BERPUASA
BERKHALWAT
AHAD 10/5/2020
KITA DAH MASUK
HARI KE 17 BERPUASA
HARI KE 54 BERKHALWAT
PAGI INI DIBUKA SAJA
PINTU KWANTUNG
DARI
ATAS POKOK TINGGI
TERDENGAR LAUNGAN KUAT
CHEEEWWWWET
INI ANGGOTA BARU
TAK TAHU APA NAMA DIA
SI JANTAN HILANG PAGI INI
TAK TAHU KENAPA
MUNGKIN MALAM
TADI BERPESTA
PAGI INI LEWAT BANGUN
KWANTUNG SUNYI
HANYA OKESTRA TERDENGAR
DERAMAN MOBIL ELEK
MUNGKIN KERANA AHAD
TAK ADA SAPA BEKERJA
PAGI INI IALAH
HARI MERBOK TERKUKUR BALAM
DARI BUKIT DARI GAUNG
MEREKA MEMETIK SUARA
BALAS BERBALAS
MATAHARI DAH KELUAR
BALAM MERMOK TERKUKUR
AMAT SUKA BERPANAS
LAGI PANAS
LAGI MEREKA BERTANDAK
TERDENGAR JAUH
DARI ATAS BUKIT
SUARA ORANG BEKERJA
KEMUDIAN TERDENGAR
BUNYI SABIT
PASTILAH RUMPUT
SEDANG DIKETAM
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan