Selasa, 1 November 2022

PERANG UKRAINE MAKIN MELARAT



IAEA siasat dakwaan 'bom kotor' di Ukraine

BADAN pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memulakan pemeriksaan sebagai sebahagian badan pengesahan bebas berhubung dakwaan Russia mengenai penghasilan “bom kotor” di Ukraine.

Bom kotor ialah bom konvensional diikat dengan bahan radioaktif, biologi atau kimia yang boleh tersebar ketika letupan.

Ketua Pengarah Pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi menjangkakan siasatan bagi mengesahkan beberapa aktiviti di dua lokasi itu akan diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menerbitkan kesimpulan awal mengenai pengesahan terkini membabitkan beberapa aktiviti di dua lokasi berkenaan.

Pemeriksaan itu dibuat susulan permintaan bertulis Kerajaan Ukraine yang mahu pasukan IAEA di hantar ke sana.

Russia mendakwa Ukraine bersedia menggunakan bom kotor terhadap tentera Moscow.

Sebaliknya, Kyiv berkata Russia mungkin menggunakan isu bom kotor untuk dijadikan alasan bagi mewajarkan penggunaan senjata nuklear konvensional oleh Moscow, yang dikatakan mendalangi serangan di timur dan selatan Ukraine.

IAEA minggu lalu berkata sudah memeriksa salah satu lokasi itu sebulan lalu dan tiada aktiviti atau bahan nuklear tidak diisytiharkan ditemui di sana.

Presiden Russia Vladimir Putin Khamis lalu menggesa IAEA segera memeriksa tapak nuklear Ukraine.

IAEA dalam kenyataan semalam turut menggesa pembebasan seorang pekerja loji kuasa nuklear Zaporizhzhia yang ditahan kira-kira dua minggu lalu.

Loji yang juga kemudahan atom terbesar di Eropah itu ditawan tentera Russia ketika awal peperangan Mac lalu. – AFP, 1 November, 2022.


PERANG PERANG

MATI MAYAT

AMIN

TAK HABIS

TAK SELESAI

AMIN

POLITIKUS TAK

MAHU CARI 

JALAN DAMAI

AMIN

YG JADI MANGSA

ORANG BIASA

MACAM KITA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya yang susah orang biasa biasa, bukan President bukan Ahli politik tapi orang biasa susah, makan minum tempat tinggal semua hilang karenah jahanam manusia politik, semua nak kuasa semua nak money money buat untung, dalam kesusahan pun mereka nak untung, banjir pun buat untung, bina parit nak untung, buat jalan nak untung, bekalan air solar Rosmah pun nak untung, bila manusia akan sedar tanpa orang politik ini hidup manusia lebih senang lebih mudah Amin kah kah kah

MalaysianMan berkata...

dalang utamanya uncle sam dan macainya EU yang nyibuk campur tangan hal ehwal negara lain yang mengkucar kucirkan duniawi kesian rakyat ukraine yang menjadi mangsa mamposss tak pasal2 bukan cucu cicit uncle sam...kah kah kah