan neutraliti Mahkamah Tentera yang membicara Mejar Zaidi (BERSIH 2.0 buat laporan polis tentang komen Facebook yang mungkin memudaratkan perbicaraan Mejar Zaidi).

Kami masih mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah menunjukkan kesetiaannya terhadap rakyat dan negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dibuat terhadap isu dakwat kekal. Aduan itu tidak mendedahkan apa-apa perkara yang menjejaskan keselamatan negara. Perlu ditekankan lagi, bukan imej institusi tentera yang tercemar tetapi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun badan tersebut masih tidak dipertanggungjawabkan atas kegagalan dakwat kekal pada PRU13. Sebaliknya Mejar Zaidi yang berprinsip atas kebenaran pula yang dihakimi. 

Mahkamah bukan sahaja mesti berlaku adil tetapi juga mesti dilihat sebagai berlaku adil. Bukan sahaja kehidupan dan mata pencarian Mejar Zaidi yang terjejas dalam kes ini, tetapi juga keyakinan orang ramai dan juga rakan seanggota Mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, yang turut berhadapan dengan dakwat kekal yang gagal tetapi tidak berupaya membuat aduan rasmi atas sebab-sebab tersendiri.

Bagi mereka, dan kepada semua warga Malaysia yang lain yang sudah letih melihat ketidakbertanggungjawaban yang berterusan bagi banyak skandal yang wujud dalam urus tadbir kerajaan, keberanian Mejar Zaidi menjadi pedoman kita.

Peringatan Penting bagi mereka yang ingin ke Mahkamah Tentera untuk mendengar keputusannya:1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh kira-kira 1KM.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah.
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Zoe di talian 03-77723275/019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.







------------

1 ulasan:

Awanama berkata...

ini mahkamah dunia ketiga.setaraf zimbabwe afrika.semua dah tahu.di hukum salah walaupun cakap benar.yang tak salah hanya mat monggol yang dah entot altantuya.kah...kah...kah..