SEJARAH ISLAM
1000 TAHUN DULU
TAK RAMAI
AMBIL POT
KAH KAH KAH
CERITA HARI INI
NICKY LIOW
YANG BUKAN ISLAM
BERI SUMBANGAN
DANA PADA PKR
AMIN
INI SUMBANGAN
SAMSENG BUKAN
ISLAM DALAM
POLITIK MALAYSIA
KHALAS
‘Bukan jilat Cina tapi Pemuda Umno perlekeh inisiatif bukan Islam’
Seorang pemimpin DAP hari ini tampil mengingatkan anggota jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno Wan Zuhir Wan Ghazali supaya tidak memperlekehkan sumbangan golongan bukan Islam kepada Islam.
Ini susulan tindakan Wan Zuhir yang mempertahankan majlis tahlil baru-baru ini yang didakwa mempersendakan kekalahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke di Chennah semasa pilihan raya negeri Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Memetik sabda Nabi Muhammad SAW, anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata sejarah Islam menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga boleh menyumbang kepada memperkukuh Islam dan memberi manfaat kepada umat Islam.
Dia memetik nama Abdullah Urayqit dan Mut’im Adi yang membantu Nabi sebagai penunjuk jalan dan pelindung semasa mereka masih bukan Islam.
“Ini menunjukkan bahawa Allah berkuasa menggerakkan bantuan atau perbuatan orang bukan Islam untuk mencapai hikmah dan maslahah agama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini dengan tajuk ‘Saya bukan nak menjilat Cina, tapi...’
Senator itu kemudian membandingkan Wan Zuhir dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim, yang menurutnya telah memperkenalkan inisiatif yang memberi manfaat kepada ramai umat Islam.
Dia memetik skim “Lindung 24 Jam” yang diperkenalkan semasa perkhidmatan Sim sebagai menteri sumber manusia, yang memperluas perlindungan pekerja di luar waktu kerja.
“Apapun, saya sedih...
“Saat Pemuda Umno (yang sinonim memperjuang Melayu Islam) memperlekeh Anthony Loke dengan isu tahlil, inisiatif Steven Sim telah beri manfaat kepada Melayu Islam kita,” kata Sheikh Umar.
'Tahlil pemakaman Loke'
Semalam, Sheikh Umar mengecam Wan Zuhir berhubung majlis tahlil itu yang didakwa mempersendakan kekalahan Loke kepada calon BN John Siow Kong Choon di Chennah pada pilihan raya negeri Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Wan Zuhir menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki, termasuk dirinya, duduk di atas lantai dan membaca doa dalam majlis yang digambarkannya sebagai tahlil.
Kapsyen pada video berkenaan di Threads berbunyi “Tengah tahlil atas pemakaman Loke di DUN Chennah”.
Sheikh Umar melabel nggelar tindakan itu sebagai “tidak bertanggungjawab” dan berkata kandungan sedemikian boleh menjejas imej Islam sebagai agama yang menganjurkan sikap hormat dan kemuliaan.
Wan Zuhir kemudian menafikan dia tidak menghormati Islam menerusi hantaran di media sosial itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan