Selasa, 17 November 2020

ANGKA MAKIN MENINGKAT

 



AWAS


1,210 kes baharu 

Covid-19, 

5 kematian

MALAYSIA hari ini merekodkan 1210 kes baharu Covid-19 dan lima kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 19 daripada kes hari ini adalah kes import.

Menurutnya kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 49,730 manakala jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 318.

Dr Noor Hisham berkata Lembah Klang menyumbang kes terbesar dengan 518 manakala Sabah 499.

Sementara itu, 1,018 pesakit didiscaj daripada hospital selepas pulih daripada wabak berkenaan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan 36,624.

105 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada lima kematian dilaporkan hari ini, empat adalah di Sabah manakala satu lagi di Perak.

Empat kematian di Sabah termasuk seorang lelaki berusia 25 tahun, merupakan mangsa paling muda hari ini, yang mengalami schizophrenia dan obesiti.

Pesakit lain melibatkan warga emas.

Berkenaan kluster aktif, kluster tapak pembinaan Damanlela di Kuala Lumpur menyumbang jumlah kes tertinggi daripada satu kluster dengan 206 kes, kesemuanya adalah warga asing.

Satu lagi kluster tempat kerja di Selangor dikenali sebagai Teratai, melaoorkan 142 kes. Daripada jumlah itu, 131 adalah warga asing.

Empat kluster penjara - Penjara Sandakan, Tembok, Penjara Kepayan dan Penjara Seberang Perai - menyumbang 172 kes hari ini.

Manakala lima kluster diisytiharkan tidak aktif (Bangau-Bangau, Tasik, Olive, Buang Sayang dan Kau Sing) - lima lagi yang baharu dilaporkan di Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. – 17 November, 2020.


AWAS

HATI
HATI

AWAS

Tiada ulasan: