Khamis, 6 Ogos 2026

SIAPA BERKUASA DI NEGERI SEMBILAN



PILIHAN PARTI

YANG MENANG

ATAU PILIHAN

MAT HAPRAK

YANG DAH KENA

TENDANG

KHALAS


EXCO Negeri Sembilan angkat sumpah esok, siapa pilihan Ismail Lasim?


SEREMBAN: Menjelang istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan EXCO kerajaan Negeri Sembilan pagi esok, tanda tanya kini berlegar siapa yang akan membarisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diterajui Menteri Besar,  Ismail Lasim.

Sumber dalam kalangan UMNO negeri memaklumkan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mempunyai banyak pilihan memandangkan Barisan nasional (BN) sahaja memenangi 18 kerusi DEwan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu.

"Saya fikir beliau boleh pilih dengan mudah barisan EXCO yang dimahukan kerana semua ADUN BN dan UMNO yang menang dalam pilihan raya ini mempunyai kelayakan, pengalaman serta kemampuan untuk menggalas tugas EXCO.

"Ada kemungkinan MB akan menggunakan formula 7:3 iaitu BN tujuh (jawatan EXCO) dan tiga bagi PN.

"Bagaimanapun kita tunggu keputusan muktamadnya pada majlis pelantikan dan angkat sumpah yang akan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, jam 10 pagi esok," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ismail menjelaskan beliau sudah mempunyai bayangan mengenai barisan EXCO yang akan dilantik, dengan senarai akan diumumkan selepas berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti terutama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada PRN Negeri Sembilan lalu, BN yang menjalin persefahaman dengan perikatan nasional (PN) merampas penguasaan daripada Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.

Sementara itu, sumber sama memaklumkan beberapa nama disebut-sebut menganggotai barisan EXCO termasuk ADUN Linggi,  Mohd Faizal Ramli, yang sebelum ini memegang jawatan EXCO Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan serta Mustapha Nagoor selaku bekas EXCO Pembangunan Belia dan Sukan.

Mohd Faizal dan Mustapha dikatakan menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan sewajarnya dikekalkan.

Nama lain dijangka tersenarai ialah  Mohd Asna Mohd Amin (Lenggng); Suhaimi Aini (Kota); S Leza Md Yasin (Pilah) dan Siow Kong Choon (Chennah).

Sementara wakil daripada PN membabitkan PAS dijangka tersenarai ialah Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan  Dr Mohamad Rafie Malek (Ampangan), selain wakil ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang mewakili WAWASAN.

Kedudukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap ADUN Pertang, Jalaluddin Alias sebagai EXCO Kanan sebelum ini bagaimanapun masih belum pasti.

Namun sumber memaklumkan beliau dijangka disenaraikan meskipun dikatakan tidak menawarkan diri untuk mengisi barisan yang baharu itu.

Tiada ulasan: