Khamis, 9 September 2021

BERITA SUNTIKAN

 



 BERITA BAIK

AMIN




16.49 juta penduduk divaksin sepenuhnya

KIRA-kira 16.49 juta atau 70.5% daripada penduduk dewasa di Malaysia melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).

Ini bersamaan dengan 50.5% populasi negara.

JKJAV berkata 20.94 juta penduduk atau 89.5% daripada penduduk dewasa dan 64.1% penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut jawatankuasa itu, sebanyak 320,452 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam. Daripada jumlah ini,  128,038 menerima dos pertama manakala 192,414 melengkapkan vaksinasi mereka.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin yang diberikan di bawah kempen vaksinasi kebangsaan kepada 37.39 juta.

Lembah Klang merekodkan 98.4% penduduk dewasa dan 72% secara keseluruhan telah divaksin sepenuhnya.

Sabah merupakan satu-satunya negeri yang merekodkan vaksinasi kurang daripada 50% penduduk dewasanya. Kira-kira 47% daripada penduduk di negeri itu dan  33.2% daripada jumlah keseluruhan penduduknya telah divaksin sepenuhnya.

Malaysia menerima vaksin dos tunggal CanSino pada Ogos, yang mana ia diagihkan kepada kawasan pedalaman dan luar bandar.

Putrajaya juga mula mengagihkan vaksin dos tunggal ke enam negeri yang mencatatkan vaksinasi rendah.

Sebelum itu, ia hanya mengedarkan vaksin dua dos iaitu Pfizer, Astra-Zeneca dan Sinovac.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam berkata vaksinasi untuk golongan remaja sudah dimulakan di Sarawak dan akan diteruskan di Lembah Klang dan Labuan selepas ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 19,733 kes jangkitan baharu Covid-19, 22,701 kes pulih dan 361 kes kematian. – 9 September, 2021.


 KITA TUNGGU

DAN LIHAT

APA HASILNYA

AMIN



Tiada ulasan: