Khamis, 19 November 2020

KU LI TAK RELEVAN

 

 

WOIT

DON PLAY PLAY

KAH KAH KAH

INI CALON PM

INI BAKAL

PERDANA MENTERI

AMIN



Ku Li: Suara ‘warlord’ 

Umno yang tidak relevan

KENYATAAN-KENYATAAN terbuka dari ahli Parlimen Gua Musang yang juga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sejak akhir-akhir ini sarat dengan nada negatif terhadap pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tertubuh atas semangat perpaduan Melayu-Islam-Bumiputera.

Selain berkali-kali menggesa Umno agar mengkaji balik kerjasama politik dengan PAS dan Bersatu, veteran Umno itu juga pernah mencadangkan supaya para pemimpin Umno yang dilantik membarisi jemaah menteri agar berundur dari kabinet kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yassin.

Di peringkat negeri Kelantan pula, Ku Li cukup dikenali antara sosok “warlord” Umno yang kurang senang dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) sebelum wujudnya kerajaan PN lagi. 

Bagi Ku Li, Umno perlu lawan PAS seperti dahulu walaupun hakikatnya Umno tak pernah berjaya menumbangkan PAS di Kelantan sejak zaman Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li dengan jelasnya mahu Umno bertanding di semua kerusi yang pernah dimiliki oleh parti tersebut sebelum PRU-14 lalu termasuk di Pagoh, kerusi parlimen yang sedang disandang oleh Perdana Menteri kerajaan yang disokong oleh Umno sendiri sekarang ini. 

Jika ini bukan cubaan untuk meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), maka apa pula?

Bukan lagi rahsia keakraban hubungan persahabatan Ku Li dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang pernah ditentangnya melalui Parti Semangat 46 dahulu. 

Sekarang ini mereka sama-sama amat “risau” jika Anwar Ibrahim (PKR-PH) dapat naik menjadi Perdana Menteri.

Namun yang anehnya mereka berdua tidak pula menyokong kepimpinan Muhyiddin menerajui negara. 

Lantas siapa yang Ku Li mahu lihat jadi Perdana Menteri Malaysia? 

Adakah Dr Mahathir buat kali ketiga? 

Adakah watak yang sedang menghadapi perbicaraan mahkamah kerana kes-kes korupsi sekarang ini? 

Atau adakah beliau masih merasakan dirinya layak untuk mencuba nasib untuk jadi Perdana Menteri sepertimana cubaan-cubaan beliau sebelum ini yang tercatat dalam sejarah politik sebagai gagal untuk menjadi Perdana Menteri?

Jika dilayan suara ahli-ahli politik veteran yang masih dibuai dengan sentimen dan nostalgia lama seperti Ku Li ini maka bangsa kita tidak akan maju ke hadapan seperti bangsa-bangsa maju yang lain. 

Kita akan terus berada dalam putaran dendam politik silam dan politik yang berasaskan ketaksuban terhadap personaliti tertentu sahaja. 

Kita akan mewarisi “perang” politik orang-orang terdahulu yang banyak merugikan agama, bangsa dan negara.

Di sinilah cadangan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa baru-baru ini cukup bernas untuk difikirkan bersama apabila beliau menyeru agar diwujudkan gabungan politik besar antara parti-parti tempatan yang menolak Pakatan Harapan (PH). Ia tidak terbatas kepada MN dan PN sahaja.

Amat berbeza pendekatan dan cara berfikir dua tokoh politik dari Kelantan ini yang dipisahkan dari segi usia. 

Ku Li masih berfikiran Malaysia wajar dinaungi oleh satu parti autokratik tunggal seperti zaman 80-an dahulu.

Manakala Annuar mendendangkan penyatuan bangsa berskala nasional melalui perkongsian kuasa secara adil dan realistik antara parti-parti politik yang signifikan.

Secara peribadi, sebagai salah seorang watak orang baru dan orang muda dalam politik tanah air, saya fikir sudah tiba masanya warga Malaysia khususnya Melayu-Islam meninggalkan mentaliti politik silam yang berasaskan dominasi melampau parti tunggal serta politik yang bersandarkan ketaksuban terhadap sosok pemimpin lama tertentu yang sudah tentunya tidak maksum (kebal dari kesilapan dan kekurangan). – 18 November, 2020.

* Dr Muhammad Faiz Na’aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

 JIKA BUJET

TAK LULUS

MACAM MANA?

ADA PRU 16 ?

KAH KAH KAH

KITA SEMUA  MATI

KAH KAH KAH

MASA INI

 KU LI MUNCUL

MUNCUL MACAM

SUPERMAN

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: