Isnin, 31 Januari 2022

SABRI 114 ADA 4 KERUSI MAJORITI

 



3 portal didakwa burukkan Ismail Sabri

SEORANG pembantu Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis terhadap tiga portal berita hari ini kerana didakwa memburukkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan “memanipulasi” ucapannya.

Laman berita tersebut ialah Agenda Daily, The Malaysian Life dan Dialog Rakyat.

Dalam laporan polis yang dilihat The Malaysian Insight, Setiausaha Politik Mohammad Anuar Mohd Yunus mendakwa ketiga-tiga laman web itu melaporkan kenyataan palsu dan berbentuk fitnah bertujuan memburukkan nama Ismail Sabri.

“Ketiga-tiga laporan tersebut mengandungi kenyataan palsu dan fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Artikel di Agenda Daily yang bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan’ yang disiarkan pada 30 Januari 2022 dan diulang siar oleh The Malaysia Life dan Dialog Rakyat.

“Ketiga-tiga laman web itu memanipulasi apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri kepada pemberita di sebuah program di Bera dan portal berkenaan tidak berada pada program tersebut,” kata Anuar dalam laporan berkenaan.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada jam 2.15 petang tadi.

Pada majlis di Bera semalam Ismail berkata keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik negara demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Kestabilan politik katanya adalah kunci untuk membolehkan kerajaan melaksanakan rancangan terdahulu dan berterusan membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Ya, kerajaan akan tumbang jika ada yang menarik balik sokongan mereka. Itu fakta. Jika Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana pihak dalam hal itu termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dalam Umno sendiri menarik sokongan mereka kerajaan akan tumbang kerana kita kini hanya mempunyai majoriti empat kerusi (Parlimen),” katanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu sumber polis mengesahkan menerima laporan itu tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut. – 31 Januari, 2022.

 

WOIT

SABRI 114

INI JUJUR

AMIN

SABRI 114 NGAKU

HANYA ADA LEBIH

EMPAT KERUSI 

AMIN

JIKA EMPAT EKOR 

 YB TARIK 

SOKONGAN SABRI

RUNTUH

AMIN

SABRI 114

KENA JUMPA 

ANWAR SABU

DAN GUAN ENG 

KAH KAH  KAH 

 AMIN

NAJIB ZAHID

MAHU PRU15 

SEKARANG

AMIN

SABRI 114 MAHU

HABISKAN

PENGGAL 

HINGGA KE 2023

AMIN

KAH KAH KAH





Tiada ulasan: