Ahad, 10 Mei 2020

BERITA BAIK ZON HIJAU




INI BERITA

AMAT BAIK

TAHNIAH

BARISAN HADAPAN

5 lagi daerah diisytihar zon hijau Covid-19

LIMA lagi daerah diisytihar bebas daripada jangkitan Covid-19, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah keseluruhan zon hijau yang disahkan setakat tengah hari semalam 118 berbanding 113 pada Jumaat.

Lima daerah itu ialah Kuala Nerus dan Setiu di Terengganu, Simunjan (Sarawak), Beaufort (Sabah) dan Sabak Bernam (Selangor).

Data KKM juga menunjukkan kini terdapat 73 zon kuning iaitu kawasan yang merekod 1-40 kes Covid-19. Manakala zon merah bagi kawasan yang mencatat lebih 40 kes, turun kepada sepuluh berbanding sebelas pada Jumaat.

Hulu Langat di Selangor, yang mana beberapa kawasan di daerah itu diletakkan di bawah perintah kawalan diperketatkan (PKPD) sebelum ini, kini berada dalam zon kuning. Jumlah kes aktif di daerah itu turun daripada 55 kepada 33. 

Sementara itu, jumlah kes aktif di Rembau, Negeri Sembilan naik daripada 59 kepada 89. Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Negeri Sembilan naik kepada 141.

Sehingga kini sebanyak 6,589 kes disahkan di Malaysia, dengan 108 kematian dilaporkan. – 10 Mei, 2020.


DAERAH LAIN

WAJIB TERUS

PATUHI PKPB

AMIN

ZONE MERAH
9/5/2020

Tiada ulasan: