Isnin, 21 Disember 2020

PALING TINNGI - SATU REKOD

 



AWAS


Rekod ketiga tertinggi, 

2,018 kes baharu 

Covid-19 hari ini

MALAYSIA hari ini melaporkan 2,018 kes baharu Covid-19, angka harian ketiga tertinggi direkodkan sejak negara dilanda pandemik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di Malaysia kini 95,327, dengan jumlah kebolehjangkitan 16,496 kes.

Selangor masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes diikuti Johor (278) dan Sabah (247), kata Dr Noor Hisham.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu juga seramai 1,084 pesakit pulih, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 78,363 kes.

Sementara itu, satu kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan warga asing. Jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini 438 kes.  – 21 Disember, 2020.



KITA

JAGA

KITA

Tiada ulasan: