Memaparkan catatan dengan label professor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label professor. Papar semua catatan

Isnin, 23 Februari 2009

RAJA MUDA PERLIS BIMBANG PELAJAR DIPERALAT SEBAGAI BONEKA - melayau




KANGAR 22 Feb. — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bimbang pelajar yang gagal menguasai ilmu dan menghayati perlembagaan negara akan diperalatkan pihak tertentu sebagai boneka bagi mencapai matlamat peribadi mereka. Sehubungan itu, baginda berharap agar pelajar sentiasa berfikiran terbuka, berpengetahuan luas dan berupaya memahami perlembagaan negara supaya mampu membuat penilaian terhadap sesuatu isu secara matang dan rasional.

Bertitah pada program wacana sosial bertajuk Memasyarakatkan Perlembagaan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini, baginda bertitah sejak kebelakangan ini, isu perlembagaan sering diperkatakan dan ia juga telah disalahertikan oleh pihak tertentu.


kah kah kah…. AMPUN TUANKU….. BETUL TUANKU….SUKUN TUANKU..kah kah kah

kah kah kah…. ITU PASAL PATUT DI HAPUSKAN AUKU TUANKU…. BIAR PELAJAR DAPAT MENYUSUN DIRI MEREKA SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG NI NAK PERGI TANDAS PUN KENA MINTA KEBENARAN DARI NAIB CHANCELOR…. kah kah kah…

kah kah kah…. NAK PA CHU CHING … LAGI TAK BOLEH… kah kah kah...

kah kah kah... BERAK WAJIB PAKAI SELUAR…. TAKUT ADA YANG AMBIL GAMBAR … NANTI TAK BERMORAL…. kah kah kah…

woit… NAK TANYA SIKIT… PIHAK PIHAK TERTENTU NI APA BENDANYA?.... kah kah kah…

kah kah kah...SELALU DENGAR TAPI TAK PERNAH JUMPA…. kah kah kah…..ADA DI JUAL DI JAYA JUSCO KE?... kah kah kah…



Ahad, 22 Februari 2009

RAFIDAH KALAH MENANG KETENTUAN ALLAH -Mkini


Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz berkata tidak menjadi masalah baginya jika kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan Umno bulan depan.

"Bagi saya individu tidak penting, parti lebih mustahak. Kalau kalah tidak menjadi kudis bagi saya. Ini lumrah dalam politik."

"Berjaya atau tidak, Allah yang menentukan takdir saya. Bila dah menang, kerja tentulah banyak," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas tentang pertandingan jawatan ketua Wanita Umno antara beliau dengan Shahrizat, yang kini merupakan naib ketua pergerakan itu.



kah kah kah… DAH MULA NAK REKRUT ALLAH PULAK…. kah kah kah…

woit…. WOIT NAPA TAK CAKAP YANG TENTUKAN AGUNG …. kah kah kah

kah kah kah…. BANYAK AGUNG BANYAK LAH UNDI DAPAT….kah kah kah



Isnin, 15 September 2008

ZAID IBRAHIM MASIH MENTERI - TERKINI

Berita baru di terima - Zaid Ibrahim yang telah meletakkan jawatan menteri undang-undang kerana tidak bersetuju ISA digunakan - masih lagi seorang menteri kabinet.

Perdana Menteri Abdullah Badawi telah menolak permintaan Zaid untuk meletak jawatan.

Zaid di beri cuti selama dua minggu.

Apakah Zaid juga akan bercuti ke Taiwan untuk memperlajari ilmu pertanian masih belum jelas.

Selasa, 9 September 2008

PUSAT PENGAJIAN MELAYU PERTAMA DI UK – Utusan Melayau

UNIVERSITI Teknologi Kreatif Limkokwing (UTKL) bukan hanya memperluaskan cawangan-cawangan kampusnya hingga ke luar negara, tetapi ia juga mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Pengajian Melayunya sendiri.

Perkembangan terbaru pusat pengajian universiti yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Lim Kok Wing itu adalah penubuhan Pusat Pengajian Melayu pertamanya di kampus cawangan London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.


kah kah kah….. woit nak tipu sapa ni…. nak tipu sintok bolehlaaaa…pertama? Pertama di uk? … biar betul… jangan buat syiok sendiri.. School of African and Oriental Study tu ajar apa? ….. pendita zaaba dulu di london mengajar dimana? Kah kah kah……

Mamat kang kung ni bila pulak ada phd …. kah kah kah….botsawana bolehlaaa kelentong….kah kah kah.

ni mesti nak kelepet duit gamin… dulu kang kung ni dah kelepet 84juta ringgit duit program kawan muda…. woit jangan muda lupa….. kah kah kah.

