Khamis, 10 Mac 2022

SATU LANGKAH BIJAK

 




Loke cadang lanjutkan MoU, tangguh PRU15

SETIAUSAHA Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook mahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan untuk melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Pakatan Harapan (PH) dan Putrajaya tahun lepas.

Loke (PH-Seremban) berkata penularan wabak Covid-19 disebabkan oleh strain Omicron adalah alasan yang baik untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata sama ada akan ada perjanjian lain bergantung kepada sama ada Ismail boleh menyampaikan terma MoU semasa.

Beliau berkata beberapa calon dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disahkan positif Covid-19 dan menjejaskan kempen mereka selepas terpaksa dikuarantin.

PRN Johor akan diadakan pada Sabtu ini.

Loke berkata beliau mencadangkan perkara itu dibincangkan selepas undang-undang anti-lompat parti diluluskan.

“Kita boleh membuat persetujuan bahawa sementara Covid-19 masih menular kita boleh menangguhkan pilihan raya umum kemudian,” katanya di Dewan Rakyat semasa membahaskan Titah Diraja pagi tadi.

Di bawah MoU yang ditandatangani Ismail pada 13 September lepas Putrajaya bersetuju pembubaran Parlimen tidak akan diteruskan sehingga 31 Julai 2022.

Antara bidang utama pembaharuan yang digariskan dalam MoU adalah untuk mentransformasikan pentadbiran, memperkasakan Parlimen dan mengukuhkan kebebasan badan kehakiman.

Dalam satu kenyataan pada Januari Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata 13 daripada 18 perkara dalam MoU sudah dilaksanakan.

Salah satu tuntutan utama dalam MoU itu ialah mewujudkan undang-undang anti-lompat parti untuk menghalang ahli Parlimen daripada berpaling tadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berjanji Putrajaya akan meneruskan perubahan dalam mesyuarat Parlimen semasa. – 10 Mac, 2022.

SATU LANGKAH

BIJAK & BAIK

AMIN

DAHULUKAN

ORANG RAMAI

DARI GILA KUASA

AMIN 

LEBIH PENTING

KITA SAILANG

PROJEK KLUSTER

MAHKAMAH

AMIN

LAGI BIJAK 

KITA SOKONG

TIM SABRI 144

DARI DIKACAU

OLEH KLUSTER

MAHKAMAH

AMIN

 MUSUH UTAMA 

SEKARANG IALAH 

KLUSTER MAHKAMAH

 AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila nak tangkap dan bekukan harta Zety..!?

Tanpa Nama berkata...

Tak ada rotan bemban pun berguna