Isnin, 1 Julai 2013

KERETA YANG MEMBERAHIKAN



NOTA
jonker walk adalah  tempat yang menarik pelancung
setiap pelawat dari luar kota melaka 
akan menebeng
akan meleser
akan berligar di jalan ini

banyak yang hanya tengok tengok
banyak yang hanya lihat lihat

ada awek cun
ada balak kacak

ada barangan yang boleh dilihat
ada gula keras dipahat
ada cendul melaka
ada ada ada
ada macam macam

kita yang bukan warga kota melaka
hanya datang tengok dan berjalan

rupa rupanya dikatakan peniaga
dijalan ini menggangu lalu  lintas
betul ke?
yang ini kita dari luar melaka tak tahu

sebenrnya:
ada tiga ego disini
semuanya ego orang politik
ego ketua menteri melaka
ego yb pembankang
dan ego menteri pelancungan

tapi ego ketua menteri lebih besar
belum sebulan jadi ketua menteri
dah mula buat perangai
jelas si mamat ini  tak akan lama di kerusi

sayangnya
tidak ditanya pula pandangan pelancung
pelancung  dan pejalan kaki
yang memenuhi jalan ini

kalau tak ada jalan jonker ini 
samalah saperti kuala lumpur kita ini
tak ada jalan petaling
tak ada jalan masjid india

seharusnya ketua menteri wajib
menggalakan pelancung berjalan
mengalakkan meleser

ada pelancung yang datang dengan kereta
tapi ramai juga yang datang berjalan
terutama yang bukan  warga malaysia

jalan yang penuh dengan kereta
bukan satu tarikan untuk pelancung

kalau nak tengok jalan penuh dengan kereta
kalau fetish dengan kereta
sila berdiri  jambatan atau  dijejambat 
yang melintasi lebuh raya persekutuan
berdiri dari jam 5 petang hinngga jam 6 
nikmatilah rupa  bentuk segalan jenis kereta

JALAN JONKER DI MELAKA


Keputusan buka jalan Jonker Walk diteruskan
Komen
Melaka Tengah: Kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan membuka semula jalan di sekitar Jonker Walk, di sini, untuk laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. »

Menteri: Pasar malam Jonker Walk perlu kekal
 
Menteri pelancongan Mohd Nazri Aziz berkata beliau akan meminta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron agar mempertimbang semula keputusan menutup pasar malam Jonker Walk yang menurutnya menyumbang kepada pelancongan di Melaka.


KETUA MENTERI MELAKA
INGIN JADIKAN
TRAFIK JAM
SEBAGAI SATU DAYA TARIKAN
UNTUK MELAWAT MELAKA

------

ANAK BUMI MANUSIA



KITA SEBAGAI
WARGA DI BUMI MANUSIA


Tiga negara bincang isu jerebu
KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak..




KOMENTAR TUKAR TIUB
jerebu telah menyerang kita  bukan sekali
tahun ini bukan  serangan kali pertama

justeru kita sebagai manusia wajib mengumpul pengalaman
mengumpul pengalalam ialah ilmu

saban tahun kita diserang
ada serangan tidak kuat
ada serangan amat ganas saperti minggu lalu

apa yang berlaku bersangkut paut dengan tamadun manusia
apa yang berlaku seharusnya mengajar kita bahawa alam ini
akan musnah jika kita terus melakukan apa yang kita semua lakukan

hendaknya jerebu ini memberi pendidikan bahawa
negara kita kait mengait dengan negara orang lain
kita semua adalah anak semua bangsa
kita semua ialah anak bumi manusia

kotor air sungai gombak akan mengotorkan air sungai  klang
akan mengotor laut selat melaka
akan mengotorkan lautan hindi dan dan dan..

kebakaran yang berlaku di sumatera akan
diarasakan di malaysia, singapura dan dan dan

udara kotor ini akan mengotori udara bumi manusia

pemanasan dunia sedang berlaku
bahang semakin dirasakan
tanda dan tanda semakin jelas dilihat

rasanya telah sampai masanya
kita memiliki kesedartan bahaw
dunia ini kita pinjam dari anak cucu kita
ini bukan hak milik kita

kita hanya ada satu malaysia
kita hanya ada satu dunia
kita hanya ada satu bumi 
bumi milik semua manusia
jagailaaa



--------

Ahad, 30 Jun 2013

BETAPA INDAHNYA DUNIA INI


TERIMA KASEH YANG ESA



HARI INI 30 JUN 2013
kuala lumpur indah dan bersih
awan biru
tapi panas  cukup terik

di jalan raya
lalu lintas amat padat

tadi jam 9:30 malam
aku melintasi jalan kuching
aduh ramainya kereta

cukup bulan 
hujung minggu
tak lama lagi menyambut bulan puasa
maka telah mula membeli 
telah mula menbelah

kota  pekan dan kampong yang lain
aku tak tahu macam mana
aku harapkan seindah kuala lumpur

nah! 
betapa indahnya langit yang biru
betapa cantik gumpalan awan

mata yang sakit
kulit yang gatal
nafas yang sesak
telah jadi cerita semalam

oh! terima kaseh yang maha esa

----------

KES BUNUH UNTUK KURUN INI


 NOTA
ini kes sepanjang zaman
ini kes besar untuk kurun ini
ini kes perdana menteri 
dituduh terlibat dalam kers bunuh

justeru
selagi najib ada
selagi itulah kes antantuya
 ini akan segar bugar
akan hidup berkembang
tak akan padam padam

Sivarasa: Ada kaitan jelas kaitkan Najib dalam kes Altantuya

altantuya_najibKUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.

“Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.
“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

KES TIPU PRU13
TIDAK AKAN SELESAI
----------

MUHYIDDIN SUDAH BERI ARAHAN



BN perlu mula gerak kerja PRU-14 sekarang

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) perlu memulakan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mulai sekarang, kata  Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, lima tahun lagi bukan jangka masa panjang, jadi persiapan awal menghadapi PRU-14 perlu disegerakan


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... FAHAM TAK MAKNA BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah... MENGERTI  TAK APA MAKNA NYA.... kah kah kah..

woit...INI ARAHAN LAAAA.... kah kah kah....

kah  kah kah... PERSEMPADANAN  SEMULA.... DI MULAKAN.... kah kah kah..

kah kah kah,...UBAH DAN ALIHKAN  TEMPAT MENGUDI.... kah kah kah..

kah kah kah...KUMPULKAN MAT BAGLA SEKALI LAGI...kah kah kah

woit... DAN DAN DAN.... kah kah kah


--------

TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMAIN BOLA SEPAK



TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMAIN
hinggakan jam 3:30 pagi wilayah brickfeilds
amat amat sibuk dan rancak
dengan anak anak muda
dari kelantan dan dari johor



KUALA LUMPUR 29 Jun - Kelantan mempertahankan trofi Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Go



-------