Rabu, 1 April 2015

SATU JUTA SATU MEI








SATU JUTA


SATU MEI


HIMPUNAN 
KITA LAWAN GST PADA 1 MEI 2015
Keutuhan gabungan anak muda #KitaLawan yang terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil, NGO, mahasiswa, pekerja dan profesional muda telah membuktikan bahawa rakyat tidak perlu tunduk kepada kezaliman.
Walaupun sejak pemenjaraan Anwar Ibrahim terdapat lebih lebih daripada 120 tangkapan ahli politik, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya, anak muda tidak gentar malah tangkapan sedemikian dan salah guna kuasa oleh IGP menunjukkan bahawa perjuangan anak muda berada di landasan yang betul.    
Pelbagai pendedahan mengenai kerakusan pentadbiran Najib Razak seperti 1MDB, jet peribadi dan skandal-skandal ketirisan juga menjadi bukti bahawa beliau gagal memperjuangkan kebajikan rakyat.
Lebih malang apabila orang disekeliling beliau lebih risaukan tentang kedudukan dan harta yang menjadikan mereka begitu lemah dan longlai sedangkan kesengsaraan rakyat langsung tidak dihiraukan.
Kerana itu, anak muda tampil ke hadapan untuk memberikan inspirasi dan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ini perlu diubah dan boleh diubah.
Hari ini bermulah pelaksanaan cukai GST. Mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji tidak cukup mahupun mereka yang sebelum ini tidak bekerja seperti mahasiswa, pelajar dan pesara kini berdepan dengan tekanan cukai.
Malah rakyat biasa terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau sedangkan pemimpin negara terus bermewahan dan rakus menghabiskan dengan kekayaan negara.
Namun, keluhan dan rungutan rakyat tidak mencukupi. Kezaliman mereka perlu kita lawan.
Oleh yang demikian, sekretariat #KitaLawan mengajak semua untuk bersama-sama turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 untuk Himpunan #KitaLawanGST.
Yang pasti bulan April ini akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai penindasan GST terhadap kita semua. Tempoh sebulan ini juga anak muda akan memberi suntikan semangat dan keberanian untuk kita semua bangkit menentang kezaliman mereka. Anak muda sedia menghadapi tekanan dan risiko. Anak muda tidak gentar, kita lawan demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia.
Lagi ditekan, lagi Kita Lawan!
#KitaLawanGST #Himpunan1Mei
1 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN




---------------

5 ulasan:

DD KAYBEE berkata...

IGP...tengok....nama takdak...tangkap itu seketeriat...kasi ganti tweeteriat.....mai kita kasih...luluh..runsing..sedih..galaw ini igp...kasi dia maksimum punya touching...biar dia tau mamak power tu takat mana je.....kakkakakakakak

ady angelcry berkata...

hahaaaa......bro hisham,lu memang penghasut no.1....warga malaysia siap siagah,turun jangan x turun,kita bikin ramai n buat sejarah sekali lagi sama seperti #KL112.....LAWAN TATAP LAWAN!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bagi dua juta pada mat monggol.Kasi dia punya telo jadi mandrem.kah...kah..kah....

ayen berkata...

We hasan malik will hassan malik see hassan malik.

Al fatihah sey utk hassan malik

Tanpa Nama berkata...

Ini yang aku raspect kat Tukar Tiub walaupun Mej Zaidi mengeluarkan kenyataan bahawa Tukar Tiub masih bujang dan tiada tanggungjawab terhadap keluarga itu sebablah dia suka demo jalanan. Mej Zaidi, kamu memang pengecut dan berfikiran ala-ala konservertif Ulama-UG PAS. Baru kena sikit (bukannya tahanan ISA pun maka kamu dah surrender awal. Buat malu bekas tentera sahaja kamu ni. Cuba kamu berikan satu contoh kerajaan zalim di dunia yang dijatuhkan melalui ceramah dan kempen politik? Buktikanlah! Rata-rata dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan.....Ohhh Ye! Lupa pula kamu kurang membaca rupanya sebab terkurung dengan kementerian pertahanan....