MAT BURUT KLIM
EKONOMI SEDANG
MAJU JAYA
AMIN
HAKIKATNYA
RIBU RIBU HILANG
KERJA
AMIN
GRADUAN TAKDA
KERJA
AMIN
ERA MELESET
AKAN SAMPAI
BERSEDIA !!!
KHALAS
68,177 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak Januari Tahun Ini – Menteri Ekonomi
Jumlah warga Malaysia yang kehilangan kerja mereka kini semakin meningkat
Dilaporkan oleh New Straits Times, sebanyak 68,177 pekerja telah kehilangan kerja mereka sejak Januari hingga 16 September 2026.
Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengatakan jumlah ini adalah 15,196 lebih tinggi berbanding masa yang masa tahun lepas sekaligus menjadikan ia 30% lebih tinggi jumlah tahun 2025.
Akmal mengatakan statistik ini telah didapati daripada mesyuarat bersama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 18 September lepas.
Jumlah terkini ini adalah dua bulan selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkongsi data 52,607 pekerja telah mendapatkan Faedah Pengangguran pada 16 Julai.
Ini bermakna, 15,570 pekerjaan telah hilang dan dilaporkan secara rasmi diantara 17 Julai hingga 16 September.
Walau bagaimanapun, jumlah ini tidak memberikan gambaran skala sebenar kehilangan pekerjaan di Malaysia. Ia hanya menunjukkan pekerja yang di dalam Skim Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sahaja.
Akmal mengatakan perkara ini tidak lagi dianggap sebagai kejutan ekonomi yang sementara.
"Perkembangan ini menunjukkan bahawa campur tangan kerajaan bukan lagi sekadar memberikan sokongan sementara kepada pekerja yang terjejas, tetapi membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu untuk kembali bekerja," katanya.
Beliau menambah Malaysia kekal dengan pasaran pekerja yang stabil dengan kadar pengangguran sebanyak 3% sejak Julai.
PERKESO setakat ini telah meletakkan 143,653 dalam pekerjaan sejak Januari hingga 11 September di bawah SIP dan portal MYFutureJobs.
Akmal mengatakan statistik ini menunjukkan campur tangan kerajaan bukan sahaja terhad kepada bantuan kewangan sahaja tetapi untuk memastikan mereka kembali mendapat pekerjaan.
Di samping itu, pasaran pekerja Malaysia kini menghadapi tekanan apabila harga penggunaan tenaga yang kian meningkat.
Kos tenaga lebih tinggi boleh menyebabkan kos operasi dan keperluan pekerja memberi tekanan lebih kepada syarikat.
Malaysia kini sedang menjadi penyelesaian jangka masa panjang untuk memastikan Malaysia tidak terlalu terkesan dengan kejutan bekalan global.

1 ulasan:
Bertahun curi duit negara, bertahun hidup percuma, bertahun tahun hidup sebagai parasit, buat jenayah, ambil rasuah, makan gaji buta, memang ekonomi merundum, memang parah menjaga kroni menjaga kaum kerabat menjaga sanak saudara anak beranak sampai beberapa keturunan, apabila salah masuk penjara mohon belas kasihan ampun nak tinggal di rumah, pun belas kasihan sehingga menderma kepada orang-orang yang mencuri duit rakyat dulu kini dan akan diteruskan lagi, pun ekonomi parah malapetaka menjaga kepala penyamun sehingga kaki penyamun, inilah contoh terbaik diterima oleh semua amin kah kah kah kah akhirnya selesai dengan sumpah seranah doa dimaklumkan amin amin amin
Catat Ulasan