Ahad, 16 Julai 2017

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB






HARI HARI

AKHIR 

SAEKOR 

NAJIB


Najib dikelilingi penasihat yang pentingkan perut sendiri dakwa MP Barisan Nasional..



Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed berkata musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nur Jazlan berkata, ahli-ahli UMNO kini berdepan dilema 

sama ada menyatakan kesetiaan kepada pemimpinnya atau 

parti.

"Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti," kata Nur Jazlan di blog peribadinya, nurjazlan.net.

Jelas beliau, kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO pada zahirnya dilihat masih lagi kukuh, namun kehilangan Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.

Katanya, Najib kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing akibat terpalit berbagai isu melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara serta isu berkaitan keluarganya.

"Apa tidaknya, kritikan terbuka Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata," tulis beliau lagi.

Katanya, apa yang berlaku kepada  Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah bukti bahawa sokongan solidariti tidak mampu menjamin kedudukan seorang presiden parti.

"Sifat bermuka-muka dalam UMNO bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan," tulis beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu menegaskan jika UMNO terus dilanda masalah, bagaimana parti itu mahu memimpin parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan berdepan PRU akan datang.

"Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan UMNO dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14," katanya lagi.

Dalam tulisannya, Nur Jazlan juga berkata dua projek utama Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau.

Katanya, dua projek yang sebelum ini dicanangkan akan membawa Malaysia ke tahap ekonomi yang lebih baik, pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada UMNO.

"Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Dr Mahathir sendiri selain  Daim Zainuddin.

"Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini," ujar beliau.

Najib sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri, jelas Nur Jazlan tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.

Nur Jazlan berkata, berbeza dengan Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu mempunyai menteri yang disenangi rakyat seperti Daim.

"Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.

"Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja," katanya


PERANG 

DALAMAN

BERMULA


-----------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haha.. baru nak separuh sedar walaupun lambat dan tak akan sepenuhnya sedar.

Tanpa Nama berkata...

Secara sinisnya beban utama kjaan sekarang adalah ROSMAH MANSUR aka MAK BADAK kah kah kah

Usop ali berkata...

Serang jangan tak serang. Manusia macam ni akan rosak kan negara..cer renung renungkan....kalau take mahu renung. Tenggelam LA bersama so labu ni....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih nur jazlan. Catatan kau mengesahkan yg umno ni mmg sarang penyamun. Tulisan kau ni sebenarnya bodek najib atau nak takutkan najib?
Tapi aku ucapkan syabas kat kau jazlan sebab org kampung akan baca catatan pak menteri dan kini diorang dah tau yg projek2 najib semuanya gagal. T.kasih.

acik71 berkata...

Klu aku jd najib..cabut dh duk kt gambia, psng soldadu jd tokan dadah...hahaha