Ahad, 12 September 2021

TAK TAIK BARU TIM BANDUAN

 


 SURUHAN JAYA

DI RAJA INI

HANYA TAK TAIK

AMIN

 BUAT BUAT

 SIASAT

TOMI TOMAS

AMIN

AGENDA SEBENAR

NAK LEPAS

DARI 

SUNGAI BULUH

KHALAS


Zahid gesa kerajaan  baharu tubuh segera RCI siasat pendedahan Tommy

KUALA LUMPUR – Negara perlukan jawapan kepada segala persoalan di sebalik pendedahan bekas Peguam Negara,  Tommy Thomas menerusi buku memoirnya bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness”.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan segera untuk menyiasat sama ada pendedahan itu ‘disengajakan’ atau ‘tidak disengajakan’.

Beliau berkata, UMNO menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 27 Ogos lalu, telah meminta kerajaan baharu menubuhkan RCI.

“Penubuhan RCI bagi menyiasat pelbagai pendedahan yang pernah dibuat bekas Peguam Negara itu menerusi buku memoirnya, My Story: Justice In The Wilderness.

“Ini termasuk pendedahan yang menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan semasa negara di bawah pentadbiran kerajaan 22 bulan.

“Sebenarnya desakan dari UMNO ini baru, sebaliknya (desakan sama) telah pun dibuat oleh ramai pihak sejak awal tahun ini dengan ratusan laporan polis juga telah dibuat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Februari lalu oleh Setiausaha Agung,  Ahmad Maslan.

Laporan itu dibuat kerana pendedahan Tommy itu melibatkan maruah dan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

“Pendedahan itu merupakan persoalan yang terungkai, malah berpotensi menjawab kepada lebih banyak persoalan kepada apa yang berlaku selepas tarikh 9 Mei 2018.

“Kerajaan 18 bulan (Perikatan Nasional) tidak tergerak untuk menubuhkan RCI itu, maka kita berharap kerajaan baharu dapat menjadikannya kenyataan.

“Kerajaan baharu perlu memastikan Keluarga Malaysia tidak terus diselubungi dengan persoalan yang masih belum terjawab.

“Kebenaran perlu diketahui. Rakyat perlu tahu. Malaysia perlu tahu,” katanya yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri. – 

 NAK TUNJUK

NAJIB ZAHID

ROSMAH DAN

GENG BANDUAN

KENA DAKWA

BUKAN KERANA

SABIT KES JENAYAH

AMIN

TAPI ARAHAN

POLITIK

AMIN

SEKILAS IKAN 

DI AIR DAH TAHU

NYAH KE  PONDAN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: