Jumaat, 4 Februari 2022

DALAM TAHAP BAHAYA

 



Kes harian Covid-19 melonjak 7,234 jangkitan

KES Covid-19 di Malaysia melonjak apabila negara melaporkan 7,234 jangkitan baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes itu akan menjadi yang tertinggi direkodkan tahun ini.

Sebelum ini negara merekodkan kes dalam lingkungan 7,000 adalah pada 16 Oktober 2021, di mana 7,509 kes telah dilaporkan.

Malaysia merekodkan lebih 5,000 kes dalam tempoh empat hari berturut-turut.

Noor Hisham berkata jangkitan kumulatif sejak permulaan wabak itu ialah 2,895,014.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik di portal CovidNow kementerian tengah malam ini.

Sementara itu, seramai 22.9 juta orang atau 97.9% daripada populasi dewasa di negara ini telah menyelesaikan vaksinasi, manakala 23.2 juta (99.1%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kira-kira 2.79 juta remaja berumur antara 12 dan 17 telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,87 belia atau 91.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos. – 4 Februari, 2022.



INI TAHAP

BAHAYA

AMIN

INI TAHAP SAMA

SEPERTI AWAAL

DUA TAHUN LALU

AMIN

APA SUDAH

TERJADI ? 

PKP LONGGAR 

KOBID NAIK 

MAKIN LONGGAR

 MAKIN NAIK

KHALAS

Tiada ulasan: