Selasa, 24 Ogos 2021

LANGKAH EKONOMI YANG BIJAK

 


LANGKAH  BIJAK

TEPAT UNTUK

EKONOMI PERTANIAN

AMIN



Rakyat Thailand kini boleh guna, jual ketum

THAILAND pada Selasa menghalalkan penggunaan dan penjualan ketum, daun yang telah lama digunakan sebagai ubat herba namun dikatakan tidak selamat oleh segelintir pengawal kesihatan.

Ketum, nama saintifiknya Mitragyna Speciosa merupakan sebahagian daripada keluarga kopi, dan digunakan sejak berabad-abad lamanya di Asia Tenggara dan Papua New Guinea kerana kesannya dikatakan boleh menghilangkan rasa sakit.

Ia juga kini semakin popular di Amerika Syarikat, sehingga Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat melarang penggunaannya, dengan menyebut ia ada risiko ketagihan dan salah guna.

Perubahan undang-undang Thailand ini juga bermaksud “masyarakat umum dapat guna dan jual ketum secara sah,” kata jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri dalam satu kenyataan.

Sementara, katanya, lebih 1,000 tahanan yang disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan ketum akan dibebaskan.

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand menganggarkan penyahjenayahan akan menjimatkan kos pendakwaan pihak berkuasa sekitar 1.69 bilion baht (AS$50 juta).

Ketum merangsang reseptor otak sama seperti morfin, walaupun dengan kesan yang lebih ringan. Di Thailand ia digunakan terutamanya di selatan, di mana pekerja Muslim menggunakannya untuk menghilangkan rasa sakit selepas kerja manual.

Ia tidak dikenakan sekatan antarabangsa, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bulan lalu ia sedang memeriksa adakah ketum perlu dipertimbangkan untuk dikawal.

Phil Robertson dari Human Rights Watch berkata penyahjenayahan ketum - yang berasal dari Thailand, Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea - “dialu-alukan, dan terus terang telah lama tidak diendahkan.”

“Kelulusan untuk menghalalkan ketum di Thailand menamatkan legasi salah guna hak terhadap dadah yang telah lama digunakan dalam masyarakat tradisional dan luar bandar di negara ini,” kata Robertson kepada AFP.

Di Indonesia, ketum dianggap sah tetapi statusnya sedang dikaji, dengan beberapa ahli politik mendesak untuk mengharamkannya.

Ahli Parlimen Thailand telah menunjukkan keinginan untuk mereformasi undang-undang anti-dadah yang keras sejak beberapa tahun terakhir ini.

Pada 2019, Thailand menjadi negara pertama Asia Tenggara yang menghalalkan ganja perubatan, malah pemerintah telah melabur dalam proses pengambilan, penyulingan dan pemasaran minyak ganja untuk digunakan dalam industri kesihatan.

Bagaimanapun penjara Thailand yang padat masih dipenuhi dengan tahanan yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan dadah. Hanya dengan beberapa pil metamfetamin pesalah dapat diajtuhkan hukuman penjara selama satu dekad.

Jeremy Douglas dari Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah berkata Thailand sedang membincangkan dan mempertimbangkan program pemulihan dadah untuk pengguna metamfetamin bagi mengurangkan tekanan dari sistem dan “juga kerana ia lebih berkesan”. – AFP, 24 Ogos, 2021.

KITA MASIH

LAGI DIPENJARA

OLEH HUKUMAN

BAGINDA QUEEN

KHALAS

BILA HALAL DI SIAM

 AKAN BANYAK 

PENYULUDUP DARI 

KEDAH PERLIS 

 KELANTAN 

AMIN

KITA SEKSA 

WARGA KITA 

SENDIRI 

AMIN

 TT CADANGKAN

PARA YB KITA  WAJIB

MULA MEMBACA 

MULA BERFIKIR

UNTUK MEMBANTU

EKONOMI PAK TANI

AMIN 



1 ulasan:

Unknown berkata...

Terasa nak menyanyi pulak loy loy kratom loy loy kratom.. sat lagi mesti ada ubat kuat seks dari ketum. Ubat tahan lama ubat pancut laju pil tahan kemut. Kacip patimah tkde kacip ketum pulak.