Isnin, 8 September 2008

TOLAK SYOR WUJUD EMPAT TIMBALAN PERDANA MENTERI -Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 7 Sept - Beberapa ahli akademik meminta kerajaan tidak melayan cadangan Pemuda MCA Kedah supaya melantik empat lagi Timbalan Perdana Menteri (TPM) pelbagai kaum bagi mengatasi masalah perkauman.

Menurut mereka, sistem seorang Perdana Menteri (PM) dan seorang TPM setakat ini terbukti berjaya mewujudkan suasana stabil dan harmoni dalam negara.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan tersebut jelas bertujuan memberi tekanan kepada UMNO yang menjadi tunjang utama dalam komponen Barisan Nasional (BN).

''Jawatan TPM hanya untuk seorang sahaja dan jika kerajaan memenuhi cadangan tersebut maka kita akan ada TPM daripada semua kaum misalnya Dayak, Iban, Dusun dan Kadazan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Seorang lagi penganalisis, Prof. Madya Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, unsur perkauman tidak ada kena-mengena dengan jumlah jawatan TPM yang perlu diwujudkan.

Beliau menegaskan, cadangan tersebut mencerminkan keadaan politik elit sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

''Politik negara sedang bergelumang kerana setiap parti mahu terus hidup dan sebab itu masing-masing berusaha mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah berbangkit,'' katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, cadangan melantik empat lagi TPM sememangnya tidak sesuai dengan keperluan semasa.

Kah kah kah….. tiga ekor kang kung tak tahu apa yang mereka cakap. Bukan 1 atau 50 TPM yang penting…. semua ini tak masuk pot.

Yang penting Ketuanan Rakyat bukan Ketuanan TPM…. Ngok…. macam mana kang kong – kang kong ini dapat mengapong di universiti….kah kah kah.

Bertarung untuk hidup ? apa yang kang kung ni cakap? gua tak faham laaaa….
Siapa yang nak jadi PM atau TPM  - yang penting bukan dia melayu atau cina atau banjar atau india…. yang penting ialah fikiran orang itu…. Melayu PM kalau tido sepanjang ari pun tak guna juga kah kah kah…. TPM yang hanya pandai ambil komisen pun tak guna juga…. Kah kah kah.

Napa kang kung-kang kung ini bebal sangat….. mereka ini dari sintok ke…..kah kah kah

Jumaat, 5 September 2008

KESAL NAFI SUMBANGAN BAPA KEMERDEKAAN – Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Penganalisis dan pakar sejarah menolak tanggapan pihak tertentu yang disifatkan sebagai cuba menafikan sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, sebagai pejuang kemerdekaan tulen dan tidak layak digelar 'Bapa Kemerdekaan'.

Laporan yang disiarkan melalui laman web sebuah akhbar pembangkang beberapa hari lalu menyifatkan Tunku Abdul Rahman bukan pelopor pejuang kemerdekaan berbanding nama lain seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ishak Muhammad.

Pakar dan penganalisis sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan kenyataan itu sebagai cuba mengelirukan orang ramai serta ditulis tanpa memahami hakikat serta fakta yang sebenar.


Kah kah kah ….. saekor lagi kang kung di temui…. Kah kah kah…..kang kung ni dah nyanyok….. nak kelirukan apa…ngok oooi… ini fakta sejarah.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM) ditubuh 1938 – slogan mereka Merdeka!!!

United Malays National Organisation tubuh tahun 1946 ( tak caya tanya Shabery Cik) kah kah kah….. slogan - Hidup Melayu! ( ini slogan orang turki – orang melayu nak merdeka – mereka dah hidup berjuta tahun) woit …. Bacalaaa buku…. Tanya laaa orang yang masih hidup – tanya shamsiah fakeh, tanya chin peng... mereka angkat senjata lawan British… bukan pergi berunding.

Pada tahun 1938….tunku? Siapa tunku …. tungku dapor den tahulaaaaa….. kah kah kah

Khamis, 4 September 2008

BERI TANAH KEPADA SEKOLAH CINA AGENDA DAP?

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang ahli akademik percaya pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina di Perak adalah keputusan DAP dan bukannya kerajaan negeri.

Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin percaya keputusan itu dibuat oleh DAP memandangkan pembelaan sekolah Cina memang menjadi fokus perjuangan dan agenda utama parti itu.


Kah kah kah….. seorang lagi profesor kang kung yang ngok lagi bahlol…. Memang lah beri tanah tu agenda DAP…. parti ni majoriti di Perak… …. Apa ke bodoh sangat kang kung ni. Di Perak DAP banyak penyokong. Di Perak banyak sekolah Cina…. Ngapo baral sangat ni.

Apa pasal banyak sangat profesor bangang di Malaysia ni…. Bukan saje bangang …. bodoh pulak tu…. dah laaa bodoh biol pulak tu…. dah lah biol dapat datuk pulak… kah kah kah…..

Ahli akademik benda… ngok macam nii…. ni mesti lulusan Sintok …. kah kah kah…