Jumaat, 4 Februari 2022

KETUM - MASANYA SUDAH SAMPAI

 



Lelaki bawa ketum ditahan selepas kereta dipandu terbabas, kata polis

POLIS menahan seorang lelaki dan merampas 350 kilogram (kg) daun ketum selepas kenderaan dipandu suspek terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Kubang Tiga, Chuping, Perlis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata sebelum itu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu telah mengesan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 25 Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam pada 1.15 pagi.

“Kenderaan suspek telah diarahkan untuk berhenti, namun suspek telah bertindak memecut laju kenderaan bagi mengelak daripada ditahan.

Anggota trafik telah bertindak mengekori kenderaan tersebut dan suspek telah terbabas sehingga melanggar sebatang pokok di kawasan Kampung Kubang Tiga, Chuping, Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini.

Katanya, lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaikinya menemui sebanyak 35 plastik hitam yang di dalamnya mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 350 kg.

Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, Perlis dan ujian air kencing dijalankan ke atasnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – 
 

MALAYSIA

MASIH GILA

MENANGKAP 

DAUN KETUM

AMIN

WALHAL SIAM

INDONESIA BUAT

DUIT EKSPOT

DAUN KETUM

AMIN

HENTIKAN KERJA

BANGANG INI

AMIN

KETUM DAUN

PRODUK BUMI INI

AMIN

JANGAN IKUT

AKTA BAGINDA

QUEEN 1952

AMIN

TANAH MELAYU

DAH MERDEKA

BEBASKAN KETUM

DARI UNDANG2

KOLONIAL 

INGGERIS

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Soboi berkata...

jangan lupa ganja legalize it NOW.