Jumaat, 17 Disember 2021

KES PENJARA NJIB DIPUTAR


Ada lebih banyak bukti disekat dalam kes SRC Najib, kata peguam

PASUKAN peguam Najib Razak dalam kes SRC International Bhd mendakwa tidak semua bukti berkaitan kes itu didedahkan kepada pihak pembelaan.

Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukannya sedang mendapatkan dokumen tertentu dan akan kemuka permohonan kepada Mahkamah Persekutuan supaya dijadikan bukti baharu rayuan Najib.

“Kami dapati ada lebih banyak bukti yang telah disekat (daripada pasukan pembelaan Najib), yang kami tidak dimaklumkan sama ada oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis.

“Kami akan kemuka permohonan lain untuk dijadikan sebagai bukti baharu,” kata Shafee, tanpa mendedahkan apakah bukti baharu itu.

Pasukan itu, katanya, perlu mengesahkan bukti terlebih dahulu sebelum mendedahkannya kepada mana-mana pihak.

“Kami tidak boleh dedah sekarang sebab kami perlu sahkan terlebih dahulu. Jika tidak, ia cuma cakap kosong.”

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lepas. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Beliau juga gagal membatalkan sabitan dan hukuman yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember.

Bekas perdana menteri itu kini membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Shafee berkata mereka berharap dapat kumpul bahan itu dan menyerahkannya sebagai bukti baharu dalam tempoh dua bulan.

“Kadang-kadang, apabila kita ingin cari dokumen, dalam keadaan di mana pihak berkuasa secara aktif cuba sembunyikan daripada kita, susah kita hendak cari.

“Tetapi insya-Allah, kami akan dapatkannya,” kata Shafee.

Selain SRC, Najib juga berhadapan perbicaraan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian dana utama 1MDB selain didakwa mengganggu laporan audit. – 17 Disember, 2021.



WOIT

INI BERITA APA?

KAH KAH KAH

RAMAI SAKSI

HILANG KE?

KAH KA KAH

TAPI INI KES SRC

BUKAN 1MDB

KAH KAH KAH

KES 1MDB BANYAK

SAKSI HILANG

LARI LESAP

KAH KAH KAH

KES SRC INI

SAKSI MANA YG

LESAP

KAH KAH KAH

NO BANK 

AKAUN ILANG KE?

ATAU PETI  BESI

YANG ILANG

KAH  KAH KAH 

MACAM MACAM 

KESAH PEGUAM NAK 

SEDAPKAN 

HATI PENCURI

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eeee ini semua peringkat buat untung, tahu ubat nak dijual pada masa tepat, apa pun eee untung awal, bayaran tinggi, projek apa pun dapat kalau bagi tahu client saja, asal klien dibela seadanya, Najiba pun percaya lah eee sampai luruh segala galanya konon bela pesalah tapi sebetulnya yang nak masuk klien bukan peguam kah kah apa pun eee untung kah kah amin