Jumaat, 8 Mei 2015

GENG 03 AMBIL ALIH




    JENAYAH SANG ISTERI
KOMENTAR
di rompin
di permatang pauh
gambar perdana menteri najib tidak pasang
gambar rosmah mansor jauh sekali

dua imej ini menjadi ikon jahat
yang membantu memgurangkan 
undi PAS di rompin
muka najib rosmah ini juga
membantu kemenangan PKR di P44

united malays national organisation
kini dalam serba salah
terus dengan najib rakyat sokong pakatan
tendang najib parti akan retak

untuk gerombolan ketuanan melayu
memilihara najib rosmah bukan lagi
memikul biawak hidup

najib rosmah kini bangkai bernyawa
yang dipikul oleh parti
bangkai bernyawa ini
sedang menakutakan rakyat SATU MALAYSIA

lagi lama barah ini wujud
lagi baik untuk pakatan

NOTA
kita tunggu apa
isi pertemuan tim mahathir
yang telah ke australia
menemui sirul 3 minggu lalu






Kiamat kedua bagi Najib jika BN kalah Permatang Pauh

 | May 7, 2015
Menurut Shahbudin, kekalahan di kedua-dua PRK itu, akan mencerminkan kegagalan kepimpinan Najib, Zahid dan Hishammuddin.






PETALING JAYA: Kedudukan  Muhyiddin Yassin tidak akan terjejas sama ada Barisan Nasional (BN) menang atau kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh,
Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, individu paling kecut perut menanti keputusan PRK Permatang Pauh ialah Naib Presiden  Ahmad Zahid Hamidi.
“Keputusan PRK Rompin bukan saja memberi impak kepada UMNO dan BN, malah juga kepada Najib dan bakal penggantinya.
“Walaupun Muhyiddin mengetuai jentera kempen kedua-dua kawasan tetapi tugas khusus diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Rompin dan Zahid di Permatang Pauh.
“Berkurangnya majoriti di Rompin dan jika kalah lebih buruk di Permatang Pauh, ia adalah petanda rahmat makin dekat buat Muhyiddin,” katanya menerusi shahbudindotcom.blogspot.
KAH KAH KAH
woit
bukan muhyiddin laaa
yang akan masuk ku li
kah kah kah
ya ampoooon ku li
akan mencemar duli
kah kah kah
GENG 03 semua dah sedia
kah kah kah
yang belum sedia
hanya ku li sendiri
kah kah kah




-------------

MUKA MUKA ORANG JAHAT







MUKA MUKA 

ORANG JAHAT



FACE BOOK


Orang muda di sebelah kanan dikesan mengintip secara sulit di JDM10 Jalan Berapit. Dia mengaku nama diri sebagai Sarjan Wong dari Sabah & dihantar oleh pihak tentera utk mengumpul info. Setiap jam dia melapor balik kpd pihak atasan yg tidak diketahui kami. Setelah dia membuat pengakuan mengintip, dia dibawa ke balai polis diiringi @SivarasaRasiah & @CheahKahPeng.























-----------------

REMBAT LAGI REMBAT







KOMENTAR
tidak dapat disorok
tidak dapat ditutup
semua sudah diketahui
kerja jahat najib rosmah
telah sampai ke tahap bahaya

negara sekarang dalam bahaya
najib menjadi PM
tanpa sokongan majoriti rakyat
yang mendapat sokongan  majoriti
ialah pakatan rakyat

najib jadi PM dengan jalan tipu
justeru kerana tipu pilihan raya
membawa negara ke porak peranda



Selepas Tabung Haji, wang zakat pula untuk selamatkan 1MDB, soal PAS


PAS mempersoalkan sama ada wang zakat pula akan digunakan bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas pengesahan Lembaga Tabung Haji hari ini membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan itu.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-tabung-haji-wang-zakat-pula-untuk-selamatkan-1mdb-soal-pas#sthash.B4MZCxEQ.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sudah terok
ini sudah bahaya
duit tabung haji dirembat
duit kwsp dirembat
duit pencen dirembat
sekarang duit zakat
pun kena rembat

LINGKUP LINGKUP




---------------

GERAKAN ANTI NAJIB DITERUSKAN






KOMENTAR
rompin dan permatang pauh
membawa bukti yang diperlukan
rompin dan permatang pauh
adalah bukti yang amat jelas  
bahawa najib rosmah amat dibenci

sesudah ini pasti mahathir muhamad
akan mula menyerang kembali

suasana bertambah kalut 
ditambah pula dengan berita
duit tabung haji dirembat
untuk membayar hutang 1MDB

semua ini adalah peluru
untuk menembak najib rosmah








Mufti bangkit soal Jho Low, Rosmah

Mufti Perlis,  Mohd Asri Zainul Abidin berharap agar kerajaan akan dapat menjelaskan dakwaan mengenai pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji.

Katanya, perkara itu semakin mendesak kerana isu berkaitan yang dibangkitkan mengenai 1MDB juga sehingga kini masih belum dijawab oleh kerajaan.

"Ini isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.


Selain itu, Mohd Asri turut membangkitkan persoalan mengenai peranan jutawan Jho Low yang turut dikaitkan dengan 1MDB sebelum ini.

“Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu kebal dan utuh?

“Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Walau tidak menyebut nama mana-mana individu secara khusus, wanita dengan kemewahan luar biasa itu beliau dipercayai merujuk kepada isteri perdana menteri,  Rosmah Mansor.



KAH KAH KAH

woit
rompin dah selesai
P44 dah selesai
maka yang asal
balik usul
kembali agenda asli
tibai najib rosmah
kempen terajang najib
disambung kembali

TERUSKAN LAGI


---------------

TABUNG HAJEEE




Pengerusi Tabung Haji 
Perlu Letak Jawatan.

Kenyataan media oleh  Johan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji petang ini dengan jelasnya mengesahkan kesahihan sebahagian dokumen yang dibocorkan di media sosial. Beliau mengesahkan pembelian satu unit dengan harga diskaun.

Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk 'bail out' 1MDB secara kecil kecilan.

Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan penafian awal oleh Pengerusi Tabung Haji,  Abdul Azeez Abdul Rahim melalui Twiiter semalam.

Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?

Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya.

Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik.

Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar.

Saya mencadangkan beliau meletakkan jawatan Pengerusi Tabung Haji.

KEDUA : Persoalannya dari penjelasan Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.

Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB. 

KETIGA : Isu pembayaran 100% harga tanah pada masa tandatangan SNP juga tidak dinafikan.

Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan.

Hal ini memungkinkan pelbagai risiko seperti terkandung dalam dokumen yang dibocorkan

Ini boleh membawa kepada pecah amanah wang caruman pendeposit Tabung Haji sekaligus memberi impak negatif kepada institusi yang amat disegani oleh masyarakat Malaysia ini.

KEEMPAT : Peristiwa ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain dalam usahanya untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan.

KELIMA: Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
7/5/2015



----------------

TAHNIAH


KOMENTAR
tahniah
tahniah
tahniah
kepada yang berkempen
kepada yang berusaha
kepada yang berharap
kepada warga P44









Wan Azizah menang di Permatang Pauh

Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali ke Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail, mengumumkan presiden PKR itu meraih 30,316, meninggalkan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, iaitu majoriti 8,841 undi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-mendahului-dengan-lebih-5000-majoriti-di-permatang-pauh#sthash.ctJyI3Gn.dpuf


------------